Tuesday, April 9, 2013

Cuti-Cuti Di Pulau Pangkor:Part 2

Teluk Dalam ialah sebuah perkampungan nelayan tradisional yang cantik,dan terletak berhampiran lapangan terbang Pangkor.Di kawasan Telok Dalam tak ramai orang,memang sesuai kalau nak berehat-rehat.Lebih kurang 15 minit di Teluk Dalam,aku terpaksa berpatah balik ke chalet bila rintik hujan menjadi semakin kasar.
Aktiviti meronda pulau diteruskan sebelah petang selepas makan tengahari.Dari restoran melayu yang terletak di pekan Pangkor,kami ke Kota Belanda iaitu sebuah kubu binaan Belanda yang terletak kira-kira 5 minit dari pekan Pangkor.Kelajuan menapak mungkin akan memakan masa lebih setengah jam.Mujur dah sewa motor.

IMAG0899

IMAG0900

IMAG0902

IMAG0906


Kota Belanda dibina pada 1670 oleh atuk kepada moyang Robin Van Persie untuk penyimpanan dan perlindungan bekalan bijih besi dari Perak.Pada tahun 1690,pemberontakan orang Melayu telah berlaku di Perak dan tempat ni dimusnahkan.Pada tahun 1973,orang Melayu membina semula kota ni selepas 283 tahun,dan tempat ni digazetkan sebagai tapak bersejarah dan monumen purba.
Lepas tu anak aku meragam sebab penat agaknya,terpaksalah kami balik ke chalet.Wife aku meninggalkan anak aku yang tengah tidur untuk berjalan-jalan tepi pantai dengan kengkawan dia.Aku ni pulak dah menggigil tangan nak memancing sebab brader-brader dua orang tu dah hilang pergi memancing kat jeti Teluk Ketapang.
Kebetulan anak aku pun tetiba bangun dari tidur,dan aku angkut dia bawak pergi memancing.Rasanya tak pernah orang buat kot bawak anak umur setahun pergi memancing.Anak perempuan pulak tu.Sempat la setengah jam aku labuh umpan sebelum aku rasa leceh pulak nak jaga dua benda.Mana nak jaga pancing,nak layan anak aku berjalan-jalan atas jeti lagi.Akhirnya aku pun bungkus pancing,balik chalet.Malam nanti repeat semula port tu.

IMAG0915[1]

Ini je yang join tak termasuk suami-suami

 

Jam 8.00pm,semua berkumpul di lobi untuk bersama-sama ke tempat barbeku.Ini pun dan diuruskan lebih awal walaupun asalnya diorang nak cancel sebab ada pertambahan bajet.Entah macamana diorang kira pun aku tak tau.Rupanya barbeku dahpun siap dibakar lebih awal.Dengan bayaran satu kepala RM25,menu yang ada ialah nasik goreng,kepak ayam,sotong besar ibu jari yang dicucuk dengan lidi sate,sosej,udang saiz L,ikan talang,kerang bakar,air oren dan potongan tembikai.
Bab BBQ ni aku memang tak puas hati langsung.Bahan-bahan cap ayam habis.Ikan talang dan sotong sebesar ibu jari adalah fail teramat untuk bajet sekepala RM25.Pastu tak boleh enjoy lelama plak tu sebab hari hujan.Huhhh!Menyirap sungguh.
Usai hujan,kami bertiga kembali menguji penghuni perairan Teluk Ketapang,cehh!Ayat tak boleh blah!Aku kembali menggunakan kaedah paling asas iaitu kaedah bottom dengan batu hidup.Panjang perambut aku rasa sehasta setengah kalau tak salah.Walaupun perairan Teluk Ketapang dasarnya berpasir,arus didasar agak kuat.Ombaknya pun boleh tahan besar,boleh board surfing.Akibatnya perambut aku yang panjang teramat itu berpintal-pintal bak rambut beach boy yang menjual souvenir depan simpang ke chalet aku menyewa.
Aku pendekkan perambut lebih kurang 30cm baru ok.Tapi umpan udang kopek selalu hilang menandakan kawasan ni dipenuhi ikan kecik,terutamanya gelama.Disebabkan menyandarkan pancing ke pagar jeti tak boleh menunjukkan getuan ikan(siap loosekan drag tuuuu..),aku terpaksa memegang pancing sambil jari telunjuk merasa getuan halus di tali pancing.Hasilnya,tak sampai dua minit,gelama pertama naik.Dalam tempoh kurang 20 minit,tiga gelama masuk dalam plastik dan selebihnya rabut sebab cepat sangat sembat pancing.Semuanya disyaki gelama.Bolehlah daripada buta tak dapat apa langsung.Menjelang jam 12 malam keatas,tak ada lagi getuan ikan.Ikan pun tidur agaknya.Kami tunggu lagi sampai jam 1.00am,lepas tu terus balik.
Pagi Ahad,aku kebandar semula untuk mengeluarkan duit.Walaupun semuanya dah dibayar,ada juga bayaran tambahan secara tiba-tiba untuk belanja apakebenda entah.Hampir licin RM200 yang asalnya aku reserve untuk belanja ekstra.Terpaksa aku keluarkan lagi RM250 untuk membeli cenderamata.Aku cuma beli produk hasil laut Pangkor iaitu empat bungkus cucu kembong 1/2kg setiap satu.Campur beberapa lagi produk makanan kat kedai tu,semuanya RM96.++.Ditambah lagi beli fridge magnet,keychain dan dua helai t-shirt budak,keluar lagi duit RM70.++.

IMAG0916

Anak,cucu,cicit dan piut ikan yang aku rasa tak ada kat tempat lain

IMAG0918

Pengangkutan awam rasmi di Pulau Pangkor


Kami bertolak dari chalet di Teluk Nipah ke jeti feri lebih kurang jam 11 pagi dengan bayaran van teksi RM15.Kali ni feri memang penuh kaw-kaw sebab hari Ahad,ramai yang turun ke Pangkor.Bermula jam 3.00pm hari Jumaat hingga jam 12.00pm hari Ahad,bayaran parking tidak berbumbung di Jeti Marina Island ialah RM20.Walaupun kat tiket ditulis RM15,tak tahulah apa benda yang RM15 nya samada per day atau per entry.

Percutian tu agak menyeronokkan kecuali ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki:


1.Membuat kiraan yang tepat supaya tiada additional cost secara tiba-tiba.Yang ni sangat penting.Kejap-kejap mintak topup bajet,kalau lima nam ringgit tak apalah,ni sampai ratus-ratus.Ingat duit boleh kutip tepi pantai macam kutip kulit kerang agaknya.


2.Barbeku sejuk tepi pantai tu memang tak ohsem langsung.Bolehlah diblacklist saja makcik tu.

3.Soal makan,baik diuruskan sendiri.Sendiri makan,sendiri bayar.

 

Dengarnya lepas ni nak ke Tioman pulak.Hmmmmm…

Post a Comment