Jumaat, 9 Mac 2012

Lebih Titan Dalam Wrath of The Titans

Aku suka mitos terutamanya mitos Greek sebab watak-wataknya diperincikan dengan baik walaupun tak pernah wujud bukti fizikal.Berbanding perkara tahyul macam kisah hantu,mitos Greek lebih ‘lengkap’ penceritaannya.Nak mudah faham susur galur keluarga Mitos Greek,main game God of War.Siap main game,tonton pulak movie Clash of The Titans(CoTT).
Bulan ni,sambungan kepada filem pertama,sengketa di kalangan dewa-dewa mencapai tahap seterusnya.Tak macam filem pertama,persengketaan kali ni dijangka membawa kemusnahan yang lebih besar daripada Kraken dalam CoTT.Lebih hebat dari perkataan CLASH adalah perkataan WRATH of The Titans(WoTT).
Sam Worthington masih lagi memegang watak Perseus,Liam Neeson sebagai Zeus(King of The God),Ralph Fiennes sebagai dewa underworld,Hades dan muncul watak baru iaitu Ares(God of War) yang dilakonkan oleh Edgar Ramirez.Watak Andromeda sebelum ni dilakonkan oleh Alexa Davalos,tapi kali ni digantikan dengan Rosamund Pike.
Selain watak dewa-dewa,antara lain yang best tentang mitos Greek ni adalah makhluk raksasa.Dalam WoTT,makhluk Chimaera,Kronos dan Makhai akan mengganas tapi aku rasa ada lagi yang jauh lebih besar.Titan Gaia mungkin.Filemnya belum ditayangkan lagi,tapi enjoy dulu poster filem yang rasmi dari laman web filem Wrath of The Titans .

kronos_1280x1024
chimera_1280x1024
mak_1600x1200