Tuesday, October 30, 2012

Waze Navigation;Mudah,Cekap & Free,Tapi?

Amacam Hari Raya Haji kat kampung?Tak best?Sebab apa tak best?Sebab pergi balik kena hadap jem berjam-jam kan.Hehe!Biasalah tu,lima enam tahun kebelakangan ni cuti hujung minggu biasa pun boleh sesak sebab kereta makin banyak.Semua orang nak pakai kereta kerana ia adalah keperluan,tapi inilah harga yang perlu dibayar.

Member aku balik Kedah guna Highway PLUS,dari Saujana Utama lepas Maghrib,sampai kampung dia jam tiga pagi.Mau lumpuh kaki tekan klac ye dak?Mujur kampung gua dekat je.

Sebenarnya aku nak cerita pasal satu aplikasi navigasi yang aku dah download dari bulan lepas.Sistem navigasi memang perlu untuk orang malas meronda macam aku.Tambahan lagi aplikasi Sygic yang aku beli sekali lagi fail dengan serius untuk menunjukkan jalan balik dari Pusat Bandar Damansara ke Kota Damansara.Ada ke patut disuruhnya aku ronda-ronda kat highway DUKE.Mangkuk betul.

Aku pun cuba satu aplikasi navigasi Android bernama Waze.Waze ni aplikasi Android percuma bersaiz 14.30Mb sahaja.Pasai apa kecik je saiznya?Sebab sistemnya tak ada fungsi offline.So tak ada saiz map yang besar perlu didownload.sebagai contoh,saiz map Malaysia untuk aplikasi Sygic bersaiz lebih 500Mb kalau tak salah aku.Sekiranya berminat nak download,pastikan korang pelanggan pakej data mobile.

 

Konsep

Aplikasi Waze adalah sebuah aplikasi navigasi beserta arahan suara yang bukan sahaja memberi panduan ke destinasi yang kita nak pergi,ia juga dilengkapkan dengan real time traffic condition.Memang penting feature ni.Akaun pengguna-pengguna Waze seluruh Malaysia akan sentiasa memberikan maklumat trafik terkini untuk dikongsikan bersama pengguna lain.Contohnya kita boleh share keadaan aliran trafik,polis,kamera perangkap laju,kerja senggaraan jalanraya atau kemalangan.

Maklumat tadi akan dipamerkan di peta jalanraya untuk menunjukkan arah laluan dan kawasan yang sesak.Selain dari tu,maklumat keadaan jalanraya akan membantu sistem Waze mengira laluan yang terbaik secara automatik untuk mempercepatkan perjalanan.

Ada sistem navigasi yang memberi pilihan setting laluan seperti Fastest,Easiest & Economic.Katakan kita set ke pilihan Fastest.Masalahnya ia tidak akan menjadi Fastest sebab keadaan trafik sentiasa berubah-ubah.Disinilah aplikasi Waze menang besar melalui idea komuniti pengguna Waze tu sendiri yang menyumbang maklumat trafik semasa.Laluan sesak akan berwarna merah berserta animasi arah laluan yang terlibat.

 

Screenshot_2012-10-30-10-00-15-1

 

Navigasi

Dari segi navigasi,bagi aku peta jalanrayanya agak lengkap dan carian lokasi menggunakan alamat lebih mudah.Tetapi tiada fungsi carian lokasi menggunakan kordinat GPS.Arahan suara tepat pada masanya dan jelas.Cuma tiada pilihan Bahasa Melayu.Tapi pendapat aku baik dalam Bahasa Inggeris je sebab kadang-kadang arahan Bahasa Melayu lebih kucar-kacir,macam Sygic punya.

Satu lagi fungsinya yang agak baik ialah,fungsi pilihan route.Katakan route pertama yang dicadangkan berlaku sedikit sesak,sistem boleh mengira beberapa pilihan laluan yang jauh sedikit dimana mungkin keadaan trafiknya lebih baik.So,pilihlah mana-mana laluan yang berkenan dihati.Macam pilih kain pasang kat Gulati’s pulak ye?

Katakan kita tersasar dari route yang ditunjukkan,jangan risau.Sistem akan mengira route baru dengan cepat(bergantung pada coverage internet tempat tu).Tak macam Sygic,(Sygic lagiii!) yang suruh juga kita patah balik ke poin yang kita tersalah masuk.

 

Screenshot_2012-10-30-10-04-08-1

Contoh pilihan laluan;E35 Guthrie Corridor yang terbaik

 

Lain-lain

Pengguna Waze akan meningkat rankingnya mengikut berapa banyak jarak perjalanan anda menggunakan aplikasi Waze ini dan kuantiti sumbangan informasi yang korang bagi.Tapi tak taulah dapat apa.Sesiapa yang pernah ‘terkena’ dengan aplikasi yang bawak korang masuk jalan sehala(lepas tu kena hon kaw-kaw) bolehlah cuba Waze.Bagus atau tak sesebuah sistem navigasi tu senang je nak dinilai.Sampai ke destinasi tanpa sesat.Noktah.Apatah lagi free!

 

Tetapi…

Ada sesuatu yang perlu anda tahu.Aplikasi Waze dibangunkan oleh orang Israel iaitu Noam Bardin(CEO),Uri Levine(Co-Founder) dan jurutera software Ehud Shabtai(CTO).Ada lah beberapa orang lagi yang aku rasa semuanya Israeli.Aku tak tau macamana Israel boleh mengeluarkan produk best dan free macam ni tetapi developer Islam tak boleh.Ada alasan yang munasabah?

Dalam hal ni aku tak tau adakah aku berdosa kerana promote produk Yahudi secara tidak langsung.Apakah pilihan lain untuk aplikasi sistem navigasi yang bagus,cekap,free dan Islamik?Bagitahu aku kalau ada.Jangan sebut Garmin/PapaGo pulak.Diorang tak ada buat Android Apps yang cekap dan free.

 

*Tambahan untuk apa yang aku tulis sebelum ni.Baru-baru ni aku travel ke Kampung Piandang Baru yang terletak dalam mukim Siputeh,Perak.Agak rare jugak nama tempat tu.Aku cuba gunakan aplikasi Waze untuk kesana tapi malangnya mukim Siputeh tak dapat dicari.Terpaksalah aku guna khidmat Sygic,itupun tak dapat pinpoint exact location.Selesai urusan kat sana,sekali lagi aku cuba gunakan Waze untuk perjalanan balik sebab nak singgah Sabak Bernam.Tapi memandangkan Waze memerlukan liputan internet mobile yang agak kuat untuk berfungsi dengan pantas,dan Siputeh tiada DiGi Internet yang power,Sekali lagi Sygic menjadi hero dalam cerita ni.

Kesimpulan aku macam ni,Waze amat bagus di kawasan urban yang sentiasa ada liputan internet mobile tetapi ‘cacat’ di kampung-kampung sebab tak ada preloaded map untuk offline.Pendek kata tak boleh offline langsung.

Sygic pulak menang di mana sahaja sebab telah tersedia peta purbakala yang telahpun dimuatturun.Kelemahan ketaranya ialah peta tidak terkini(menyusahkan jika navigasi dikawasan bandar) dan arahan suara yang lembab plus mengelirukan.

Penyelesaiannya,simpan je dua-dua aplikasi dan guna mengikut kesesuaian tempat yang hendak dituju.Kalaulah Google Maps tu ada navigasi suara….

Post a Comment