Selasa, 24 Julai 2012

Apa Itu SABOT?

Cerita tentang militari lagi boleh?

Maaf kalau ianya membosankan bagi sesetengah pihak,bak kata wife aku rancangan TV yang aku tonton semuanya serius belaka.Nak buat macamana,yang serius tu lah yang menarik,padat dengan informasi.Sesekali aku layan juga Karoot Komedia takpun Maharaja Lawak yang lama-lama.
Hari ni aku nak berkongsi kefahaman aku tentang satu benda dalam dunia militari iaitu SABOT.Sabot ni tak merbahaya,tapi ia membantu menjadikan benda yang dilindunginya itu berbahaya.Pertama kali aku dengar perkataan sabot adalah ketika menonton filem Transformers 2007.Situasinya ketika sekumpulan askar Amerika diserang Scorponok di tengah padang pasir.Siapa yang suka filem tu mesti ingat,aku sendiri tonton filem tu berpuluh kali tanpa jemu.Dalam situasi tersebut,pesawat gunship AC130 Spooky menembak sasaran menggunakan peluru sabot 105mm.
Peluru sabot dilancarkan dari meriam bersaiz sama dengan saiz pelurunya.Kalau diperhatikan,rupa peluru sabot agak sedikit aneh berbanding peluru biasa,tapi kuasa pemusnahnya sangat besar.Mulanya aku fikir sabot adalah sejenis bahan peledak baru yang berkuasa menghancurkan armor,rupanya tidak.Sabot sebenarnya adalah 'sarung' yang memegang peluru penetrator yang biasanya jauh lebih kecil untuk menetapkannya pada kedudukan stabil didalam barrel meriam.Peluru atau dipanggil penetrator(penebuk) armor ialah sebatang rod panjang (LRP-Long Rod Penetrator) berdiameter 20-30mm,50-60cm panjang dan diperbuat daripada logam keras yang berketumpatan tinggi seperti tungsten atau depleted uranium(DU).LRP ini berbentuk panah untuk menumpukan tenaga kinetik pada titik pusat yang kecil untuk memaksimumkan kuasa tembusan.Siapa yang belajar fizik tentu mudah faham bagaimana konsepnya,ketumpatan didarab dengan halaju(V).Katakan LRP tersebut seberat 3.5kg x muzzle velocity 1700m/s,bayangkan berapa daya tertumpu pada hujung penetrator tersebut.Kebanyakan steel plate kereta kebal tidak mampu menahan tujahan LRP,kecuali ianya kurang berkesan keatas komposit armor moden seperti Chobham dan Kanchan.

Jadi apa tugasan sabot tadi sekiranya 'peluru' sebenar adalah LRP?
Oleh kerana LRP berdiameter kecil(20-30mm) berbanding saiz barrel (105/120mm),maka sesuatu diperlukan untuk menstabilkan kedudukan LRP ditengah-tengah barrel yang lebih besar diameternya supaya tembakan tepat dapat dilakukan.Selain itu tugasan sabot adalah untuk mengelakkan kebocoran gas ketika tembakan dilepaskan(sealing),untuk memaksimumkan kuasa dorongan oleh gas yang mengembang didalam barrel meriam.
Tetapi tugas sabot hanya sehingga LRP meninggalkan muncung meriam sahaja.Sabot dibina sebegitu rupa supaya ketika ianya meninggalkan muncung meriam,seretan aerodinamik akibat halaju tinggi akan menanggalkannya dari LRP.

APFSDS

Satu soalan mungkin timbul;kenapa LRP tidak dilancarkan dari meriam berdiameter yang sepadan dengannya?Pertama,mungkin kuasa dorongan daripada peledak didalam shell bersaiz sama dengan LRP tidak cukup kuat untuk menghasilkan kuasa penembusan.Halaju yang maksimum tidak dapat dicapai melainkan penggunaan shell yang lebih besar,disamping kewujudan fin atau sayap untuk menstabilkan penerbangan LRP.Oleh sebab itu LRP+sabot lebih dikenali sebagai APFSDS(Armor Piercing Fin-stabilised Self Discarding Sabot).
Teknologi memungkinkan perkara yang nampak mustahil untuk berlaku sedangkan dahulu kala besar bermakna lebih baik.Agak sukar untuk percaya sebatang besi bersaiz 20-30mm mampu memusnahkan sebuah kereta kebal seberat 40-50 tan.Sebagai contoh,peluru meriam 120mm APFSDS jenis M829A1 dengan LRP seberat 4.6kg mampu menembusi perisai besi setebal 600mm pada jarak 1000 meter.Mana mau menyorok macam ni?

 

1221874000.4737246
Manusia dimuliakan dengan akal di dunia ini untuk meneroka apa juga potensi sekalipun diluar batas imaginasi.Serius sungguh entri ni kan?That's me.Aku tak pandai nak berpura-pura jadi pak lawak,so aku harap ada insan diluar sana yang berminat untuk membaca entri ni.Dalam seratus orang,mungkin ada satu,ye tak?Satu lagi,tulisan dalam entri ni adalah berdasarkan kefahaman aku dari sumber bacaan yang bertebaran di internet,harap maaf dan diperbetulkan kalau ada sebarang salah silap.Aku bukanlah pakar fizik atau pakar balistik,cuma minat saje....