Thursday, May 23, 2013

Best Juga Suzuki Belang 150R Ni

Semalam aku dapat mencuba motorsikal kapcai bersesaran paling besar di pasaran Malaysia iaitu Suzuki Belang 150R.Di awal-awal keluarannya dulu pun aku dah berkenan dengan motorsikal ni sebab nampak agresif,tapi lama-kelamaan Suzuki Belang semakin dilupakan dek kerana populariti Yamaha LC135.Tapi selepas menunggang sekejap Suzuki Belang ni,aku rasa macam jatuh cinta semula walaupun sebelum ni aku merancang nak tukar Honda Wave 125S aku kepada Yamaha LC135.
Apapun kita mula dulu dengan spesifikasi asas Suzuki Belang 150R:

Enjin Empat lejang sejukan udara,DOHC 4 valve
Isipadu enjin 147cc
Karburetor MIKUNI BS26SS
Transmisi 6 kelajuan
Kuasa 16.5ps @ 8500rpm/12.76Nm @ 8500rpm
Tangki 4.9 liter
Berat 108kg

First time duduk atas seat Belang ni mengingatkan aku zaman mula-mula belajar bawa motor dulu,masa tu aku darjah lima.Motorsikal yang pertama aku bawa ialah Honda Hurricane.Best gila Honda Hurricane tu,bebudak la ni mana nak merasa dah mesin lama-lama ni.Dah pupus.
Lepas duduk atas seat baru aku belek sikit-sikit motor Belang ni.Masalahnya waktu malam,nampak pun tak berapa nak terang.Suzuki memilih sistem sejukan udara yang dibantu sistem penyejukan pelincir(oil cooler).Lagi aku perasan tempat filter minyak enjin.Yang lain macam biasalah,info dari Google pun boleh dapat.Disc brek depan belakang,rear monoshock dan juga ekzos yang nampak stailo la jugak.Macam pakai ekzos aftermarket.
Apa lagi yang best ya…haaa…meter dia memang best,kombinasi takometer analog dan juga speedometer digital beserta pilihan mod enjin samada normal, ECO atau PWR.Dari segi fizikal agak garang juga kalau ditenung lama-lama,cuma taste aku mungkin dipengaruhi rekabentuk Yamaha yang bersudut tajam.Satu je yang agak merisaukan,tangki bahanapi cuma menampung 4.9 liter untuk memberi ‘minum’ enjin sebesar 150cc.
Ok,aspek fizikal dan teknikal aku dah sentuh sikit,sekarang sesi ujipandu.Menghidupkan enjin Suzuki Belang ni memerlukan penunggang menarik klac sepenuhnya sebelum menekan butang starter.Macam Vios pulak.Pada pendengaran aku,bunyi enjin Belang sedikit kasar,sebab bunyi-bunyian mekanikalnya tidak diredam oleh water jacket sepertimana LC135.Ditambah lagi dengan bunyi ekzos standardnya yang agak garang pada standard keluaran kilang.
Tapi tak apa,semua tu tak penting.Yang penting macamana rasa tork enjinnya.Respon enjin ringan,pickup cukup kuat dan khabarnya ada lampu shift light untuk mengingatkan penunggang sekiranya enjin over rev.Aku tak adalah try sampai redline,motor tu pun baru je keluar kedai.Dah habis pantang nanti baru boleh test kelajuan maksimum.
So,itu sajalah yang dapat aku tuliskan berkenaan Suzuki Belang 150R.Barang Suzuki ni bukanlah tak bagus,tapi tak taulah kenapa amat kurang orang pakai.Nisbah Belang vs Yamaha 135LC diatas jalanraya agaknya 1:70.Ada yang cakap secondhand valuenya tak setinggi Yamaha.Of coz la tak tinggi sebab demand tak banyak.Pasal apa demand tak banyak?Puncanya adalah kerana sentimen dan cerita-cerita tahyul,padahal pakai Suzuki pun mungkin tak pernah.Cepat sangat percaya cerita orang.
Oklah,cerita banyak tak guna.Straight to the point.Siapa nak beli Honda Wave 125S aku,tahun 2007,kondisi nak runtuh.Aku bukak harga RM2,500 boleh negosiasi.Kalau takde orang nak beli,aku pakai sampai reput.Hahahaha!

*Suzuki Belang yang aku ujitunggang tu dah pun dipakaikan tunable CDI dari REXTOR.Dalam entri pasal LC135 dulu,ada komentator yang mengatakan cut-off engine ni hanya marketing strategy semata-mata.Untuk makluman,Suzuki Belang yang telahpun diuji tu limit rpm sekitar 11,000.Selepas memakai CDI REXTOR,rpm tiada had lagi.Jarum sampai kebawah pun boleh.

Bagaimanapun kombinasi sprocket memainkan peranan penting.Pernah Suzuki Belang diatas dipakaikan sprocket 38,akibatnya top end torque terjejas teruk.Masuk je gear enam,langsung tak ada daya kilas.Top speed boleh pergi cuma hampir-hampir 120kmj dengan badan P.Ramlee aku.
Rupa-rupanya Suzuki Belang ni tak mau sprocket kecik,dia nak sprocket 42 juga sebab dah ada gear 6 sebagai overdrive.

Post a Comment