Jumaat, 30 Mac 2012

Sebut Betul-Betul

Korang mesti biasa tengok stiker kat kereta contohnya APEXi,TEIN,GReddy dan memacam lagi.Tapi korang rasa korang sebut perkataan tu dengan betul tak?Jangan risau,bukan korang je.Aku pun sama.Kekadang macam nak bergaduh dengan member padahal dua-dua tak betul.Kita ni pun kekadang seronok menempek stiker high performance part kat kereta kita tapi haram tak reti nak sebut.Masa aku sekolah teknik dulu ada sorang roommate aku yang sebut Type-R sebagai taiper (TYPER),lawak betul.So,meh kita belajar menyebut jenama bebarang resing okeh?

 

5ZIGEN go-zi-gen (5=go dalam bahasa Jepun)
TEIN tein,tayn (TEchnical INnovation)
GReddy gred-di,gready  (GReat eddy)
GruppeM Group-Em
Project U Project-miu,mju (miu = mikro)