Monday, March 12, 2012

Jadilah Sekuat Ma Yan

ma-yan2
Semalam aku habiskan baca novel Ma Yan,sebuah novel yang mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis Muslim yang tinggal di daerah pedalaman China,Zhangjiashu.Novel tu dialihbahasa oleh Sanie B.Kuncoro yang tak ada kena mengena dengan bekas jaguh badminton Indonesia,Sonny Dwi Kuncoro.Novel ni adalah berdasarkan kisah benar yang dikarang dari sebuah diari kepunyaan seorang gadis,Ma Yan.Diari tersebut diserahkan oleh ibu Ma Yan kepada wartawan Perancis bernama Pierre Haski yang melawat Zhangjiashu semasa Mei 2001.Kisah hidup Ma Yan yang sangat miskin menyedarkan aku betapa beruntungnya kita yang selama ni berasa tersepit dengan desakan pembangunan.Di pedalaman China,keadaannya jauh lebih teruk.Latar belakang kehidupan Ma Yan bukan berlaku 20-30 tahun lepas,kehidupan susah yang dialaminya berlaku awal millenium dan mungkin sampai sekarang.
Sebelum tu kita tengok dulu fakta mengenai negara China:

Keluasan: 9,326,411 km sq
Populasi : Est. 1,336,718,015 (2011)
Matawang : Yuan/Renminbi
Agama : Taoist,Buddhist,Kristian (3-4%),Islam (1-2%)
GDP : $10.09 trillion (2010)

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada 2006 oleh Pew Research Center,terdapat 21,667,000 atau 1.6% dari populasi China adalah Muslim.Berbalik kepada novel Ma Yan tadi,kebanyakan penduduk didaerah Zhangjiashu adalah Muslim yang sangat miskin.Bapa Ma Yan seorang bekas tentera tapi tidak ada harta melainkan sebidang tanah yang tidak subur ditambah lagi dengan cuaca yang ekstrem.Ma Yan adalah anak perempuan sulung dari tiga adik-beradik.Adik-adik Ma Yan lelaki.
ma-yan-family
Keluarga Ma Yan
Walaupun miskin,Ma Yan tekad untuk berjaya dalam pelajaran.Benar ayat-ayat dalam novel tu.Teman setia kepada perkataan miskin adalah kelaparan.Kalau sesiapa antara kita ni pernah hidup susah,cuba baca sedikit cabaran yang harus ditempuh Ma Yan untuk mendapatkan ilmu.Perjalanan ke sekolah dengan berjalan kaki adalah sejauh lima jam.Tambang menumpang traktor untuk ke sekolah ialah 1 Yuan(lebih kurang 50sen).Disebabkan sekolah terlalu jauh untuk berjalan kaki dan tak ada duit tambang,Ma Yan tinggal di asrama dengan yurannya sebanyak 60 Yuan dan 20 kilogram beras untuk satu penggal.
Wang belanja yang mak Ma Yan bagi untuk seminggu ialah 1 Yuan,ditambah bekalan roti manis untuk makan malam sebagai tambahan kepada semangkuk nasi putih kosong (tak ada lauk langsung).Dalam satu hari Ma Yan akan sarapan pagi dengan teh panas,makan tengahari nasi kosong dan makan malam seketul roti manis.Itulah menu dia setiap hari.Mana cukup ye tak?Tapi bagi Ma Yan,itu dah cukup buat dia bertenaga sepanjang hari.
Untuk mendapatkan sebatang pen yang berharga 2 Yuan,Ma Yan terpaksa ikat perut selama 15 hari.Biasanya duit belanja 1 Yuan seminggu tu Ma Yan guna untuk membeli sesenduk sayur sebagai lauk makan tengahari.Sepatutnya Ma Yan cuma perlu ‘berpuasa’ 10 hari untuk kumpulkan 2 Yuan,tapi ada satu minggu yang mak dia tak dapat bagi duit belanja.Imagine macamana susahnya Ma Yan terpaksa tahan lapar semata-mata untuk mendapatkan sebatang pen!
Bapa Ma Yan berkerja sebagai buruh binaan kontrak tapi selalu kena tipu dengan mandur.Kerja berbulan-bulan tapi haram tak dapat gaji.Nak buat aduan tak boleh sebab bapanya bekerja di Mongolia,kira macam pekerja haram la.Pasal apa kena tipu,sebab bapa Ma Yan buta huruf.Sebab tu Ma Yan berazam nak belajar ke peringkat tertinggi walaupun berendam airmata dan darah.Amboihh!Dasat ayat gua.
Kesian tengok suami selalu kena kencing,ibu Ma Yan keluar bekerja menuai fa cai di daerah pergunungan Ning Xia yang bersempadan Mongolia Dalam,sejauh 400km dari Zhangjiashu.Ma Yan nyaris tak dapat bersekolah sebab,ibu bapa Ma Yan tak ada duit nak bayar yuran.Disebabkan kesian dengan Ma Yan yang nak sangat belajar,ibu Ma Yan sanggup memanjat gunung menuai fa cai untuk upah lima enam ratus Yuan.Tradisi keluarga kat sana,anak perempuan biasanya kena sacrifice untuk berhenti sekolah dan keutamaan diberi kepada anak lelaki.Rasanya kat Malaysia pun ada lagi yang terpaksa buat keputusan macam tu.
Sekarang tengok diri kita balik.Pernah tak jalan kaki lima jam pergi sekolah?Pernah tak ikat perut 15 hari untuk beli pen?So,bersyukurlah dengan apa yang ita nikmati sekarang.Jauh dipelusuk dunia ni ada lagi yang terpaksa menjalani kehidupan macam tu.
Hujung minggu baru-baru ni aku balik kampung.Ada makan-makan sikit sempena adik aku yang kerja kat Suzhou balik bercuti.Kebetulan ramai juga yang dapat balik kampung.Bila dah namanya makan-makan,banyak la makanan kat rumah aku.Sehari mau tiga empat kali balun nasik.Layan pulak dengan mutton shoulder panggang yang diperap dengan rempah,daun Rosemary + Coke,memang ohsemmm!
Sambil makan tu baca pulak novel Ma Yan,terus insaf bebb……..

Post a Comment