Tuesday, September 11, 2012

Menuju Kesesatan Dengan Sygic GPS

Dalam bulan Syawal ni biasalah,hujung minggu masih ada yang buat rumah terbuka.Terutamanya kawan-kawan wife aku.Wife aku ni memang ramai kawan,ada yang dari zaman MRSM Terendak,zaman matrikulasi,zaman UMS..Banyak betullah.Aku pun banyak sekolah,tapi tak ramai kawan pun sedangkan sekolah menengah dua,termasuk sekolah Teknik,lepas tu Politeknik Kuantan dan yang terakhir zaman buat part time study kat Politeknik Shah Alam.Yang agak menghairankan,classmate aku masa buat Sijil Automotif Diesel dan member satu rumah sewa tak dapat ditemui dalam Facebook.Kerja ape diorang ni semua?Bukanlah wajib setiap orang ada Facebook,cuma itu je caranya nak cari balik kawan-kawan lama.Satu sebab lagi mungkin lelaki kurang berminat tentang hubungan jangka panjang dengan kengkawan lama ni.
Contohnya Hari Raya Aidilfitri bebaru ni.Tahun ni aku beraya di Gombak.Selesai solat Hari Raya dan menziarah kubur,aku sms lah sorang classmate aku masa buat part time study dulu.Kebetulan rumah keluarga dia kat Gombak.Aku pun mesej la dia:

 

"Bro,ada kat rumah tak?"(harapannya dia faham yang aku nak datang beraya kalau dia ada dirumah)

-"Sekarang kat rumah,petang kang balik Perak".

(Takde sebut 'meh la datang rumah aku" pun???)

 

Aku pun malas dah la nak reply semula.Kalau dia mengenang kengkawan lama,tentu seronok dapat jumpa semula ye tak?Mentang-mentang la ko dah keje gomen,ko lupa yang ko selalu copy paste assignment gua dulu ya?Amboihhh...kalau aku di situasi dia yang nak balik Perak tu,aku still ok je kalau kengkawan nak datang.Sekejap pun jadilah.Ini tak,selesai je paper last final exam,mind your own business.Itulah ceritanya ngape kengkawan aku tak ramai...Itu baru satu je contoh,yang lain tak payah ceritalah.
Sabtu lepas wife aku ajak ke rumah terbuka kawan dia kat Kajang.Kalau dulu aku berat hati sikit nak pergi sebab tak tau jalan.Manjang sesat je.Lepas install Sygic GPS kat Android phone aku,ada sikit keyakinan nak merayau ke tempat yang jauh.Hala pergi memang tak ada masalah,tapi bila balik entah mana punya jalan yang GPS ni tunjuk.
Dalam setting kita boleh pilih samada nak Shortest Route,Fastest Route,atau Economic Route.Biasanya aku letak setting Fastest Route sebab setting Shortest Route tak semestinya cepat,walaupun secara logiknya lagi dekat lagi cepat.Dari Kajang tadi,aku setlah jalan balik kerumah iaitu Home,yang dah aku savekan awal-awal.Bila mula bergerak aku dah hairan,navigasinya tunjukkan jalan kampung.Takpelah mungkin short cut.Lepas tu masuk ke lebuhraya.Tak lama lepas tu jalan pun agak sesak sebab menghala ke Kuala Lumpur.Aku hairan jugak dengan Sygic ni,apehal selalu sangat navigate kena redah KL.Dalam tengah jem tu tetiba arahan suara suruh aku belok kiri.Kepala hotak dia simpang apa tak ada,suruh aku belok kiri.Aku ignore dan teruskan jalan.Seterusnya aku offkan navigasi,ikut signboard je sebab makin sasau Sygic ni.Aku nak balik Kota Damansara,dia tunjuk jalan sampai Jalan Gasing!
Bangang punya GPS.Mujur aku tau sikit-sikit area tu.Bila aku reroute semula GPS,sampailah ke satu simpang yang dulunya Bulatan Rothman.Dalam map GPS pun bulatan,maknanya map Sygic ni tak up to date.Seingat aku hujung 2010 lagi dah ada kerja-kerja ubahsuai jalanraya kat situ.Oklah,map tak update,tapi yang bangangnya Sygic GPS ni,arahannya suruh aku buat U-Turn,hala ke UM semula.Apekejadahnya nak U-Turn,aku nak balik Damansara.Disebabkan aku taulah sikit jalan kat situ,aku ignore je direction dan masuk ke Jalan SS2 then keluar ke LDP.Setel.Gerak dari Kajang 6.15pm,sampai Kota Damansara pukul 8.10pm.Baik punya GPS.

 

Screenshot_2012-09-10-12-59-04

Masih lagi bulatan Rothmans

 

Masa memula aku install Sygic GPS ni dulu aku bagi 3 bintang setengah sebab map tak updated.Entrinya kat sini.Tapi bila GPS pun membawa ke jalan yang sesat,maka aku boleh kategorikan software GPS ni sebagai crap.Kenapa dari 3 1/2 bintang terus dapat pangkat crap?Ni sebabnya:

 

-Peta zaman purba,tak update langsung
-Carian lokasi tak lengkap.Memasukkan alamat lengkap untuk memulakan navigasi selalunya tidak berhasil.Katanya "No Item Found'.
-Setting Fastest Route dan Shortest Route tak ada beza.Macam aku cakap tadi,Shortest tak semestinya cepat sampai.Sepatutnya ada beza laluan yang bakal dilalui,sebab tu ianya dijadikan sebagai satu pilihan.Kalau route Fastest dan Shortest tak ada beza,buat apa jadikan dia dua pilihan.
-Arahan turn by turn lambat dan tidak jelas.Dah nak terlepas simpang baru keluar arahan,terutamanya di kawasan yang padat seperti KL.Katakan ada simpang kiri dan susur ke kiri yang berdekatan,pengguna boleh keliru mana satu nak ikut bila diberi arahan 'pusing kiri'.Dynamic Lane Assist selalunya tidak dapat membantu.Semasa memandu,kita susah nak tengok skrin dan bergantung sepenuhnya pada kefahaman arahan suara.
-Alasan terakhir adalah,sesat.Apa gunanya GPS kalau menyesatkan.Dalam hal navigasi ni aku rasa Google map punya navigation jauh lebih accurate walaupun tak ada voice command.

Lepas ni akan cuba mendapatkan set GPS sebenar dari Garmin yang memang tersohor.Syarikat yang membangunkan aplikasi Sygic ni mendapatkan peta dari TomTom.Satelit apa tah TomTom ni pakai.Sejak aku install bulan Mei lepas,dah dua kali receive update.Saiz update boleh tahan besar,tapi rupanya update interface saja,map purba masih kekal.Aku harap Garmin bangunkan aplikasi GPS untuk Android.
Sesiapa yang rasa nak install Sygic GPS baik dapatkan versi 'cetak rompak' punya.Tak berbaloi dibeli.

Gua bising-bising ni sebab gua beli,bukan free punya tau?

 

Screenshot_2012-09-10-13-06-25

Pengguna lain yang sama sesat macam gua,hahaha!

Post a Comment