Thursday, February 28, 2013

Cabaran Ke Tempat Kerja

potong-barisan

Mungkin ramai kat luar sana yang pergi kerja naik motorsikal.Senang kan,tak payah fikir tol,jem dan parking.Paling tak best bila nak balik,kereta dah serupa oven.Sepanjang aku bermotosikal ke tempat kerja,hari Isnin dan Jumaat sesaknya lain macam,terutamanya waktu balik kerja hari Jumaat.Sampaikan kita yang naik motor pun payah nak menyelit.

Situasi-situasi kat bawah ni antara pemandangan biasa di jalanraya kita yang makin sesak dengan kereta.

 

1.Guna lorong kecemasan

-NKVE contohnya,highway ni memang tak ada lorong motorsikal.Penungang motor kena guna lorong kecemasan kalau tak mau kena sondol dari belakang.Tapi kekadang mat motor kena bersaing dengan kereta yang dah tentu makan habis lorong tu.Bila kita hon,driver buat pekak je.Kalau ada peronda lebuhraya tepi jalan,baru la nak menggelabah masuk lorong semula.

 

2.Tukar lane tak kena masa

-Selalunya kat traffic light masa lampu tengah merah.Ada jugak yang bebal nak tukar lane masa trafik tak bergerak.Kita yang naik motor lalu celah-celah kereta ni dah tak boleh nak selit.Aku tak faham jenis driver macam ni.Bila flow trafik tak jadi statik,awat gatai nak tukar lane?Celah mana kereta nak masuk?

 

3.Potong barisan

-Yang ni paling annoying.Jadi mat motor pun tension,jadi driver pun tension.Susah payah beratur dalam lane,tetiba datang kereta dari kiri nak selit masuk.Banyak cantik muka hang.Kalau situasi tu depan aku yang tengah pegang stereng,mintak maaf la.Memang panjat tebing jalan la kalau nak selit jugak depan aku.Selain menyusahkan driver lain,driver jenis potong barisan ni jugak menyusahkan mat motor menyelit.Motor memang dah sifat dia menyelit-nyelit ni.Tak pernah pulak aku jumpa motor dok beratur sama macam kereta.

 

4.Menghimpit

-Situasi macam ni memang biasa kena hadap tiap pagi.Kalau macam aku,keadaan ni biasa jadi tiap pagi dari kawasan kilang NST Bukit Jelutong sampai ke traffic light dekat politeknik Shah Alam.Masa kenderaan tak bergerak,mesti ada sebijik dua kereta yang rapat sampai motor susah nak selit.Terlanggar side mirror kang marah.Masalahnya kereta Viva je pun,bukannya Camry yang dah tentu lebar tu.Bila kita jeling ownernya,terus buat-buat sibuk balas SMS takpun betulkan tudung.Baru dapat lesen ka?

 

5.Exit dari lebuh raya last minute

-Manuver macam ni kalau tak kena gaya boleh mendatangkan padah pada penunggang motorsikal.Dari lorong paling kanan,tak payah fikir banyak terus libas masuk lorong exit sebelah kiri.Sangat bahaya untuk penunggang motor yang mahu menghala terus.Kategori orang macam ni sama la macam point no.2,tukar lane tak kena masa.Sepatutnya perlahan–lahan tukar lane dari jarak yang lebih awal sebelum exit.

 

6.Tak tau pakai signal

-Ini paling bahaya.Tanpa mengusyar side mirror,terus lipat je memana lorong yang diorang suka,sambil mengharapkan orang lain yang kena aware niat dia nak tukar lane.Driver jenis macam ni elok dihentak side mirror diorang dengan kaki supaya jadi lebih berakal.

 

7.Mencelah membabi-buta

-Semua yang buruk-buruk seperti diatas adalah pemandu kereta,kecuali yang ni.Bayangkan kita tengah menunggang dicelah-celah kereta yang tak bergerak pada kelajuan 30-40kmj,tiba-tiba ada motor lain yang tiba-tiba muncul depan kita dalam jarak dekat.Kalau sempat brek,alhamdulillah.Kalau tak sempat?Alamatnya motor barai,dan possibility nak tertenyeh kereta dikiri dan kanan memang sangat tinggi.Pernah sekali aku terpaksa brek emergency sebab ada sebijik EX5 yang ditunggang seorang perempuan tiba-tiba muncul dari kiri aku.Nasib baik sempat brek dan elak sikit.

 

Kepada-pemandu-pemandu diluar sana,timbangrasa sikit.Jangan hanya nak cepat sampai rumah,keselamatan orang lain diabaikan.Kalau nak cepat juga,elok pakai motorsikal.Sesama la kita mengurangkan kesesakan jalanraya yang makin kronik ni.

 

*gambar dari rembangwaktu.blogspot.com

Post a Comment