Rabu, 5 Disember 2012

Hari-Hari Tanpa Telefon Bimbit

No-Cell-Phone

 

Salam semua…

Lately entri sangat kurang kan?Bukan sebab aku dah malas nak menulis,tapi idea kering plak.Ranking Alexa tengah baeeekkk ni la nak sampai fasa kekontangan bahan penulisan.Sebenarnya memang tak ada banyak benda aku nak tulis ataupun sesuatu yang aku rasa berbaloi ditulis.Seminggu dua ni aku banyak explore pasal RC Tank.Maklumlah amatur,takde geng plak tu.Terpaksalah explore sendiri.

Boleh dikatakan tiap kali aku surf internet,lain benda tak ada.Asyik nak search keyword RC Tank je.Sebab tulah aku hilang idea nak menulis,takkan tiap entri aku nak cerita pasal RC Tank plak. Memang susah nak cari informasi pasal RC tank,apatah lagi yang berbahasa Melayu.Aku ada suggest dekat admin satu kelab RC tank di Utara untuk buat satu blog khas,tapi adminnya tak berminat.Susah katanya.Tak apalah,aku cuma bagi cadangan je.

Seperkara lagi berkenaan HTC One X aku yang tak tau bila akan siap dibaiki.Sejak 19 November aku hantar repair,sekarang dah 5 Disember sedangkan janji boleh siap tiga-lima hari bekerja.Last week aku call SiS Careline untuk semak status pembaikan,tapi masih tak diberi tarikh siap.Malam tu diorang sms bagitau,diorang tengah tunggu replacement unit.Teruk sangat ke rosaknya sampai kena replace,padahal digitizer je rosak.Tapi tak apalah kalau diorang decide nak ganti dengan unit baru,lagi cepat(sepatutnyalah).

Tunggu punya tunggu hari ni dah 5/12/12,maksudnya sudah 11 hari bekerja berlalu.Pagi tadi aku call lagi bertanyakan hal yang sama.Bila disemak katanya diorang tunggu stok replacement.Untuk berapa lama lagi?Still tak ada jawapan konkrit.Aku memang tak boleh terima situasi menunggu tanpa kepastian ni.At least bagi date,lagi dua minggu pun tak apa asalkan tau bila nak siap.Takdelah tertanya-tanya sampai bila nak menunggu.

Pada aku,soal diganti baru atau diperbaiki tu soal kedua.Yang penting bagi aku ialah kaedah mana lebih cepat siap.Sepatutnya unit gantian lebih cepat la kan,tak perlu nak godek sana-sini.Seperkara lagi macamana diorang kontrol stok.Sampai shelf licin baru order stok ke?

Next week aku harap boleh siap.10 tahun dulu boleh la kesana kemari tak pakai phone.Sekarang ni phone tu umpama sebahagian dari hidup,senang nak komunikasi.Cuba korang jalani kehidupan sehari tanpa phone,susah kan?