Monday, July 23, 2012

Sampai Ke Utara

Assalamualaikum…
Entah apa puncanya kebelakangan ni makin ‘renggang’ entri-entri aku dan secara automatik renggang jugalah pembaca berkunjung ke blog ni.Makin kurang info kan?nak tulis pun kekadang orang lain dah buat.Apa yang boleh aku tulis cuma peristiwa yang berlaku sekeliling aku.Ok,kali ni aku nak share cerita tentang perjalanan aku ke negeri utara hujung minggu lepas.
Aku antara segelintir warganegara Malaysia yang belum habis menjelajah ke seluruh negeri dalam Malaysia ni.Sepanjang hidup aku kehidupan aku cuma berkisar di dua negeri saja iaitu Selangor dan Pahang.Selebihnya aku jelajah dengan effort sendiri selepas memiliki kenderaan,antaranya Johor,Melaka,dan Negeri Sembilan.Sabah pun aku dah sampai lepas Myvi aku transform jadi Airbus A300.Naik kapal terbang bajetlah,Air Asia.Itulah dia,jumlah negeri yang aku pernah sampai kat dalam Malaysia ni sebelum ni.
Minggu lepas aku sekeluarga dan keluarga abang ipar aku ke utara atas urusan meminang untuk adik lelaki aku.Mula-mula aku agak keberatan memandangkan jaraknya yang maha jauh.Aku tak pernah jalan jauh sangat kecuali ke Tangkak masa adik perempuan aku bermatrikulasi kat sana.Tapi tak ada istilah keberatan sebab urusannya memang penting.Lagipun bila aku fikir positif,dapat juga jenguk negeri orang.

Journey
Hari Jumaat jam 9.30pm,aku gerak dari Kota Damansara dan singgah berehat di R&R Sungai Perak.R&R ni dipilih sebab berada di tengah-tengah perjalanan antara Kota Damansara dan Alor Star yang merangkumi jarak sejauh 427km.Sampai di R&R Sungai Perak sekitar jam 12.00am.Kalau aku balik rumah mak aku kat Pahang tu dah sampai dah.Berhenti rehat dalam setengah jam pekena Power Root Tongkat Ali dua tin sambil menunggu abang ipar aku set up sisha dia.Abang ipar aku ni kalau kemana-mana memang tak lekang dengan sisha.Orang yang berhenti rehat kat situ pun macam pelik je tengok abang ipar aku buat port bersisha.bagi diorang pelik la,aku yang dah biasa tengok ni tak rasa apa-apa pun.Lebih kurang 12.30am,perjalanan diteruskan merentas negeri Perak yang memang luas.Mujur highwaynya gred A,dengan kelajuan minimum 100kmj dan sesekali terlaju juga sampai 120kmj.Masuk Pulau Pinang,highwaynya beralun dan paling worst kat Kedah.Highway konkrit yang memang tak boleh blah langsung bila pakai sport spring+ tayar 205/40/17.
Akhirnya jam 2.30am,kami sampai ke plaza tol Alor Star(U) dan terus ke Homestay Mawar yang lebih kurang lagi lima minit perjalanan dari plaza tol tadi.Homestaynya cantiklah bagi aku,sesuai dengan harganya RM50 satu hari.
Keesokan hari lepas selesai urusan meminang dan bertunang,aktiviti berjalan diteruskan.Memandangkan masa tak banyak,kami cuma berjalan ke Pekan Rabu yang glemer sangat tu.Nak tengok juga apa yang ada kat sana,jakun sebab pertama kali sampai negeri Utara.Apa yang aku boleh katakan Alor Star ialah sebuah bandar lama mirip bandar Segamat,jalanraya taklah baik sangat,cuma kawasan parking yang sangat limited.Biasalah bandar lama memang macam itu sebab dulu-dulu pembangunan tak dirancang dengan baik.Orang dulu tak boleh predict berapa banyaknya kereta zaman sekarang ni.Walaupun banyak bangunan lama,sebenarnya cantik kalau diperhatikan betul-betul cuma tak dipulihara dengan baik.Aku suka bandar yang macam ni sebab ada nilai-nilai sejarah.

IMAG0229
Di Pekan Rabu kami cuma beli pencicah rojak jenama Mak Bee dan sebotol perencah Char Kuey Teow jenama Otaku(penggemar manga Jepun kot ownernya).Aku cuma beli sandal imitation Crocs padahal kat sini pun berlambak.Saja nak beli sesuatu dari Alor Star.

IMAG0228
Walaupun jangkaan awal aku perjalanan ni meletihkan tapi sebenarnya tak.Hari Ahad jam 2pm,kami gerak balik dan singgah ke bandar Sungai Petani.Bandarnya simple je,tapi parking kemain susah nak dapat.Lepas tu singgah di Taman Mewah,rumah makcik abang ipar aku.Mengantuk punya pasal,aku pergi kedai beli aiskrim.Nyonya kedai tu pun kira barang yang aku beli dalam bahasa Cina.Pastu aku buat muka blur...Aiyah,wa ingat lu cina!kata nyonya tu.Auntie,kulit saya banyak gelap tau,macam cina ka?Nyonya tu pun citer,dulu ada satu lelaki gelap beli barang,nyonya tu ingat melayu,rupanya cina.Terbalik pulak dah.
Dulu sekali kat Tesco,salesgirl kad kredit dok cong ceng cakap cina kat aku suruh apply kad kredit.Gila ke ape. Pukul 5.30pm kitorang gerak dari Sg.Petani.Perjalanan agak perlahan sebab hujan dan sesak di tol Juru.Abang ipar aku call,bagitau yang stesen berhenti di Hentian Tapah.Kat situ yang popularnya seedless guava le.Bubble tea Cool Blog pun ada,yummm!Rehat dalam 45 minit jugak la rasanya sebelum sambung perjalanan.Setelah bercekang mata driving dari pukul 5.30pm,akhirnya sampai kat Greenwood jam 11.30pm.Mujur drive Myvi,seat jenis macam bench.Spring keras sikit pun tak sakit pinggang.Kalau bawak Satria aku rasa mau dah slip disc tulang belakang rasanya.
Post a Comment

Post a Comment