Isnin, 23 Julai 2012

Cerita Terawih Ke-3

Assalamualaikum! Jumpa lagi kita dengan bulan puasa.Selain puasa yakni menahan lapar,ibadat jugak kita lebihkan sikit walaupun sepatutnya tak perlu tunggu bulan puasa ye tak?Salah satunya ibadat terawih yang tak pernah aku dengar orang buat selain dari bulan puasa.Zaman aku bebudak dulu terawih ni satu aktiviti yang sangat seronok,bukan sebab buat ibadat.Maklumlah bebudak lagi,main ajelah kerjanya.Tiap malam tak tinggal kemasjid,tapi bukan nak beribadat.Aku dengan kengkawan aku lebih suka main sorok-sorok celah kereta.Masa bulan puasa ni la parent tak marah keluar malam.Selain dari bermain,waktu makan moreh paling ditunggu.Biasanya informasi makanan moreh aku tau dari arwah abah aku.
Sebenarnya taklah sedap mana pun makanan moreh,tapi seronok makan ramai-ramai.Yang selit plastik celah songkok untuk tapau pun ada.Kelakar betul. Tapi itu tafsiran terawih masa aku belum baligh.Bila dah besar,tak mungkinlah nak buat perangai bebudak.Kampung aku tak ramai penduduk,tapi masjidnya agak besar.Kalau solat Isyak tu aku rasa ada la 5 saf.Sampai selesai witir tinggal dua saf je,itupun aku dah duduk saf paling depan.Pernah sekali hujung-hujung ramadhan,sampai solat belakang imam.Punya la tak ramai orang.Mujur solat terawih kat kampung aku buat 8 rakaat je,tak ada selang seli dengan tazkirah.Sebelum pukul 10 confirm siap.
Berbanding di bandar,solat terawih biasanya diselangi dengan tazkirah selama 15 ke 20 minit dan bacaan dalam solat terawih memang panjang-panjang.Biasanya imam jemputan dari maahad tahfiz yang muda-muda.Malam tadi terawih yang ketiga aku buat di surau berdekatan rumah aku.Kat tempat aku ni terawih selesai lebih kurang dalam jam 10.30pm.Semalam ada beberapa perkara yang membuatkan terawih ketiga aku agak 'special' sikit.Terawih semalam diimamkan pelajar tahfiz.Selepas sujud rakaat pertama solat terawih kedua,imamnya terus tahiyat akhir.Maka ramailah yang terbangun termasuklah aku sekali,then duduk tahiyat akhir.Sebab ikut imam kan,padahal baru rakaat pertama.Bagi yang tak panik,habis je imam beri salam,terus sambung rakaat kedua sendiri.Yang lain-lain(termasuk aku) ikut bagi salam maka ramailah yang solat terawih keduanya tidak sah.Tapi tak apa,lepas tazkirah ganti semula dengan dua rakaat solat terawih.Imam tahfiz teralit mengingati surah-surah panjang sampai terlupa rakaat yang keberapa.
Lepas tu rehat kejap dengar tazkirah,ustaznya datang dari maahad tahfiz apa aku dah lupa tapi kat Perak nun.Tazkirahnya pendek je tak macam surau kat Taman Pinggiran Gombak.Selesai tazkirah,solat terawih bersambung semula,tapi bila nak angkat takbir,aku nampak satu budak kecik berjalan dicelah-celah jemaah,sampai la budak tu hilang entah kemana.Tak pasal-pasal konsentrasi aku terjejas.Selesai hal budak kecik tadi sekali lagi perhatian aku terganggu dengan seorang remaja yang aku nampak mukanya macam pan asia. Muka tu memang jambulah,dengan rambut berkaratnya,pakai t-shirt dengan seluar khakis.Dari segi luaran aku takmau komen,sebab ke masjid ni yang pentingnya ibadat dengan ikhlas.Disebabkan budak pan asia tadi solat depan aku,secara tak langsung aku nampak pergerakan dalam solatnya yang awkward.Masa berdiri tak reti diam,ada ajelah benda yang dia buat.Tak batal ke solat dia ya?Siapalah aku untuk menilai ibadah orang ye tak.Walaupun gaya solatnya agak aneh,dia berjaya menamatkan solat terawih + witir,tak macam orang lain yang berpelikat,baju melayu dan songkok,baru empat rakaat dah cabut lari.
Oh ya,sebelum solat witir,sekali lagi budak kecik tadi memunculkan diri mencari ayahnya.Ish,siapalah bapak budak tu.Biarkan anak berjalan2 dicelah jemaah.Budak kecik tu terus menyelit ke saf hadapan mendapatkan ayahnya.Laaaa.....ustaz yang bagi tazkirah tadi punya anak rupanya.Aku ada pandangan mengenai ibu-bapa yang bawa anak kemasjid.Niat itu sangat baik untuk mendidik anak mengimarahkan masjid,tapi pastikan anak-anak kita betul-betul berdisiplin sebelum dibawa mengikut kita.Dalam tazkirah terawih tahun lepas aku ingat lagi,ada satu ustaz tu cakap kita jangan suruh budak-budak duduk belakang,biarkan je dimana mereka nak duduk.Kalau dikumpulkan bebudak ni alamatnya bermain ajelah kesudahannya.Bagi aku depan atau belakang,yang penting disiplin.Kalau tak berapa nak disiplin,duduk sebelah ayahnya dan ayahnya kena jaga.Anak aku nanti tak taulah,anak perempuan maknya yang jaga kat surau nanti,heee!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tiada ulasan: