Tuesday, May 22, 2012

Zaman Mini Kompo dan Hi-Fi

Malam semalam sebelum tidur aku layan la lagu I’m In Love nyanyian John The Whistler.Lagu ni lagu lama,so aku teringat macamana aku dengar lagu ni dari kaset yang dirakam dari member.Part yang memorable tu bukan tang kaset,tapi pemain kaset tu sendiri memang memorable sebab ianya sebuah walkman yang diubahsuai dan disambung ke speaker kereta.

Bebudak sekarang ni tak kenal kaset dah agaknya ya?

Masa zaman aku sekolah menengah,lebih kurang tahun 96-97 mini kompo Sony la jadi sumber hiburan aku.Disebabkan zaman tu aku agak berjiwa Ombak Rindu,stesyen radio feveret aku dah tentulah Radio Muzik.Siapa ingat lagi dulu-dulu tiap hari ada rancangan Pilihan Bersama.Kalau ada yang mintak lagu tengah top,memang dah standby kaset kosong untuk rakam lagu tu.Lawak siot!Sekarang lagu main bluetooth/download dari PC je.Dulu takde benda-benda canggih macam tu.Nak rakam lagu dengan baik kena cekap tekan butang REC dan STOP sebelum suara DJ dirakam sekali.Lagenda betul kaedah tu.Haha!

Selain lagu-lagu pop leleh yang memang meriah zaman tu,tak ketinggalan juga muzik underground yang mula menjadi ikutan remaja.Aku cuma ingat dua je album yang paling best masa tu tapi bukan underground,Nirvana Unplugged In New York dan jugak band local,Subculture.Tah mana band tu sekarang.

Bila aku masuk asrama,kurang sikit dah dengar radio.Kalau dengar pun sebab pinjam radio portable kecik jenama Palito member aku punya.Memang kecik betul,besar sikit dari kotak mancis je.Ada sekali tu aku balik kampung,aku tengok mini kompo Sony dah tak berbunyi.Tengah dok baraikan radio tu,abah aku tegur.Dia cakap kalau aku boleh bagi radio tu keluar bunyi,dia belikan radio besar.Come on la bah,ni anak abah ok?Pantang dicabar.Aku pun godek-godek la dan entah macamana terkeluar bunyi lagu Cindai.Lagu Cindai Siti Nurhaliza masa tu memang top,rasanya hampir setiap rumah ada kaset dia.Termasuk lah rumah aku sekali………….hehe!

Balik pada cerita radio tadi,masa abah aku cabar aku,mak aku pun dengar sekali.Mak aku pun cakap,”haaa…siapa suruh cakap nak belikan radio besar,kan dah bunyi’.Sengih je bapak aku…

Tak lama lepas tu masa abah aku jemput balik dari asrama,dia singgah kedai barang elektrik.Tapi dia tak beli apa-apa pun.Aku yang membelek hi-fi kat kedai tu teruja tengok satu model Aiwa yang graphic equalizer dia memang cun habis.Tapi dapat tengok je.Aku sendiri tak harap abah aku tunaikan janji.

Sampai je kat rumah…wow!Dah terletak elok VCD Hi-Fi Aiwa NSX (dah lupa berapa watt) atas rak TV.Memang best la abah aku.Seronok la berdentum kat rumah,lawan dengan jiran.Buka la volume besar mana pun,tak ada yang marah.Dengan VCD player bina dalamnya,masa tu dah kira canggih bangat.Tapi TV pulak kecik,Toshiba CRT 14 inci yang dibeli tahun 1991.

Lepas empat lima tahun Aiwa tu memekak,akhirnya mereng jua…Abah aku dah tak mau beli yang baru.Itu yang layan walkman buruk sambung kat speaker kereta di awal entri ni tadi.Bila aku imbas balik,lain sangat dah cara kita mendengar muzik.Dulu disebabkan ada satu output je,lagu jenis apa pun satu keluarga layan,rela atau tak belakang kira.Menonton VCD cerita merapu pun jadi seronok.

Sekarang dah lain,memasing ada handphone.Semua dengar lagu dari handphone memasing je.Handphone paling bangang yang ada kat market sekarang ni pun aku rasa ada abiliti baca format mp3.Semua benda mudah zaman sekarang kan,Tapi apesal tak rasa seronok macam dulu-dulu ya?

Post a Comment