Friday, April 19, 2013

Beli Atau Buat Sendiri?

Mengapa hampir kesemua kelengkapan ketenteraan negara kita dibeli dari luar?

Mengapa Malaysia tidak membuat sendiri kelengkapan ketenteraannya?

 

T90

Russian T90

 

Ini antara persoalan yang timbul bila kita melihat sesuatu produk militari buatan negara luar.Tak perlu rujuk negara-negara pembuat senjata seperti Amerika dan Russia,kita tengok sahaja negara Indonesia dengan PT Pindad.Ataupun lebih kecil lagi,industri pembuatan senjata api di Filipina.Kenapa Malaysia selesa untuk membeli sahaja,dan tidak menghasilkan aset sendiri dengan serius serta berskala besar?

Sebenarnya kita juga ada menghasilkan aset-aset dan kelengkapan ketenteraan kita sendiri,cuma ianya tidak begitu diketahui/tidak diambil peduli orang awam.Tetapi sekiranya melibatkan aset-aset berat/kritikal,belum masanya untuk Malaysia menuju kearah itu.

Jadi,apa halangan utama dalam penghasilan aset ketenteraan sendiri?

 

1.Kos

2.Kepakaran

3.Vendor

4.Pasaran

 

Kita ambil contoh pada penghasilan kereta kebal utama.

 

Kos

-Sebelum mengetahui berapa besar kos menghasilkan sebuah MBT(kereta kebal utama),ada baiknya kita tahu kos R&D Proton Gen2.Kos yang terlibat dari awal proses rekabentuk sehingga memasuki fasa pengeluaran ialah RM500 juta.Dan adakah semuanya dihasilkan didalam kilang Proton?Tidak,ianya memerlukan sokongan ratusan vendor untuk menghasilkan komponen-komponen kecil yang akhirnya disatukan menjadi sebuah kereta.

Berbalik kepada pembuatan MBT yang kompleks dengan sistem persenjataan,perisai aktif,enjin berkuasa,pelbagai sensor dan sistem komunikasi,berapakan kos R&D yang diperlukan agaknya?Belasan bilion?

Malaysia membayar sebanyak USD368 juta kepada Bumar Labedy untuk 48 unit MBT PT91-M Pendekar +14 unit kenderaan sokongan dimana kos seunit lebih kurang USD7.67 juta(RM22.78 juta).Jelas disini membeli adalah lebih menguntungkan berbanding membuat R&D yang mana hasilnya belum jelas samada berjaya atau gagal.

 

Kepakaran

-Pakar dalam bidang seperti ini adalah bermaksud seseorang yang tahu dengan mendalam,banyak pengalaman,dan tahu menjangka keadaan yang bagaimana untuk sesuatu yang dibinanya itu mampu bertahan.Dalam masa yang sama,perlu kekal dalam bajet yang diperuntukkan.Jangkaannya juga wajib mengambilkira perjalanan masa projek dan perkembangan sistem persenjataan masa akan datang.

Untuk satu industri yang sememangnya baru,barangkali R&D akan memakan masa sekurang-kurangnya 8-10 tahun.Jadi,persoalannya adakan kita mempunyai pakar-pakar seperti itu?

 

Vendor

-Membuat sebuah kereta memerlukan pembekal komponen plastik,kerusi,sistem brek,elektronik dan macam-macam lagi.Apatah lagi komponen-komponen sebuah MBT.Adakah kita ada vendor yang mampu menawarkan meriam,sistem pandang malam,enjin,sistem kawalan tembakan,dan pelbagai jenis sensor?Jawapannya memang tak ada.Ok lah,kita beli dari luar saja.So,apa yang buatan tempatannya kalau semua kita beli dan pasang sahaja?

 

Pasaran

-Katakanlah kita berjaya juga menghasilkan sebuah MBT buatan tempatan sepenuhnya yang diberi nama TBM1-Pahlawan(contoh) yang dihasilkan oleh syarikat Ahmad Defence System.Selepas belasan bilion dihabiskan untuk menghasilkan MBT pertama,berapa unitkah yang perlu dijual untuk mendapatkan keuntungan?Katakan kerajaan Malaysia membeli sebanyak 50 unit dengan harga RM20 juta seunit,syarikat Ahmad Defence System hanya mendapat RM1 bilion.

Kenapa 50 unit sahaja,bukan 200-300 unit?

Sebelum PT91-M terpilih,Malaysia pernah dioffer MBT K1M buatan Korea Selatan tetapi ditolak kerana jumlah ditawarkan terlalu banyak iaitu 210 unit.Rupabentuk mukabumi Malaysia yang agak ekstrim tidak mengizinkan keberkesanan peperangan MBT yang banyak.

Memandangkan Malaysia hanya mahu 50 unit MBT TBM1-Pahlawan,maka syarikat Ahmad Defence System terpaksa meneroka pasaran luar.Agak-agak MBT TBM1-Pahlawan mampu tak bersaing kontrak dengan MBT Leopard,Abrams,T90,Leclerc,dan lain-lain model yang dihasilkan oleh syarikat berpengalaman dan sudahpun terbukti keberkesanannya?

 

So,berdasarkan beberapa kekangan diatas,adalah lebih baik Malaysia menjadi pembeli sahaja.Penerangan ini adalah berdasarkan pengetahuan cetek aku sahaja,maka ianya dibuat dengan seberapa ringkas tanpa menyentuh aspek-aspek sains,hukum fizik mahupun kajian doktrin peperangan.

Kalau masih tak faham,boleh bawak berbincang…

Post a Comment