Wednesday, June 13, 2012

‘LEGO’ Besar di China

Burj Dubai dibina dalam masa lima tahun,dengan ketinggian 828 meter.Sebuah syarikat pembinaan China,BSB(Broad Sustainable Building) cuba mengatasi ketinggian Burj Dubai dengan membina sebuah bangunan setinggi 838 meter dengan 220 tingkat.Beza ketinggiannya dengan Burj Dubai cuma 10 meter,tapi syarikat BSB yakin dapat membinanya dengan hanya memakan masa selama 90 hari.

But how do they do it?

Syarikat BSB membina sebahagian besar komponen bangunan dikilangnya sebelum dipasang terus di tapak pembinaan.Macam main LEGO je,cuma ianya boleh dikatakan LEGO on steroid!Sebelum ni pada Jun 2010,syarikat BSB membina bangunan setinggi 15 tingkat dalam masa enam hari dan bangunan 30 tingkat dalam masa 15 hari.

Bangunan tertinggi yang diberi nama Sky City itu akan dibina di Changsa dalam wilayah Hunan.”Perang’ antara negara untuk membina bangunan tinggi nampaknya entah sampai mana tahapnya.

bangunan Changsa

 

*Info & news from DailyMail

Post a Comment