Tuesday, October 9, 2012

Felix Baumgartner Dan RedBull Stratos Project

Lagi tujuh jam setengah(ketika artikel ini ditulis),satu rekod baru pencapaian manusia akan cuba dicipta di New Mexico,Roswell melalui penerjunan skydiving dari aras 120,000 kaki.Projek yang bernama RedBull Stratos Project ini akan menggunakan belon helium yang membawa kapsul khas setinggi 23 batu(36.8) kilometer dari aras bumi.Rekod skydiving tertinggi adalah 102,000 kaki yang dicipta pada tahun 50-an oleh seorang lelaki bernama Joseph Kittinger.
Seorang penerjun skydiving berpengalaman bernama Felix Baumgartner,berumur 43 tahun akan terjun keluar dari kapsul dengan sut khas dan memasuki atmosfera bumi dengan jangkaan kelajuan 690mph dalam masa 30 saat.Baumgartner akan menjadi manusia pertama yang memecut melebihi kelajuan bunyi.
Terjunan itu dijangka memakan masa 10 minit untuk sampai ke bumi sebaik saja Baumgartner meninggalkan kapsul.Manakala kapsul akan terpisah dari belon helium sebaik sahaja penumpangnya terjun.
Mampukah manusia survive terjunan pada ketinggian seperti itu?Tidak,tanpa bantuan sut yang berteknologi tinggi.
Baumgartner suit

Sut khas berteknologi angkasa ini hampir menyamai sut angkasawan dengan life support sistem untuk memastikan Felix Baumgartner hidup dan tidak terhempas seperti nangka busuk.Sut tekanannya mampu menahan suhu +100 Fahrenheit hingga –90 Fahrenheit.Sekiranya beliau beku dan diselaputi ais,beliau akan dicatat dalam Guiness Book of Record sebagai Terjunan Mayat Tertinggi DiDunia.Sebanyak dua sut dibina oleh David Clark Company yang berpengalaman dalam pembinaan sut sebegini sejak 1941.
Untuk banyak lagi informasi,layari laman web RedBullStratos.com.

*Terjunan beliau ditunda ke hari Ahad kerana cuaca tidak mengizinkan iaitu angin bertiup agak kuat kira-kira 17 mph.-Telegraph UK

*Informasi jalopnik & redbullstratos.com

Post a Comment