Selasa, 9 April 2013

Cuti-Cuti di Pulau Pangkor:Part 1

Hujung minggu lepas aku ke Pangkor pulak menemankan wife aku gathering dengan coursemate masa dia kat UMS dulu.Aku ni ok je bab meneman,lagipun dalam kepala aku dah dirancang aktiviti untuk mengelakkan kebosanan menunggu orang perempuan bergosip.Semuanya dahpun diuruskan oleh wife aku dan kawan dia yang bertindak sebagai event organizer.Aku cuma perlu membawa diri dan yang penting set pancing baru untuk diuji.

Selepas mengepam bahanapi sebanyak RM40,jam 10.30am aku memulakan perjalanan dari Seksyen 4,Kota Damansara.Macam selalu,aku pilih jalan biasa dari Sungai Buloh-Kuala Selangor-Sabak Bernam-Sri Manjung dan seterusnya Jeti Marina Island.Sebelum tu aku sempat singgah menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid yang terletak di Kampung Lekir,Manjung,Perak.

Perkara seterusnya ialah mencari parking di tempat letak kereta di Jeti Marina Island.Informasi asal ialah parkingnya berbumbung,tapi nampaknya bukan di jeti ini.Aku dihulurkan tiket yang tertulis tarikh hari tu beserta tulisan RM15.00 dengan dakwat pen merah.Malas nak tanya banyak,aku parking saja sebab dah letih plus lapar.

IMAG0882

Dhia muka ketat sebab dah penat

Selepas membaham mi rojak dan cendol pulut yang tak berapa nak sedap dengan harga RM12.60,kami menunggu feri.Masa ni la aku berkenalan dengan suami-suami kengkawan wife aku yang agaknya mindset diorang pun sama macam aku;memancing.Termasuk aku,ada tiga lelaki yang semuanya membawa joran,cuma joran diorang tak macam aku punya yang ultra-kiasu.Macam nak memancing ikan GT.

Tambang feri ke Pulau Pangkor ialah RM10 untuk dewasa,pun telah diuruskan lebih awal.Memandangkan awal petang Jumaat,orang tak ramai.Perjalanan ke pulau lebih kurang 15 minit,dan terus naik van teksi warna pink,teksi rasmi Pulau Pangkor.Kami menuju ke chalet yang terletak di Teluk Nipah.Pangkor Bay View rasanya.

Aktiviti petang orang perempuan ialah mandi kolam dan kami yang lelai ni memilih untuk merecce port-port yang sesuai untuk melabuhkan umpan.Disebabkan tak ada transport,kami menyusur pantai dengan mobiliti kaki.Menapak la tuhhh!

IMAG0887

jenjalan cari port mancing

 

Selesai makan malam beramai-ramai,kaum wanita meneruskan aktiviti bergosip di salah sebuah bilik kengkawan diorang yang masih bujang.Kami bertiga balik kebilik menyiapkan perambut dan bergerak ke lokasi berbatu di bahagian hujung Teluk Nipah.Memandangkan waktu tu dahpun jam 10,kami memilih tempat yang agak senang nak diduduki iaitu sebuah batu besar.Nak explore lebih-lebih tak boleh juga,takut tak boleh balik kalau air pasang.
Akhirnya labuh ajelah umpan kat area tu.Aku pakai pelampung yang berumpankan udang kopek walaupun yang lain guna kaedah bottom fishing.Sebabnya masa beli umpan,budak kedai pancing tu cakap area ni banyak karang.Possibility nak sangkut memang tinggi.Memang betul,dua lagi pancing tu sangkut semua.Dah sangkut tu tak apalah,kot-kot ada ikan yang sudi bedal umpan,boleh juga terlepas dari karang.Malangnya pancing senyap sampai jam 12.15am.Aku lipat pancing,dan yang berdua lagi ikut sama bungkus.Balik bilik tidorrrr lagi baik.
Cadangnya nak mengeteh dulu semasa perjalanan balik,rupanya kat sini perniagaan sampai jam 12.00 malam sahaja.Yang meriuhkan kawasan Teluk Nipah ni ialah remaja-remaja tempatan yang bermotorsikal.
Pagi Sabtu,aku dan wife aku breakfast di sebuah gerai disebelah kiri jalan masuk ke chalet.Sarapan maggi goreng dua pinggan + dua minuman panas berharga RM12.++.Agak mahal,tapi tak apalah.Mungkin faktor pengangkutan menyebabkan barang-barang keperluan kat sini berharga sebegitu.Satu lagi sebabnya adalah kekurangan pilihan.Maka ada pihak yang mengambil kesempatan mencekik darah pelancong dengan harga makanan yang merepek habis.Contohnya abang Zamil,seorang mejar tentera dan isterinya bersama anak berusia empat tahun,harga nasi lemak breakfast diorang bertiga ialah RM25.
Nasihat aku,sesiapa nak datang sini bercuti,bawalah duit tunai agak banyak.Lepas tu jangan memandai order ikan bakar sebelum tanya harga.Kang tak pasal-pasal balik bilik pakai spender.
Selesai breakfast,aku menyewa motorsikal dengan bayaran RM30 sehari dari pihak chalet tempat aku menginap.Pulau Pangkor ni agak luas,rugi kalau tak explore semua.So pagi tu aku dan family menunggang Honda Wave 100 dengan sprocket yang dah tajam ke pekan Pangkor berhampiran terminal feri untuk mengisi minyak.Sekali lagi aku berjumpa stesen minyak BuraqOil.Sebanyak RM4 petrol RON 95 formulasi saintis BuraqOil diisi ke tangki dengan aras hampir penuh.
Dalam cuaca gerimis,kami berpatah balik ke Teluk Nipah melalui Pasir Bogak dan Teluk Ketapang lalu meneruskan perjalanan ke Teluk Dalam.Jalanraya kat sini memang ekstrem ya tuan-tuan.Laluan mendaki dan turun bukit yang curam,jalan sempit,selekoh tajam dan van teksi pink yang dipandu laju perlu diberi perhatian.

 

IMAG0892

Pantai Pasir Bogak;ibu Dhia dengan helmet perang

IMAG0895

Bot buruk dipantai Teluk Dalam

Bersambung di Part 2…