Wednesday, May 30, 2012

Swasta:Kami Pun Tak Mampu Beli Rumah

Dalam Kosmo Online semalam CUEPACS cakap 60% penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 tidak mampu memiliki rumah sendiri.Fenomena ini akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu contohnya mengurangkan faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam yang terbabit.

Senang betul jadi kakitangan awam.Pinjaman dengan bank komersial pun senang dapat,interest rendah,ada pulak pihak yang mengambil berat.Pada pendapat aku,penjawat awam paling senang membeli rumah.Tapi dalam masa yang sama,kelebihan sebagai penjawat awam yang mudah mendapat pinjaman jugalah yang merosakkan pengurusan kewangan mereka.Makin hari makin bertambah golongan yang diisytihar muflis.

 

2-sty-terrace-link-house-section8-superlink-kota-damansara-1010-03-iProperty.com@12329

Bila sebut tentang rumah,aku sendiri tak pasti bila aku akan mampu beli rumah.Harga rumah sekarang masyaAllah…sampai habis nyawa pun belum tentu boleh habis bayar.Siapa taknak ada rumah sendiri,tapi itulah hakikatnya.Teorinya ramai orang kerajaan tak mampu beli rumah(orang swasta tak mampu beli rumah tak ada siapa fikir).Tapi kenapa harga rumah naik menggila tiap-tiap tahun?Sebab ada permintaan yang tinggi.Tapak perumahan masih lagi semak samun sedangkan booking dah penuh.So,fakta mana yang betul ni?

Satu lagi isu yang menarik perhatian aku ialah penetapan syarat baru sewa beli kenderaan oleh BNM.Puncanya seperti yang diatas tadi,untuk mengurangkan kadar kemuflisan warga Malaysia.Masa zaman aku beli kereta dulu lebih kurang tiga tahun lepas,syaratnya agak longgar.Gaji RM1600 keatas tak perlu guarantor,boleh full loan,pinjaman sehingga 9 tahun dan kelayakan pinjaman berdasarkan gaji kasar.Masa tu interest kalau tak salah 3.97%.Kakitangan kerajaan boleh loan sampai 12 tahun pun ada.Tu dia,sempat kereta tu reput baru habis bayar.

 

Itu cerita lama,sekarang BNM minta bank-bank pembiaya menilai kelayakan pinjaman sewa beli berdasarkan gaji bersih(selepas ditolak caruman wajib KWSP,potongan cukai berjadual dan pinjaman lain).Kesan secara langsungnya adalah terhadap pengeluar kereta tempatan.Jualan merudum dan siapa-siapa bekerja sebagai jurujual kereta,kuranglah komisen yang dapat.Dulu-dulu paling malas boleh jual lima kereta,sekarang nak jual satu pun susah.

Selain pinjaman sewa beli,yang terlibat sekali dengan syarat BNM ni ialah pinjaman perumahan,kad kredit,pinjaman peribadi dan pembiayaan pembelian saham.Apapun sebagai golongan berpendapatan rendah termasuk aku sendiri,amalkan cara hidup yang sepadan dengan pendapatan.Nak buat pinjaman boleh,tapi fikir masak-masak.Pinjaman wajib dibayar,masa dapat duit pinjaman jangan sakan sangat.Fahami maksud berhutang.Rasa tak mampu nak berkomitmen ratusan ringgit sebulan selama beberapa tahun,baik jangan pinjam.

Dalam berita semalam khabarnya perkhidmatan MD Proton,Datuk Seri Syed Zainal Abidin akan berakhir 4 Julai nanti selepas beliau menyerahkan surat perletakan jawatan.Kemana hala tuju Proton selepas ni ya?

Post a Comment