Rabu, 25 April 2012

Lelong-Lelong,Ferrari 5 Dirham!

enzo-ferrari-abandoned-jpg_181435

enzo-ferrari-abandoned-02-jpg_181435

Ini adalah satu daripada sejumlah 399 unit Ferrari Enzo yang dibina dan terbiar agak lama di sebuah lot kenderaan yang disita.Lokasinya di Dubai.

Khabarnya pemilik asal Ferrari Enzo ni adalah warga Britain yang meninggalkan Dubai selepas tak mampu bayar balik duit pajakan dan jugak saman trafik.Mengikut undang –undang negara pak Arab,apa juga kereta yang terbiar melebihi tempoh 6 bulan akan menjadi harta kerajaan.

Ferrari Enzo dan beberapa lagi kereta eksotik adalah sebahagian dari kereta yang disita dan bakal dilelong.

Agak sesuai dipraktikkan kat negara kita memandangkan banyak aku nampak kereta-kereta tak yang dah bertahun tak bergerak terutamanya di kawasan perumahan golongan sederhana.

*Apa dah jadi agaknya kat motor Yamaha SS aku yang dah tak bergerak lebih kurang tiga tahun kat parking lot Flora Damansara tu.

 

sumber Yahoo News