Ahad, 4 Mac 2012

Liverpool 1-2 Arsenal;Superboy Robin & Szczesny

Liverpool bermain dengan sangat baik,agresif,pantas,hantaran tepat dan interception yang sentiasa berjaya mematikan hantaran-hantaran bola pemain Arsenal;tapi dua bintang Arsenal,Robin van Persie dan Wojciech Szczesny beraksi cemerlang untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool di laman sendiri musim ini.
Liverpool 1 Arsenal 2  Robin van Persie scores double in late win   Mail Online-092924

Koscielny memberi gol kepada tuan rumah pada minit ke 23 dan van Persie menjadikan keputusan kembali seimbang dengan gol penyamaan pada minit ke 31 selepas menanduk masuk hantaran cantik dari Bacary Sagna.
Gol kedua van Persie di minit 92 hasil cubaan first touch kaki kirinya yang menyambut hantaran dari Alex Song.Peminat bolasepak Inggeris pasti tau bagaimana sentuhan kaki kiri beliau.Setakat ini van Persie telah menjaringkan 25 gol dalam kempen EPL 2011/2012.
Walaupun menjaringkan dua gol,man of the match untuk pertemuan malam tadi adalah Wojciech Szczesny,penjaga gol Arsenal kelahiran Poland.Szczesny beraksi cemerlang menafikan percubaan-percubaan pemain Liverpool dan paling cemerlang,menepis keluar sepakan penalti Dirk Kuyt sebanyak dua kali.Liverpool dianugerahkan penalti selepas Luis Suarez ‘dijatuhkan '’dalam kotak penalti dimana ianya sedikit kontroversi kerana terlalu sedikit contact yang berlaku.Sama seperti minggu lepas,Szczesny menjatuhkan Gareth Bale,dan Adebayor menyempurnakan penalti walaupun Szczesny dapat membaca arah bola.
Arsenal di tangga ke 4 pada 49 mata,dibawah Tottenham dengan perbezaan 4 mata.