Friday, November 30, 2012

Muka Gua Ganas,Tapi Hati Kaca…

Pagi ni aku cari video kat YouTube untuk didownload tapi terjumpa plak video yang menyebabkan mata aku masuk habuk.Sape plak sapu habuk guna bulu ayam ni weiii???

 

 

Video ni ditonton sebanyak 72,390,977 juta kali.

Manly tears,huuuuuuu…………..

Post a Comment

Thursday, November 29, 2012

HTC One X JellyBean;Ujian Ulangan

Semalam aku ada menulis tentang ‘kekurangan’ HTC One X selepas menjalani penaiktarafan dari sistem operasi Android Ice Cream Sandwich(ICS) kepada Android JellyBean.Tetapi sebenarnya ada beberapa kondisi yang menyebabkan prestasinya menurun sedikit berbanding sistem operasi ICS.

Penyebab utamanya adalah kerana semua ujian benchmarking dijalankan semasa fungsi Power Saver berada dalam keadaan ‘ON’.Pagi ni aku cuba jalankan sekali lagi ujian-ujian benchmarking dengan menutup fungsi Power Saver sebab aku berpendapat fungsi tu mungkin ada mengehadkan sedikit prestasi untuk penjimatan bateri.

Selepas ujian dijalankan ternyata keputusannya amat berbeza berbanding semalam selepas disable fungsi Power Saver.

1.Quadrant Standard

Screenshot_2012-11-29-09-49-30

2.AnTuTu Benchmark

Hasil ujian AnTuTu Benchmark v2.9.4 mendapati score yang dicapai berjaya mengatasi Samsung Galaxy SIII walaupun perbezaannya tidak begitu ketara.

Screenshot_2012-11-29-09-47-05

 

3.Vellamo

Berlaku peningkatan yang ketara dengan score lebih kurang 2200.

Screenshot_2012-11-29-09-54-44

 

Semalam aku juga ada menyatakan tentang masalah semasa menghubungkan phone ke PC menggunakan kabel USB.Perkara ini juga ada kaitannya dengan masalah bateri aku lambat sangat penuh walaupun dicas menggunakan soket kuasa kediaman.Selepas menguji cuba kabel USB member aku,ternyata semuanya ok.

Antara penemuan selepas sehari menaiktaraf kepada Android JellyBean:

 

1.Fungsi Power Saver lebih baik dari aplikasi Juice Defender yang disetkan pada tetapan default.Setting default Juice Defender mengawal penggunaan bateri semasa phone dalam keadaan idle sahaja.Manakala Power Saver menjimatkan penggunaan kuasa sepanjang masa.Bermakna bateri dapat bertahan lama lebih sedikit.

2.Susunan keyboard QWERTY berlainan sedikit.Butang untuk nombor dialihkan ke sebelah kiri.

3.Melayari internet dengan aplikasi Chrome sangat lancar dan pantas,agak terasa perbezaanya berbanding aplikasi Internet.Tab maksimum tiada had,berbanding Internet hanya enam.

4.Aplikasi Voice Search berfungsi dengan baik dan pantas.

5.Dalam menu Settings>Security,tiada lagi fungsi Face Unlock.

6.Jika di ICS,screenshot diambil dengan menekan butang Power+Volume Down,sekarang menggunakan butang Power diikuti butang Home.

7.Memainkan muzik menggunakan aplikasi Play Music menghasilkan bunyi yang lebih kuat.Format AAC boleh dimainkan tanpa gangguan berbanding aplikasi Music pada ICS.

Setakat ini sajalah dapat aku ulaskan buat masa ni.Dari sudut prestasi memang berbaloi update kepada JellyBean.Tapi kalau rasa ICS masih relevan,tak jadi masalah.Oh ya,tulisan hari ni menepati piawaian SPM.Bercerita tentang teknologi seharusnya serius!

Post a Comment

Wednesday, November 28, 2012

Chiaki Kuriyama Tetap Menten

Salah satu movie yang aku selalu tengok berulang kali ialah filem Kill Bill Vol.1.Nak kata seni fightingnya cantik sangat tak juga tapi mungkin sebab peranan pedang nihonto buatan Hattori Hanzo sepanjang filem tu.Salah satu watak villain yang pasti diingati peminat filem ni ialah Gogo Yubari dengan bebola besinya lakonan Chiaki Kuriyama.

Buat yang lupa siapa Gogo,beliau adalah watak pembantu O-Ren Ishii yang berpakaian seragam sekolah tapi sebenarnya pembunuh kejam.

 

chiaki-kuriyama-gogo-yubari-kill-bill-03

Chiaki-Kuriyama-gogo-yubari-8513008-1200-953

Filem Kill Bill Vol.1 ditayangkan pada tahun 2003 semasa Chiaki Kuriyama berumur 19 tahun.Setelah hampir 10 tahun bagaimanakah rupa beliau sekarang?

 

07012901_Shiseido_Maquillage_Chi-1

07012901_Shiseido_Maquillage_Chiaki

Chiaki Kuriyama

Tak banyak berubah nampaknya.Ini gambar Chiaki Kuriyama dalam iklan kosmetik Shiseido Maquillage yang tak adalah baru sangat.Lawa gak minah ni lepas tepek bedak banyak-banyak,hehe!

Filem terakhirnya bertajuk Neck(2010) dan lakonan siri TV Ataru(2012).Banyak lagi gambar beliau di chiakikuriyamashrine.com.

Post a Comment

HTC One X Selepas Naiktaraf JellyBean

Pagi tadi aku buka email dari Amanz.my berkenaan entrinya tentang update JellyBean untuk HTC One X sudah boleh mula dimuatturun hari ni.Yaaa,setelah rumor-rumor yang berlegar di internet semenjak bulan September lagi,akhirnya penghujung November baru sampai.

Sebelum tu lebih kurang sebulan lepas kalau tak salah,ada berita tentang pengguna Eropah yang sudah mula mendapat update JB(JellyBean) pada One X,siap dengan screenshot ujian benchmark sintetik.Apa yang menarik dari screenshot tu,One X yang dioperasikan dengan Android JB mengatasi Samsung Galaxy SIII JellyBean dalam beberapa jenis benchmark!

Tak lama lepas tu,ada juga khabar yang kata berita tu cuma hoax…adoii…..Tapi,hari ni dah boleh tau berita tu hoax ke tak.Aku dah siap update One X aku kepada JellyBean 4.1.1 dan HTC Sense 4+.

Update yang bersaiz 360++Mb ni aku sedut melalui DiGi Mobile Internet yang memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit.Rugi data je kan?Nak buat macamana,kompeni kedekut,dah la signal router tak kuat,password pun dah kena tukar.Ok,bila dah selesai update,installation process memakan masa lebih kurang 5 minit diikuti dengan beberapa apps optimization dan upgrade.Selepas skrin flick beberapa kali,maka siaplah proses penaiktarafan Android.

 

Apa yang baru pada One X JellyBean dan HTC Sense 4+?

Aku nak explain pun susah sebenarnya sebab tak tau istilah yang digunapakai nanti betul ke tidak.

1.Mentatal skrin utama dari kiri atau kanan kini boleh diluncurkan tanpa had.

2.Penambahan aplikasi Chrome,Voice Search,Play Music(berapa banyak music daa..) dan HTC Media Link HD.Semuanya aku belum cuba lagi.

3.Penambahan menu Power Saver yang barangkali boleh menggantikan Juice Defender.

3.Menu Setting>Display,Gesture & Button kehilangan pilihan untuk membenarkan phone vibrate setiap kali skrin disentuh.Tak besttt…..

4.Dulu Flashlight warna hitam,sekarang putih,heee…

5.Kalau dulu sambungan kabel dari phone ke PC sangat mudah sebab secara automatik menu pilihan samada Charging Only atau Mount as Disk Drive akan keluar.Boleh pilih terus untuk upload gambar dari phone ke PC.Dalam JellyBean ni agak mengelirukan,simbol sambungan USB dan simbol tethering keluar sekali.Tapi device tak dapat dikesan oleh PC walaupun aku dah check menu USB debugging.

Kemudian aku cuba perbetulkan kabel,barulah PC mula install beberapa driver dan siap.Phone akan muncul di komputer sebagai portable device.

 

Setakat ni itu saja yang sempat aku semak dalam update terbaru ni.Yang paling dinantikan,adakah benar rumor tentang prestasi One X yang meningkat selepas menggunakan JellyBean?

Sepatutnya screenshot yang aku ambik selepas ujian benchmark tu boleh ditunjukkan kat sini tapi yang peliknya fail PNG screenshot saiznya semua 0 bytes.Dalam phone boleh pulak diipaparkan gambarnya.So,aku boleh tuliskan resultnya sahaja kat sini selepas update kepada JellyBean…

1.Quadrant Standard(ICS)

Screenshot_2012-09-04-22-01-58

Score JellyBean:4426

 

2.AnTuTu Benchmark v2.9.1(ICS)

Screenshot_2012-09-02-23-18-08

Score JellyBean:11484

 

3.Vellamo(ICS)

Screenshot_2012-06-20-13-57-21

Score JellyBean:1855.Ada sedikit peningkatan.

 

Kesimpulan,tak power punnnnnnn?????Tapi masa aku pakai ICS v4.0.1 dulu pun agak rendah markahnya berbanding v4.0.4.Mungkin bila sampai update v4.1.4 baru laju sikit.Tapi bila tu?Tahun depan?

*Selepas update kepada JellyBean dan siap lebih kurang pukul 11 pagi tadi,bateri aku hampir kehabisan.Sekarang sudah jam 4.01pm,dan bateri baru dicas sebanyak 30%??What de fishmart is happening?Ada sesiapa yang mengalami situasi yang sama harap dapat share sekiranya phone anda juga berkelakuan aneh selepas update.

Post a Comment

Tuesday, November 27, 2012

Figura 1/6 Ada Wong Resident Evil

Dah tengok movie CGI Resident Evil: Damnation?

Bagi aku filem adaptasi game memang sentiasa sesuai dengan CGI.Kalau live action macam tak kena je.Disebabkan dah lama tak follow game Resident Evil,dalam movie tu baru aku dapat tengok aksi Ada Wong.Beliau mula muncul dalam siri Resident Evil 2.Siri terakhir aku main RE4 tak sempat jumpa Ada Wong pun.

HotToys Hong Kong macam biasalah memang expert bab bikin figura sehampir real yang mungkin.Keluaran terbaru menampilkan cik Ada Wong yang hmmmmm………gorjes!

PD1351229605E4G

PD1351237587jKE

PD1351237907rz0

PD13512379569l0

PD1351229511t0Q

 

(foto:HotToys.com.hk)

Post a Comment

Monday, November 26, 2012

Airsoft Battle Tank;VSP M1A2 Abrams 1/24

Sepanjang minggu lepas aku buat sikit kajian tentang RC tank sebab aku plan nak beli sebijik.Tapi bukan brand mahal punya la.Gila apa,cuba Google harga RC tank TAMIYA.Barang memang kualiti superb tapi untuk orang yang baru berjinak-jinak baik mulakan dengan brand biasa-biasa dulu.
Memula aku search kat Mudah.my,ada la satu kedai kat Puchong Perdana yang dalam websitenya banyak model RC tank.Harga pun memang murah dalam lingkungan RM230 je untuk skala 1/16 dan berjenama Hen Long.Brand Hen Long ni pun aku pelik sikit tak tau yang mana betul,Hen Long atau Heng Long.Tapi masalahnya kedai tu habis stok pulak.Modern tank memang tak ada stok langsung lah.
Option kedua adalah kedai RC Dreamz yang terletak di Kelana Jaya.Kat kedai ni tak ada jenama Hen/Heng Long,semuanya stok jenama VSTank (VSP).Jenama VSP agak mahal sikit dan tak ada skala 1/16.Semuanya skala 1/24 yang mana dah tentu kecik sikit.Kat kedai ni stok modern tank memang ada.
Planning asal aku nak beli model T72M1 Soviet,konon-konon nak modified jadikan model PT91M Pendekar ATM.Tapi bila tengok depan mata nampak macam tak lawa plak sebab turretnya kecik,cannonnya panjang.Kalau PT91M tu memang cantiklah.Keduanya,aku baru sedar yang aku ni tak pandai membina model art,haha!So,tak payah berangan nak bina PT91M.Maka,aku beli tank 1/24 M1A2 Abrams Airsoft Battle dengan tema camouflage NTC 3 Tone Desert.
Siri Airsoft Battle ni ada mekanisma tembakan peluru pellet 6mm sejauh 25 meter manakala satu siri lagi dinamakan IR Battle.IR battle pulak menggunakan infrared untuk ‘menembak’ tank musuh dan ada simulasi kerosakan.
Spesifikasi tank yang aku beli ialah skala  1/24 dengan dimensi tinggi 142mm,lebar 152mm dan panjang 415mm.Tank yang seberat 1.3kg ni mampu mendaki cerun setinggi 40 darjah dan bergerak dengan kelajuan maksimum 1.33kmj.Manufacturer claim macam tu.Lain-lain spesifikasi,turret yang boleh berputar 330 darjah,cannon boleh dinaik-turunkan sebanyak 30 darjah,recoilling action(recoilling cannon untuk model IR battle),bunyi-bunyian enjin,tembakan machine gun dan juga tembakan meriam.
Kelebihan jenama VSP ni yang aku nampak kualiti buatan dan detailnya memang cantik,sama dengan jenama Tokyo Marui.Kumai welding pun diorang replicate sekali.Tracknya juga betul,sama rupa macam track Abrams sebenar yang ada blok getah dan rodanya ada tujuh.Dari segi ketahanan sistem mekanikalnya aku tak boleh komen lagi sebab baru sangat beli.Harga tidak termasuk bateri ialah RM399.
Kekurangannya pulak,ianya dioperasikan dengan menggunakan bateri AA 1.5V sebanyak 8 bijik,dan 6 bijik untuk controllernya.Dua bijik bateri AA Alkali Panasonic Evolta atau Energizer berharga RM6.20.Kalau 8 bijik dah RM24.80.Langkah terbaik adalah mendapatkan charging terminal dan bateri AA rechargeable.Satu option lain adalah dengan menggunakan bateri alkali jenama biasa.Kebetulan aku pergi farmasi Watson's,terjumpa bateri alkali AA (jenama Watson's)dengan harga yang sangat berpatutan.Untuk sepaket bateri AA 4+2 pcs,harganya RM5.++.Dapat pulak potongan 50% untuk pek kedua.Maknanya,kita dapat 12pcs bateri alkali AA cuma pada harga RM 7.95.
Untuk jenama Hen/Heng Long,pakej pembelian didatangkan sekali dengan bateri rechargeable dengan adaptor sekali.Hen/Heng Long punya besar sikit,skala 1/16 dengan berat 4kg.Bolehlah melenyek kucing yang sedang tidur diruang tamu.

IMAG0497
IMAG0498
IMAG0499
IMAG0500
IMAG0502
IMAG0503
IMAG0504
IMAG0506

Post a Comment

Wednesday, November 21, 2012

HTC Droid DNA;Enjin Power,Tapi…

Selera pengguna memang susah nak faham.Sesetengahnya suka handphone kecik,ada jugak yang suka sebesar-besarnya.So,terhasillah pelbagai kategori skrin dari 3 inci sampailah 5 inci.

Tapi skrin besar resolusi ciput buat apa ye dak?Buat sakit mata je.Buat apa aku cerita pasal skrin ni?Kali ni kita tengok pulak smartphone kelas 5 inci dari HTC iaitu HTC Droid DNA.

 

DROID DNA by HTC (2)[4]

Spesifikasi asas:

 

Network 2G,3G,4G,LTE
Dimensi 141 x 74.5 x 9.7mm
Berat 138 gram
Skrin Super LCD 3 1080 x 1920,5 inci (441 ppi)
Sistem Operasi Android 4.1 Jellybean
Memori 16GB,2GB RAM
Kamera 8MP primary,2.1MP secondary
Chipset Qualcomm MDM615m/APQ8064
GPU,CPU Adreno 320,1.5 GHz Quad-core Krait
Bateri Li-Ion 2020mAh

 

Selain skrin LCD3 bersaiz besar,Droid DNA adalah smartphone yang mempunyai kepadatan piksel tertinggi setakat ini iaitu 441 piksel per inci persegi.Hari tu aku ada jumpa macro shot lima jenis smartphone yang dibandingkan dengan Droid DNA,tapi bila search kat Google tak jumpa pulak..Memang nampak halus dan padat pikselnya.Maksudnya imej yang dipaparkan lebih tajam,tapi itu sajalah kelebihannya.Dari kesimpulan perbandingan tu,HTC One X tetap jadi pilihan atas faktor warna yang lebih accurate dan kecerahan yang baik.

Dengan memori 16GB dan hanya 11GB boleh digunakan ianya mengecewakan.Diburukkan lagi dengan ketiadaan slot memori tambahan.Lagi,baterinya sebesar 2020mAh lebih kecil sedikit dari One X+,disyaki tidak berapa nak cukup menampung penggunaan kuasa untuk menyokong skrin sebesar 5 inci.Tetapi dari segi isi perut dan ujian benchmark,Droid DNA memang win.Ujian Benchmari Pi,Quadrant,dan GL Benchmark 2.5 Egypt menunjukkan Droid DNA menduduki tempat pertama mengatasi pesaing seperti One X+,Samsung Galaxy SIII,Galaxy Note II,dan LG Optimus 4X HD.

So,best ke tak best smartphone ni?Ianya umpama perempuan cantik yang tidak pernah kesekolah….macam tak kena je perumpamaan aku ni.Spec dah bagus tapi memori kecik pulak.Dilema jugak dibuatnya.

Post a Comment

Gaza;Kisah DiSebalik Gambar

Assalamualaikum semua…

Sebelum aku rasa nak menulis entri ni,agak lama juga aku berfikir samada wajar atau tak memandangkan ilmu duniawi dan akhirat aku ni cetek je.Tapi berdasarkan satu ayat,’sampaikanlah yang benar walaupun ianya pahit’,aku usahakan jugak untuk memperbetulkan salah faham yang agak berleluasa kebelakangan ni.

Semenjak krisis Gaza-Israel kembali panas kebelakangan ni,bahangnya turut dirasakan umat Islam di Malaysia atas faktor persaudaraan sesama Islam.Maka berkobar-kobarlah semangat jihad menentang kezaliman Israel keatas penduduk Palestin.Kita dapat tengok di laman Facebook terutamanya,tentang kempen boikot barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan juga foto-foto yang menunjukkan kemusnahan aset Israel yang dipercayai dibedil roket Qassam.

Roket Qassam merujuk kepada roket buatan sendiri yang dilancarkan oleh Briged Izz Addin Al-Qassam.Dari situlah roket tersebut mendapat nama.Maksudnya apa juga roket buatan sendiri yang dilancarkan Briged tersebut akan dirujuk sebagai roket Al-Qassam.Gambarnya carilah di Google Images.

 

Apa itu roket Al-Qassam?

Roket buatan Al-Qassam ialah terdiri dari berbagai variasi iaitu Qassam I sehingga Qassam IV yang merangkumi jarak jangkauan antara 3 hingga 14 kilometer dan mungkin lebih sedikit.Binaanya adalah mudah berdasarkan prinsip pembuatan yang pantas dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti tiub keluli,bahan api pepejal dan peledak.

Bahan api roket diperbuat dari campuran gula dan potassium nitrat yang dicairkan kemudian dituang kedalam acuan berbentuk tiub beserta fius pembakar.Setelah beku maka siaplah bahan api pepejal untuk mendorong roket Al-Qassam ini.

Manakala peledak didapati daripada artileri lama ataupun TNT yang ditambah cebisan logam(shrapnel) untuk menambah kesan kerosakan.Kadangkala peledak juga dibuat sendiri menggunakan urea nitrat.Fius peledak diperbuat daripada katrij peluru,spring dan paku.Kos pembuatan sebuah roket dianggarkan sekitar $800.

Secara asasnya roket Al-Qassam dilancarkan daripada tapak pelancaran dengan trajektori tertentu untuk menghentam sasaran.Memandangkan ianya terbang tanpa sebarang panduan GPS atau laser,ketepatan mengenai sasaran adalah agak rendah.

Ditambah lagi dengan perisai pertahanan Israel iaitu Iron Dome,peratusan roket yang sampai ke daratan Israel agak mengecewakan.Sesuatu yang pahit untuk kita semua dengar tetapi itulah realitinya.Iron Dome atau bahasa Melayunya ‘Kubah Besi’ merupakan satu sistem pertahanan darat Israel yang terdiri dari sistem radar dan roket pemintas Tamir.Sebarang roket yang memasuki ruang udara Israel akan dikesan radar,komputer menganalisis kelajuan roket,mengunci sasaran dan sasaran dimusnahkan diudara.

Tetapi sistem ini juga bukanlah insuran untuk keselamatan warga Israel.Kelemahannya ialah kos sebuah roket pemintas ialah antara $35,000 hingga $50,000 sedangkan ‘objek’ yang dipintas cuma berharga $800.Disinilah perlunya kempen boikot barangan yang menyumbang kepada kewangan Israel.Tabungnya perlu disusutkan.Tapi semalam aku lalu depan Mc Donald Seksyen 6 Damansara,still penuh jugak.Hangat-hangat taik ayam sungguh rakyat Malaysia ni.

Kedua,ini pendapat aku sahaja.Sistem Iron Dome mungkin boleh ditewaskan dengan serangan salvo ratusan roket Al-Qassam.Mana mungkin sistem radarnya dapat mengunci ratusan sasaran sekaligus dan hit ratio pasti meningkat.Cuma aku tak pasti berapa banyak roket dalam simpanan Briged Izz Addin Al-Qassam.

Setakat ni,roket tersebut adalah senjata utama memerangi Israel.Kalau ada senjata lain yang lebih canggih dalam simpanan mereka,wallahua’lam…

 

Kisah Di Sebalik Foto

Di perenggan awal tadi aku ada ceritakan sedikit keghairahan umat Islam Malaysia mengupload gambar-gambar dan di’LIKE’ pula oleh ribuan orang.Sekarang mari kita cari kebenaran disebalik foto-foto tersebut.

 

Foto 1

Screenshot_2012-11-20-20-06-54

Foto ini sebenarnya adalah foto jujukan gambar ujian torpedo Mark 48(Mk 48) keatas sasaran iaitu sebuah kapal Destroyer HMAS Torrens Tentera Laut Australia yang berusia 28 tahun.Torpedo dilancarkan dari kapal selam HMAS Farncomb kelas Collins,menyebabkan Destroyer tersebut terputus dua semasa ujian pada 25 Julai 2008.

 

Mark_48_Torpedo_testing

 

Foto 2

Screenshot_2012-11-20-20-10-47

Dipercayai foto ini sebenarnya adalah foto helikopter yang tidak diketahu jenisnya milik rejim Bashar Al Assad yang ditembak jatuh oleh pemberontak Syria menggunakan pelancar roket bahu Stinger.Sumber,The News Tribe.

 

Foto 3

Screenshot_2012-11-20-22-09-04

Foto diatas agak menarik juga cerita sebenarnya.Gambar diatas menunjukkan fasa pertama prosedur kerusi lenting(ejector seat) iaitu dengan menolak keluar kaca kokpit pada pesawat F18-C Hornet.

Kisahnya begini,Kapten Brian Bews (36) dari Tentera Udara Kanada sedang melakukan rutin latihan untuk pertunjukan udara yang bakal berlangsung di Lethbridge County Airport,Alberta.

Ketika melakukan manuver yang hampir ke darat,tiba-tiba enjin mengalami kegagalan dan beliau terpaksa melentingkan kerusi pilot sebelum terhempas.Kapten Brian Bews yang berpengalaman 1,400 jam penerbangan,selamat dengan hanya sedikit lebam.

Kejadian berlaku pada 24 Julai 2010 berdasarkan tarikh beritanya tersiar di akhbar.Sumbernya di Telegraph dan Lolyland.

Pilot ejects from fighter plane moments before crash

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (1)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (2)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (4)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (6)

 

Akhir kata,aku juga sedih sebenarnya bila mendapati gambar-gambar tersebut dimanipulasi dari gambar lain.Ianya mengingatkan aku masa perang US dan Iraq dulu.Bukan zaman Saddam Hussein mati ditembak tu,sebelum tu lagi.Yes,masa tu aku budak-budak lagi.Sebagai umat Islam dah tentu aku berharap Iraq yang menang,tapi kawan aku cakap US kuat,tak mungkin Iraq menang.Memang betul,Iraq tak boleh menang…

Diatas kertas jawapannya sudah diketahui,tapi sebagai umat Islam,yakinlah pada doa seluruh umat Islam di dunia supaya Allah S.W.T melindungi umat Islam di Palestin.Berkenaan gambar-gambar di Facebook tu,korang semua nilaikanlah sendiri.Aku tak sanggup berbohong semata-mata nak menyedapkan hati orang lain.Aku berpegang kepada prinsip menyampaikan berita yang benar walaupun ianya sukar diterima.Lambat laun ianya akan diketahui juga.

*rajin-rajinlah explore Google ya?

Post a Comment

Friday, November 16, 2012

HTC One X Yang Rosak

Salam semua.Maaf sebab lama tak update dengan entri baru.Minggu lepas aku agak sibuk dengan kerja dan hari ni baru ada masa sikit nak mengetuk keyboard.Adalah sikit cerita aku nak share dengan korang semua,itupun kalau rajin baca sampai habis,haha!

Dalam tempoh dua tiga minggu lepas sampai hari ni aku kesian kat wife aku sebab phone dia rosak sikit.Bulan Mei lepas aku ada belikan dia HTC One X sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan+hadiah melahirkan anak pertama aku.Selang beberapa hari lepas tu aku pun beli model yang sama untuk diri aku sendiri.Aku agak terkejut sebenarnya,tak pernah aku pakai phone baru dan tak sampai setahun dah rosak.Lagipun wife aku yang pakai,faham-faham jelah kalau perempuan ni.Agak cermat sikit,phone pun bersih je berbanding unit yang aku pakai,dah berapa kali jatuh dari meja.Yang peliknya,wife aku punya phone yang rosak dulu.

Satu hari wife aku mengadu kat aku yang phone dia tak boleh nak unlock.Aku pun cuba la beberapa kali malangnya garisan pattern tak boleh nak dilukis di sebahagian kawasan skrin.Garisan pattern jadi terputus.Sistem Android ni biasalah,kalau dah terlalu banyak attempt yang fail,phone akan permanent lock dan hanya boleh direset menggunakan akaun Google.Cubaan unlock menggunakan akaun Google pun tak boleh sebab masa tu mobile network berada dalam keadaan off.So,phone tak boleh nak verify alamat emel.Mobile network off sebabnya dalam kondisi idle,Juice Defender akan menutup mobile network secara automatik untuk menjimatkan bateri.

Kalaupun mobile network on masa tu,still tak boleh nak isi column email address sebab kawasan skrin tu lah yang tak berfungsi.Setakat ni korang faham tak cerita aku ni agaknya?Di peringkat ni aku rasa macam tak ada jalan keluar langsung.

Lepas tu aku cuba post komen kat wall Facebook HTC.Ada seseorang reply,dia cakap maybe digitizer rosak.Orang HTC pulak suruh aku cuba soft reset,lebih kurang macam restart je.Bila soft reset tak jalan,diorang suggest hard reset.Hard Reset memang kena fikir masak-masak,tapi terpaksa cuba juga.Mujur phone wife aku tak ada apps yang dibeli,semuanya free punya version.

Maka,prosedur Hard Reset terpaksa aku buat.Kaedahnya macam ni:

 

1.Shut Down phone

2.Tekan butang Volume Down dan hold diikuti butang Power,tekan dan hold jugak.

3.Teruskan hold kedua-dua butang tadi sampai keluar kat skrin,page yang ada gambar tiga ekor logo Android.

4.Tekan butang Volume Down untuk pilih/highlight pilihan Hard Reset.

5.Tekan butang Power untuk confirmkan pilihan.

6.Then biarkan ajelah sampai selesai.

 

Prosedur Hard Reset ni bukan suka-suki je nak buat.In case kalau phone dah bengong sangat la.Dalam kes phone wife aku ni,ternyata bukan masalah software yang menyebabkan sebahagian skrin tidak respon pada sentuhan.Ini memang kes digitizer rosak.

Phone dapat dibuka,dan buat masa ni unlock pattern terpaksa didisablekan dulu.Aku guna aplikasi Notes untuk ‘mencari’ kawasan yang tidak memberi respon.

 

IMAG0455

Part ni je dah panjang lebar,tak taulah korang sanggup baca lagi tak.Langkah seterusnya,warranty claim.

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.Memandangkan One X ni dibeli dari pakej DiGi,dan masih berada dalam jaminan setahun  SiS Distribution,aku bawa ke kedai DiGi tempat aku beli dulu.Budak melayu kat kedai DiGi tu cakap,diorang tak boleh repair sebab diorang dealer sahaja.Aku diminta pergi ke DiGi Centre samada kat Klang,Sunway Pyramid dan satu lagi kat KL kot.Oklah,aku fikir Sunway Pyramid dekat sikit..

2.Isnin lepas aku ke Sunway Pyramid mencari DiGi Centre.Terletak di LG2,aku pun masuk…Aku disambut seorang lelaki Cina,”may i help you sir?”

Aku jawab dengan konfidennya,”Saya nak claim warranty,phone rosak".Mamat Cina tu jawab kat DiGi Centre diorang tak buat repair hardware,software problem boleh la diorang fix.Tapi dia sempat suggest aku pergi wakil servis HTC,(SiS Distribution).Gambar ni dari fail budak DiGi Centre Sunway Pyramid.

IMAG0481

 

Oklah,Temasya Industrial Park Glenmarie tak jauh dari tempat kerja aku.Aku pun bergegas dengan member aku ke Temasya Industrial Park…

3.Mencari Lot bernombor 37,Jalan Kartunis U1/47 memang tricky.Sampai juling bijik mata baru jumpa.Lot kilang bernombor 37 ni macamanapun agak menghariankan aku sebab nama syarikatnya lain.Persekitaran pun tak macam service centre/warehouse barang elektronik.Kebetulan ada dua orang budak melayu melepak hisap rokok kat depan kilang tu.Dari informasi dua orang mamat yang tengah mengular kerja tadi,SiS Distribution dah berpindah ke lokasi lain lebih dua bulan lepas.Terasa macam nak mengamuk kat situ jugak ye dak?Mujur aku ni jenis kuat iman,huhu!DiGi pun lembab tak tau kat mana service centre,dan SiS pun sengal tak inform kat DiGi lokasi baru.

Jalan terakhir yang tinggal adalah berkunjung ke SiS Headquarters kat Wisma GoodYear Kelana Jaya.Tapi disebabkan masa tu dah hilang mood,Sabtu ni baru aku akan cuba kesana.Kita nantikan apakah kesudahan perjalanan merepair One X wife aku ni.

Post a Comment