Wednesday, May 29, 2013

Hati-Hati Dengan Akaun Google Wallet Anda

Sekarang ni pengguna Android makin bertambah.Sokongan dari segi aplikasi percuma dan berbayar juga makin meningkat,dah mencecah 1/2 juta aplikasi yang boleh dimuatturun dari Google Play.

Kebanyakan dari aplikasi tersebut adalah percuma tapi barang percuma ni ada hadnya.Contohnya aplikasi permainan.Versi percuma mungkin hanya boleh dimainkan sehingga level 3,manakala versi berbayar mungkin sampai level 10.

Bagi yang tak kisah mengeluarkan sedikit bajet,apalah sangat kalau membeli satu game dengan harga RM5-6.lagipun kita membantu developer aplikasi untuk membangunkan lebih banyak aplikasi yang bagus untuk kegunaan seharian.Setakat ni empat aplikasi dalam smartphone aku adalah versi berbayar.

 

1.Sygic Navigation :US$29.99

2.N.O.V.A 2 :RM6

3.Air Attack HD :US$2.76

4.Fishing Times : US$2.13

 

Sebelum ni semua transaksi melalui Maybank VISA Debit tidak bermasalah sehinggalah hujung minggu lepas.Apa yang bakal aku ceritakan ni mungkin membuatkan korang semua takut nak guna kad debit dalam pembelian aplikasi Google Play.

Isnin lepas aku log in Maybank2u untuk bayar bil.Tetiba aku perasan kenapa baki duit aku terlalu sikit.Bila aku semak transaction history,ada dua PRE AUTH DEBIT berlaku pada 25 dan 26 Mei yang berjumlah US$57.09 setiap satu.Aku agak hairan bila masa pulak aku guna kad debit tu hari Sabtu dan Ahad.Kemudian aku semak debit card history.Terpampang dua PREAUTH SALE GOOGLE*Kiloo Games.Tapi,ketahian apa satu game berharga sampai 57USD???(Kiloo Games adalah developer permainan Subway Surfer yang FREE tu)

 

2013-05-28_11-03-16

Dengan sepantas kilat aku membuat panggilan ke Maybank Customer Care untuk menyekat pergerakan duit aku.Dalam pembelian menggunakan kad debit,memang normal setiap transaksi akan berada pada status PREAUTH sebelum bertukar kepada status SALE.

Sebagai contoh bila kita isi minyak.Walaupun kita isi minyak RM50,PREAUTH DEBIT akan menolak RM200.Selepas 2-3 hari,PREAUTH tadi akan bertukar menjadi REV PREAUTH,dimana duit kita dipulangkan semula sebanyak RM150 selepas ditolak RM50 (SALE DEBIT) isi minyak tadi.

Macam kes aku ni pulak,dua PREAUTH awal yang berjumlah RM355.88 telahpun ditolak terlebih dulu dari akaun aku.Walaupun sepatutnya aku tak perlu risau sebab akan masuk ke fasa REV PREAUTH sekiranya tiada pembelian(duit dikredit semula kedalam akaun),pada 27 & 28 Mei PREAUTH tadi dahpun bertukar menjadi SALE DEBIT!Bermakna duit aku telah dipotong secara sahnya untuk sesuatu transaksi yang aku tak buat langsung.

Sejak dua hari lepas aku sibuk berbalas email dengan pembangun Kiloo Games dan juga Google Wallet berkenaan masalah ni.Mungkin ada kebocoran maklumat tentang profil aku di Google Wallet.So far diorang masih menyiasat “komplen”an aku.Di pihak aku juga,aku dahpun membuat kad baru Maybank yang tak ada fungsi VISA lagi sebab dah serik.Kemudian aku minta kakitangan Maybank yang uruskan kad baru tu untuk menyiasat status transaksi haramjadah tersebut.

Agak mengejutkan sebab mula-mula aku suspek ni angkara hackers/sindiket kad klon luar negara.Rupa-rupanya dua transaksi tersebut dilakukan dari dalam branch Maybank yang terletak di Shah Alam dan Intan Millenium Klang.Semua proof aku dah minta di printout dan brader Maybank tu siap bagi contact number kedua-dua branch tadi.Lupa nak tanya nama staff Maybank The Curve Damansara yang kelihatan otai tetapi sangat helpful tu.

Fasa seterusnya ialah menghubungi branch yang terlibat tadi dan kalau diorang tak membantu siasatan,aku akan lodge police report.Nantikan cerita seterusnya untuk mengetahui samada branch Shah Alam & Intan Millenium memberi kerjasama,apa jawapan siasatan Google dan mampukah aku mendapatkan semula duit aku yang dirompak secara professional….

Post a Comment