Thursday, August 30, 2012

Kenapa Bangsa Kita Macam Ini

Semalam aku baca satu blog politik yang menulis pasal video latihan komando yang makan biawak ngan monyet dan dalam masa yang sama berpakaian sekadar menutup anu.Memandangkan blog tu blog politik,aku assume penulisnya dan peminat blog beliau adalah golongan yang tidak mahu membuka mata terhadap pengorbanan orang lain dalam menjamin keamanan dan keselesaan negara.Apa yang mereka runsingkan adalah harga minyak naik,wang rakyat,ketelusan dan segala macam benda yang tidak pernah sempurna dan cukup.

Terkait dengan isu latihan komando makan biawak tadi,muncul ramai pakar agama dan politik yang meluahkan ‘kebijaksanaan’ masing-masing di ruang komen yang mempersoalkan kenapa perlu memakan biawak/monyet semasa latihan.

Dibawah adalah antara komen yang menarik aku kumpulkan dan jawapan untuk setiap komen dari sudut kacamata aku sebagai orang awam.

 

1.”Didalam beg tentera barat ada sedikit air zam-zam dan kurma untuk kegunaan ketika darurat”.

2.”Pendek kata darurat tidak boleh dirancang”

3.”Tak solat ke bebudak komando ni?”

4.”Adakah darurat itu mesti didalam hutan?'”

KOMANDO

Pertamanya kita kena faham apa itu maksud komando dan bezanya dengan tentera biasa.Komando ialah unit khas yang dibentuk untuk menjalankan tugas-tugas kritikal seperti sabotaj,mematikan bahan letupan,pengumpulan maklumat,peperangan bukan konvensional dan mengekang keganasan.Tugasan-tugasan ini memerlukan kepakaran dan ketahanan yang melampaui batas manusia normal kerana risikonya yang tinggi.Gagal bererti maut ditangan musuh.

Keanggotaan dibuka kepada mana-mana anggota tentera dan pegawai yang berminat untuk menyertai latihan komando,tetapi harus diingat jumlah individu yang melepasi fasa latihan adalah sangat sedikit.

Fasa latihan berperingkat yang meliputi pelbagai aspek terutamanya ketahanan mental dan fizikal perlu dijalani oleh calon-calon yang sedia menyahut cabaran untuk menyertai unit khas ini.Tujuannya untuk menanam sifat no mercy kepada musuh.Antaranya aktiviti larian yang meliputi jarak ratusan kilometer,latihan survival(kat sini la timbul cerita makan biawak ngan monyet tu),latihan laut termasuk drown proofing(berada dibawah air dengan tangan&kaki diikat,mau try?)dan akhir sekali ujian E&E(Escape & Evasion),iaitu membuat serangan ke kawasan musuh dan berundur tanpa dikesan.Jurulatih akan bertindak sebagai ‘musuh’.Jarak pelarian ni adalah sejauh lebih 200km melalui hutan.Ada juga aku dengar lebih dari tu.Sekiranya tertangkap,gagal sudah semestinya,tapi yang peritnya mereka akan diseksa untuk membocorkan maklumat.

Aku percaya dalam 1000 lelaki yang sihat walafiat,satu pun belum tentu layak lulus ujian komando.Kembali kepada beberapa petikan soalan yang aku kumpul tadi berkenaan :

 

1.Kurma dan zam-zam dalam beg.Apa bezanya kurma dalam beg tentera barat dan ration dalam beg tentera kita?Semua tentera bawa bekalan makanan.US Marine yang berperang kat Iraq tu pun tak makan biawak pasir.Situasi perang masih belum mencapai tahap darurat yang sebenar.Situasi darurat yang dijalani komando kita adalah situasi darurat sekiranya ditawan musuh.Contohnya askar Yahudi tangkap kita,ingat diorang nak bagi kita makan nasik kandar ka?Kena pijak ada la.Satu lagi,bolehkah kita jangka musuh akan melayan kita dengan memberikan pakaian lengkap semasa dalam tahanan.Sebab itulah pakaian latihan komando ni seadanya saja.Hari panas ke,hujan ke,diorang wajib survive dalam semua situasi tu.

2.Darurat tidak boleh dirancang.Ya,darurat itu sendiri hadirnya memang tidak diketahui bila.Malaysia yang aman damai ni pun entah sampai bila agaknya.Latihan itu adalah persediaan,bersedia untuk menghadapi situasi paling buruk.Contoh paling mudah kalau mereka-mereka yang mengeluarkan komen ini celik agama pada tahap asas.Apakah tujuan kita beribadah semasa hayat masih ada?Sebab kita tau azab di akhirat nanti.Macam tu juga dalam latihan komando.Kita sudah boleh menjangka bagaimana ‘neraka’ dunia sekiranya ditawan musuh,sebab itu latihannya keras kung.Spring kancil potong pun tak keras macam tu.

3.Artikel tu berdasarkan satu video pendek di YouTube.Oleh kerana durasinya pendek,apa yang ditunjukkan cuma keadaan calon ketika menjalani latihan.Maka timbul soalan adakah mereka ini tidak solat.Kenapa tidak ditanya adakah mereka ini tidak buang air hanya kerana tidak ditunjukkan dalam video itu?Video tu pendek je,tidak menunjukkan keseluruhan hari latihan.Ketika latihan tiada halangan untuk bersolat.Islam itu memudahkan,tak mampu solat berdiri,boleh duduk,baring sampai tahap kedip mata pun boleh.So,tak baiklah kita anggap diorang ni tak solat.

4.Darurat dalam hutan je,kenapa tak darurat kat shopping mall.Ha,macam tulah agaknya maksud si pengomen dalam blog tu.Seperti yang aku cakap awal tadi,bersedia untuk situasi terburuk.Antara shopping mall dengan hutan mana lagi ekstrim?Sekiranya ramai komando lulus modul survival dalam shopping mall,belum tentu diorang lulus survival dalam hutan.Tapi kalau lulus dalam hutan,maknanya lulus celah gigi je survival dalam shopping mall sambil makan kuaci.

 

Sebagai orang awam,ada baiknya kita memahami terlebih dulu apa yang berlaku sebelum menunjukkan kebodohan di laman internet.Kerjaya diorang kadang-kadang meragut nyawa di peringkat latihan lagi.Aku pernah berkawan dengan seorang ex-komando yang badannya penuh parut,telinga dah tak berapa nak dengar sebab kena jerit dengan jurulatih atau selalu dengar bunyi GPMG meletup tepi telinga agaknya.Mental pun ada sedikit kecelaruan sebab tekanan latihan yang maha dahsyat dan memang betul ada sesetengahnya gila,demi nak memastikan negara kita aman damai.

Ramai orang tak appreciate aman damai ni sebab tak pernah rasa zaman ubi kayu ngan baju guni beras.Tak perlulah kita rasa semula darurat tu hanya untuk sedar dalam beberapa puluh tahun sahaja,lepas tu tak sedar diri semula.Tak lama lagi merdeka,bendera subsidi pun tak dapat lagi,huh!

Post a Comment

Nissan Grand Livina vs.Perodua Alza

Bebaru ni wife aku ada menyebut-nyebut nak beli kereta baru,susah katanya pakai Myvi.Barang banyak nak disumbat kalau balik kampung.Sebelum beli Myvi pun aku memang sedia maklum ruang penyimpanannya sempit,tapi hati dah suka.
Semenjak ada anak ni la kereta aku makin sempit.Apa taknya,baby stroller sepanjang masa dalam bonet.Quinny Buzz pulak tu,tayar dah macam tayar skuter.Tu belum termasuk beg baju anak aku,beg kit pengepam susu,tilam dia,mainan dia.Aduiii…Alang-alang tersebut pasal Quinny Buzz Stroller,aku ada terbaca dalam paper masa raya hari tu,seorang surirumah ditipu RM1200++ selepas membeli barang secara online.Duit dah transfer,barang tak dapat.Akak tu nak beli stroller Quinny Buzz,dengar pulak harga semacam tu.RM1200 tu mahal kan?Kenapa akak tu sanggup membayar jumlah sebanyak itu hanya untuk stroller bayi.Stroller budak ni harga 4-6 ratus pun dah cukup mantap dah.Macam-macam jenama ada.
Sebenarnya RM1200 adalah harga yang paling tak masuk akal murah sebab harga sebenar Quinny Buzz tanpa diskaun boleh cecah RM2600.Anak aku bertuah dapat bergaya dengan stroller tu pun sebab adik ipar aku menaja separuh dari kos stroller tu yang berharga hampir RM2000 selepas diskaun.
So,akak-akak diluar sana janganlah cepat teruja bila dengar harga murah-murah ni.Kebanyakannya kencing je,takpun barang imitation.Memang tak dinafikan stroller tu cantik,stailo dan berkualiti antarabangsa,anak aku pun muka kerek je bila terlentang kat seat dia.Kalau ikut bajet ketat abah kamu ni,berkereta sorong Giantlah kamu Dhia,haha!

nissan-urvan-1
Tentang kereta yang sempit tadi,wife aku berkenan dengan Nissan Grand Livina.Aku pulak berkenan kat Alza,saiz lebih kurang je,cuma harga Nissan mestila mahal sikit.Aku pun buat la sikit research pasal kereta-kereta ni atas ‘cabaran’ wife aku.Aku pun terbaca la artikel Wikipedia pasal Perodua Alza.Amboiii…sape la yang tuliskan artikel Wikipedia untuk Alza tu.

1.“Malaysian mostly blindly believe[neutrality is disputed] on Toyota reputation on this Perodua's badge compact MPV compared to homegrown Proton's own Exora.[4] [5]
2.“Perodua's failure to issue a recall”
3.“This recall over a minor defect had many owners speculating that there was an attempted cover up of a larger issue of rusty steering rack which plagued the Alza since it was introduced in late 2009.”
Hahahah!
Siapakah penulis artikel yang tidak matang ni?Tahun 2012 sahaja sehingga April sebanyak 9656 unit Alza telah dibeli oleh rakyat Malaysia yang ‘buta-buta’ percaya teknologi Toyota.Dalam artikel tu juga selepas spesifikasi Alza,terus masuk perenggan Quality Issue.What the heck?Aku percaya penulis ada niat untuk memburukkan Alza dengan mengangkat isu kualiti.Point 2&3,tak recall salah,dah recall kata cover up pulak.Boleh agak penulisnya dari side mana?
Baiklah,untuk lebih adil dalam membuat penilaian,aku usahakan mencari laman forum yang membincangkan isu kualiti Alza.Dengan keyword “alza problem”,antara yang kerap aku baca ialah:
1.Roof berbunyi bising bila hujan lebat
2.Dusty brake pad,rim kotor
3.Bunyi angin di cermin kecik pintu depan
Bagi aku masalah-masalah macam ni perkara sangat kecik selagi tak berkaitan dengan sistem elektronik contohnya ECU mereng,atau masalah mekanikal yang menjejaskan kestabilan kereta.Getah lining dalam cermin pintu depan Myvi aku pun slalu terlucut.Bila tutup pintu masa cermin turun,cermin gegar macam kereta buruk.Aku beli gam Gajah RM2.50,setel masalah.DIY sudah.Kesimpulannya,Alza tetap berada dalam senarai pendek aku untuk kenderaan kedua.
Memandangkan wife aku berkenan dengan Grand Livina,maka aku pun buat sikit kajian tentang MPV kompak ni.
Pada aku Grand Livina hampir dengan karekteristik sebuah sedan(atau wagon)sebab nampak lebih rendah.Walaupun mengorbankan sedikit ruang kepala,matlamat binaannya mungkin untuk mendapatkan feel pemanduan seperti sedan.Macam dalam iklan dia tu,”pemanduan ibarat sedan,ciri seakan MPV”.Betullah tu.
Enjin 1.6,versi paling kecik dalam market Malaysia,kalau kat luar negara versi 1.5 pun ada.Masalah-masalah yang berkaitan elektrikal dan mekanikal agak sukar dijumpai di mana-mana forum.Yang ada cuma fuel consumptionnya agak kuat,tapi tu bergantuk pada corak pemanduan.Orang kita ‘malu’ nak bincang masalah kereta jenama Jepun kot,compare to satu lagi jenama buatan Malaysia tu.

Spesifikasi asas

Nissan Grand Livina 1.6L (M)
Perodua Alza 1.5L (M)
Sesaran 1598cc 1495cc
Berat 1220kg 1120kg
Kuasa 105ps,150Nm 104ps,136Nm
Dimensi (LxWxH)mm 4420 x 1690 x 1590 4205 x 1695 x 1620
Harga OTR RM86,813.50 RM56,003.50

Dua model ni cukup,takmau pening kepala dengan banyak sangat pilihan.Kekadang aku tak faham sesetengah orang kita ni mengharap kenderaan dalam Malaysia ni haruslah dicipta seluas-luasnya,sepower yang boleh mcm lori Scania dan paling penting murah macam basikal.Ingat satu benda sudah le.Setiap jenis kenderaan,kecik atau besar,dibina untuk kumpulan sasaran tertentu.Kalau setiap kenderaan tu patut dibina besar,kenapa tak ramai pun pasangan beranak ramai yang beli Nissan Urvan?14 seat tu,sesuai buat part time angkut budak sekolah.
Apapun,membeli MPV kompak ni cuma masih diperingkat ura-ura sahaja.Nak berhutang lama beb,kena fikir masak-masak.

Post a Comment

Tuesday, August 28, 2012

Raya,Motor Besar dan GT-R

Balik kampung raya tadi seronok dapat jumpa kengkawan di reunion.Aku,Mail dan sorang lagi member merangkap jiran depan rumah,En.Naruto je wakil dari kampung kitorang.Yang lain entah kemana,malu gamaknya reunion kecil-kecilan,haha!

Si Mail beraya dengan kuda baru tahun ni,Ducati Monster 796.Cemana tah si Mail ni boleh jatuh cinta dengan Ducati,pengaruh kengkawan gamaknya.Dia ni jenis hobi tak tetap,orang main Vespa,dia pun Vespa,sampai dua bijik katanya.Dalam masa yang sama motor off road pun dia main.Tetiba je main Ducati,jenis touring bike plak tu.Itu tak cukup memeranjatkan gua lagi,sekali dia cakap beli cash,nah kau.Ko jual dadah ke ape Mail.

Alhamdulillah rezeki si Mail,hobi yang pelbagai macam tu disokong pula dengan kewangan yang stabil.Katanya Ducati tu RM63k,assembly kat Thailand.Walaupun RM63K,masih kedengaran agak murah bagi standard Ducati.Kali terakhir aku belek superbike Ducati versi Racing Factory,tak ada yang kurang dari 100k.

Kalau gua kaya macam Mail,gua sambar Evo 7 sebijik,Kawasaki Z1000 Black Edition sebijik,setel.Ni ha gambar Kawasaki Z1000 Black Edition.Kacak bergaya bukan?

 

z1000

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasar motor besar,aku teringat cerita En.Naruto pasal video YouTube GTR vs Bugatti Veyron.Disebabkan masa tu kat kampung,aku agak nak tergelak jugak dengar cerita dia.Nak tengok YouTube,line internet takde.En.Naruto ni pun tak percaya juga sebenarnya,dalam video tu katanya GTR overtake Bugatti Veyron macam Bugatti Veyron tu tengah berhenti.Dapat imagine tak?

Maksudnya GTR tu memang super laju lah.Sebelum mengetahui betapa lajunya GTR itu,ada baiknya kita dibrief dulu apakah dia Bugatti Veyron.Bugatti Veyron ialah kereta produksi terpantas didunia.Versi Super Sportnya berkuasa 1200hp dengan kelajuan maksimum 431km/j.Pi Kedah makan tengahari pastu balik opis semula kat KL pun boleh.

Enjin dia 8000cc 16 silinder dalam susunan W.Tak tau macamana layout enjin W,umpama enjin V8 disusun sebelah menyebelah.Tak cukup dengan itu saja,desakan empat ketul turbin turbo menambahkan lagi kuasa Bugatti Veyron.Kampung habis ayat gua.Haa…power beb.Banyak lagi maklumat best kat Bugatti Veyron ni,tapi aku dah pernah tulis dulu.Malas nak cerita benda yang sama dua-tiga kali.

Lawannya pulak sebuah jentera Jepun yang disegani iaitu Nissan GT-R.Tak tau GTR yang mana,cukup sekadar disebut namanya Nissan GT-R.Woi!!GTR banyak jenis la dol!

Jangan tersilap okeh,yang lama-lama tu namanya Nissan SKYLINE GTR.Model GTR paling baru tak ada nama Skyline.Model paling latest 542hp,dari enjin 3.8 liter V6 twin turbo.Top speed 321kmj je tapi macamana dengan cerita member gua tadi?

Bila aku fikir-fikir balik,aku pun cakap kat En.Naruto.Walaupun aku tak percaya,tapi tak mustahil GT-R boleh titik Veyron.Sebabnya senang,maybe GT-R tu heavy mods.Aku bagi contoh kereta drift Daigo Saito,dia pakai Lexus IS250C dengan enjin 2JZ.Horsepower dia 1000hp + 200hp nitrous system.3000cc je pun 2JZ tu,boleh cecah 1000hp daripada standard kilang 280hp.Apatah lagi enjin GT-R yang standard roket dari kilang.

Videonya sampai la ni aku tak jumpa.Katanya rakaman dari dalam Bugatti,yang ada drag GT-R dengan Bugatti tapi rakam dari dalam GT-R ada la.Yang tu ka En.Naruto?

Post a Comment

Syiling 2 1/2 Sen Nederlandsch Indie 1857

IMAG0322

IMAG0323

 

Semalam member satu department aku ada sebut pasal syiling lama yang dia nak tunjuk kat aku.Dari penerangan dia semalam,dia cuma ingat Belanda dan tahun 1857.Hari ni dia bawa syiling tu dan inilah dia syiling bernilai 2 1/2 sen Nederlandsch Indie yang ditempa pada tahun 1857.Maknanya syiling ni dah pun berusia 155 tahun.

Adakah syiling ni bernilai tinggi?

 

Pertamanya,kita ketahui dulu apa itu Nederlandsch Indie.

Agak sukar juga untuk mendapatkan maklumatnya memandangkan kebanyakan informasi dalam Bahasa Inggeris.Nederlandsch Indie ialah Syarikat Hindia Timur Belanda yang menguasai sebahagian besar Asia Tenggara sejak 1800 hingga kedatangan Jepun pada 1942.Sebelum tahun 1800,ia dikenali dengan nama VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie).

Sejarah lama-lama sangat ni aku tak tau langsung,cuma aku biasa tengok simbol VOC pada meriam-meriam lama.VOC ni sangat besar,menguasai ekonomi Asia Tengara yang masa tu menjadi pusat perdagangan yang kaya dengan sumber alam.Itulah sikit sebanyak maklumat asal usul dari mana wujudnya syiling tadi.Maaflah kalau salah,sebab tu aku tak tulis banyak.Makin panjang aku tulis kang makin tersasar pulak terjemahannya.

Berbalik kepada syiling 2 1/2 sen tadi,nilainya pada tahun 1857 mungkin boleh seguni beras barangkali.Pada masa sekarang ia dinilai berdasarkan kondisi dan raritynya.Orang yang pakar dalam bidang numismatik bolehlah memberi anggaran nilai pasarannya sekarang.Dari pandangan mata kasar aku,keadaannya agak teruk dengan pengoksidaan berwarna kehijauan(biasanya logam tembaga)dan tempaan agak kabur.Mungkin ada cubaan untuk membersihkannya dengan cara yang salah.

Hasil tinjauan aku di beberapa laman web termasuk eBay dan Mudah,nilainya tidak seberapa,sebabnya mungkin kerana syiling ni tidak sukar didapati.Harganya berlegar sekitar RM30-RM100.

 

Sori la geng,ingatkan kita boleh dapat puluh ribu tadi.Kita kumpul modal beli metal detector,then kita scan tebing Sungai Kuala Muda.Port hang cari remis masa kecik-kecik dulu.

Post a Comment

Monday, August 20, 2012

Gigi Piranha Fail

Tabloid tempatan 25 Jun 2012

Gigi ikan payara/vampire fish

Research please...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Post a Comment

Tuesday, August 14, 2012

Lagu Raya Paling Win Tahun Ini

Memula aku ingat tak best,malas nak klik dalam Facebook.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Post a Comment

Jenayah:Kepit TV 42 inci Celah Kangkang

Jenayah lawak di Oslo,Norway.

 

Seorang wanita beserta teman lelakinya ditahan polis selepas didapati mencuri televisyen skrin rata 42 inci.Memang sukar untuk membawa keluar TV sebesar itu dari kedai tanpa disedari pekerja kedai.Tapi macamana pasangan tersebut melakukan kerja yang keji itu?

 

TV skrin rata itu di’kepitkan’ celah peha wanita tersebut yang berjaya membawa TV itu ke stesen bas berhampiran.Oh ya,wanita itu memakai skirt.Walaubagaimanapun mengepit TV sebesar itu dicelah peha bukanlah kerja mudah kerana pastinya pergerakan akan kelihatan kekok.Ianya disedari pekerja kedai elektrik dan telahpun menalipon polisi lebih awal.Kejadian berlaku di pusat beli belah Elkjop.

Wanita berumur 31 tahun itu digelar ‘Thunder Thigh’ oleh radio tempatan dan kes itu merupakan kes teraneh di Sweden sejak hampir 10 tahun lepas.

Post a Comment

Motorrrrrr..

Dulu aku minat MotoGP terutamanya zaman Max Biaggi,tapi sejak 4-5 tahun kebelakangan ni aku tak peduli sangat tentang perkembangan sukan dua roda ni.Cuma ada bebrapa pelumba yang aku dapat ingat nama contohnya Rossi,Casey Stoner,Jorge Lorenzo dan Nicky Hayden.Selebihnya banyak yang aku tak tau sebab lama tak pedulikan sukan MotoGP ni.

Pusingan ke-10 di Laguna Seca baru-baru ni dimenangi Lorenzo dari team Yamaha Factory Racing (gua memang minat mesin Yamaha).Tahun 2012 ni adalah musim ke 64 F.I.M Road Racing World Championship.bayangkan masa musim pertama dulu diorang race pakai mesin apa agaknya.

Untuk musim 2012,beberapa perubahan peraturan mekanikal dilakukan untuk menjadikan saingan perlumbaan lebih menarik.Antaranya:

-Kapasiti enjin ditingkatkan sehingga 1000cc (61ci)

-Jumlah maksimum silinder dibenarkan sehingga empat silinder

-saiz bore maksimum 81cm.Bore bermaksud diameter silinder.

 

Sebelum ni perubahan enjin yang berlaku dalam MotoGP ialah:

2002 : Pengenalan enjin 990cc empat lejang

2007 : Kapasiti enjin diturunkan kepada 800cc

2009-2010 : Maksimum enam enjin/rider untuk semusim

 

Kekadang bila tengok rider layan selekoh dengan sudut macam ni,nampak macam mustahil dan agak mencabar hukum fizik.Bukan senag nak jadi pelumba beb.Besit kapcai 160kmj pun boleh ketar lutut.

Jorge Lorenzo

Jorge Lorenzo Yamaha YZR M1

2012-Yamaha-Factory-Racing-MotoGP-YZR-M1-e1332747378561

 

Enjin motorsikal Valentino Rossi

Desmosedici

Ducati-Engine-Desmosedici-GP11.1

Post a Comment

Friday, August 10, 2012

Komen Dari Puchong,1Malaysia

Hari ni tak banyak cerita menarik untuk aku poskan sebagai entri blog,jadi aktiviti lain adalah menyemak komen-komen yang ditinggalkan pembaca.Entri pasal tiket bas mendapat dua respon dari pembaca yang mungkin mengalami perkara yang sama dengan aku.Thanks Alam dan Acid Voice.

Entri kedua mengenai screenshot artikel dalam Kosmo Online semalam,tentang jumlah badak air di Malaysia yang semakin berkurangan.Artikel ni mendapat satu respon dari seseorang yang bernama Tang Tzong Yuh dari Puchong Selangor.Ini komen beliau:

 

Badak Air Malaysia    Laman Fakta vs Tahyul-141210

Sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan jenis komen seperti ini walaupun ianya berkaitan dengan entri yang menceritakan tentang sesuatu perkara bodoh di sekeliling aku.Aku pun buat sedikit siasatan siapakah dia Tang Tzong Yuh ini dan aku jumpa profil Facebooknya.Ini screenshot dari wall Facebook beliau yang juga ada mempamerkan ‘lawak badak air’ Malaysia semalam,dari sumber Bernama.

 

Screenshot_2012-08-10-14-17-44

 

Ya,pertama kali aku baca artikel tu pun aku dah berasa sesuatu yang tidak kena.Bila pulak badak air ada di Malaysia.Ada tu memang ada tapi di zoo lah.Mungkin apa yang diorang nak cakap sebenarnya adalah spesies badak sumbu kecil tu,apa nama sainsnya aku tak taulah.

Agak ralat disini apabila DUA akhbar memaparkan berita yang sama dan menunjukkan penulis artikel tak buat kajian sebelum menulis.

Pernah tak korang jumpa tajuk akhbar yang berbunyi ‘Ikan Aneh Ditemui Di Kedah’,(sebagai contoh sahaja nama tempat Kedah tu).Internet didepan mata bermaksud tiada istilah ‘aneh’,Googlekan sajalah spesies apa ikan tu.Kalau ikan rupa buaya dah tentulah Alligator Gar,so buat apa tulis tajuk akhbar ‘Terpancing Ikan Berwajah Buaya’?Tulislah ‘Terpancing Alligator Gar’.Strategi menjual akhbar barangkali?

Keyword hari ni ialah ‘buat kajian’.

Kepada Tang Tzong Yuh,benar artikel akhbar online itu sangat LOL,tapi komen anda terlalu umum.Any country in this world have bullshit,not in Malaysia only.For sure kenderaan penjelajah Marikh,Curiousity belum menemui sebarang bullshit disana.Nanti kalau kita mampu hidup lama,kita mampu tinggal diplanet Marikh yang tiada bullshit ok?

Apa yang aku meraban dalam perenggan akhir ni?

Post a Comment

Thursday, August 9, 2012

Badak Air Malaysia?

Badak air di Semenanjung Malaysia.

Aku cuba meng’google’ kemusykilan aku dan berakhir di Wikipedia.Itupun aku masih was-was dengan berita Kosmo ni.Adakah badak air spesies asal di negara kita?

 

Kosmo! Online - Terkini-122018

 

Populasi badak air(Hippopotamus amphibius)

 

Hippopotamus - Wikipedia, the free encyclopedia-122050

Post a Comment

Prison Break Versi Pemuda Brazil

Sekitar tahun 2007 dulu kalau tak salah,8TV menyiarkan satu drama bersiri bertajuk ‘Prison Break’,satu drama yang sangat mendebarkan,genius dan banyak twist dalam perjalanan ceritanya.Kisahnya adalah berkenaan seorang lelaki bijak yang sengaja menghumbankan diri kedalam penjara untuk melepaskan abangnya daripada hukuman mati.Jailbreaking diorang berjaya walaupun perancangan terpaksa diubah berkali-kali dan melibatkan ramai orang.Asalnya cerita tu tentang jailbreak,tapi berpanjangan sampai ke penjara Scylla dan konspirasi agensi sulit.Apapun cerita tu still jauh lebih baik dari drama ‘Lost’.Memula aku layan gak drama Lost ni,lelama makin lost aku dibuatnya.Tak faham.

Fiksyen Prison Break tadi cuba diadaptasikan kealam realiti oleh dua Brazilian tetapi dengan modus operandi yang berbeza,jauh lebih ringkas daripada kaedah yang dirancangkan Michael Scofield.Sidney da Cruz,24,dan Carlos Pereira,18 dipenjarakan di penjara Delegacia de Furtos Brazil atas kesalahan mencuri kereta.

Untuk melepaskan diri dari penjara,mereka menyamar sebagai bungkusan sampah yang dipenuhi dengan bekas makanan polistrin.Bungkusan ‘sampah’ yang diletakkan di tepi koridor itu bagaimanapun disedari seorang warden penjara yang ternampak plastik sampah itu bergerak.

Hukuman penjara mereka ditambah kerana cubaan melepaskan diri.

 

Kalau ‘sampah’ ni dihumban kedalam lori sampah yang ada pemampat tu tak ke mampos?

 

Jailbreak

 

Rio Ferdinand???

jailbreak1

 

Sumber Daily Mail

Post a Comment

Tuesday, August 7, 2012

Selena Gomez Sudah Tembam!

Betul,aku tak tipu.Inilah rupa Selena Gomez.Tak percaya?

 

Selena Gomez

‘Selena Gomez’ ini disalahertikan oleh Facebook sebagai Selena Gomez ceweknya si Bibir.Facebook menyekat akaun beliau kerana merasakan akaun ‘Selena Gomez’nya adalah akaun Selena Gomez palsu.‘Selena Gomez’ yang ini berasal dari Mexico.Kata beliau lagi tiada satupun gambar Selena Gomez dalam akaun beliau.

Ini bukan kali pertama Facebook menyekat akaun individu yang namanya menyerupai selebriti.Tahun lepas Facebook menyekat akaun seseorang yang bernama Mark Zuckerberg.

Post a Comment

Friday, August 3, 2012

Atlit Angkat Berat Korea Selatan Cedera

Atlit angkat berat Korea Selatan,Jaehyouk Sa 27 mengalami kecederaan siku dislocated dalam cubaannya mengangkat bebanan seberat 162kg.Jaehyouk Sa yang berumur 27 tahun sebelum itu berjaya mengangkat bebanan seberat 158kg.

Beliau mewakili Korea Selatan dalam Sukan Olimpik London 2012 untuk acara angkat berat kategori lelaki 77kg.

 

article-2182414-1455B6A4000005DC-725_634x367

article-2182414-14555505000005DC-116_634x387

south-korean-weightlifter-jaehyouk-sa

south-korean-weightlifter-jaehyouk-sa1

 

 

Post a Comment

Bra Untuk Lelaki?

Apakah kewajarannya lelaki memakai bra?

 

mensbra01.img_assist_custom

 

 

Aku pernah terbaca satu status Facebook seorang wanita berkenaan lelaki yang mempunyai nipple tertimbul diluar baju terutamanya lelaki yang berbadan besar (wanita itu teruja barangkali).Kepada penulis status berkenaan,nah..hadiahkan kepada lelaki itu.

Dijual pada harga $28,rasanya ia lebih mahal dari Wacoal atau Triumph.Aku tak pandai bahasa Jepun,siapa-siapa yang pandai,sila ke laman web Rakuten.

Post a Comment

Bola Diatas Menara Tokyo

 

Bola diatas adalah sebiji bola baseball yang ditemui dalam kerangka antenna di puncak Tokyo Tower.Bola yang diperbuat dari getah lembut itu biasanya dimainkan oleh pelajar sekolah rendah untuk permainan baseball.Bola tersebut ditemui pada ketinggian 306 meter dari aras jalan.

Ianya ditemui ketika proses menggantikan antenna yang bengkok akibat gempa bumi pada 11 Mac 2011 lalu.Penggantian antenna itu adalah untuk kali pertama selepas Menara Tokyo siap dibina pada 1958.Bola baseball itu telahpun mereput dan kehitaman akibat terdedah kepada cuaca untuk tempoh yang panjang.

 

Soalan:

Siapakah yang memukul bola tersebut hingga ketinggian 306 meter?

 

Sumber:JapanTimes

Post a Comment

Wednesday, August 1, 2012

Jenis Kuih dan Definisinya

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

 

Screenshot_2012-08-01-12-47-32

 

Kuih lima ketoi dua ringgit =Semua kuih bazar Ramadan

Post a Comment

Kaedah Menghapuskan Tebuan Di China

Orang kampung memang biasa terserempak dengan sarang tebuan.Sakitnya kena sengat tebuan aku tak pernah rasa,setakat penyengat tu adalah.Itupun boleh tahan juga powernya.Kaedah biasa orang kampung untuk menghapuskan sarang tebuan adalah dengan mengikat kain pada buluh panjang dan dinyalakan api untuk membakar sarang tebuan.

Di China caranya lebih awesome.Anggota tentera dipanggil untuk melakukan khidmat masyarakat bagi membantu menghapuskan sarang tebuan yang besar dan bersarang di pokok yang tinggi.

Kenapa tentera yang dipanggil,bukan JPA?

 

Sebabnya tentera ada peralatan yang jauh lebih sesuai untuk menyempurnakan tugasan tersebut.

 

 

ATM boleh ke guna aset tentera untuk kerja-kerja kemasyarakatan?

Chinese Army flamethrower guna gas kot,tak macam flammable liquid dalam cerita perang lama-lama.

 

Diolah dari Gizmodo

Post a Comment