Jumaat, 30 Mac 2012

Ingatkan Terer Sangat Drift

Pukul 8.20 tadi aku tengok filem Wrath of The Titans dengan wife aku.Filem ni memang aku tunggu sebab filem pertama dulu memang tak jemu tengok.Malangnya keseronokan menghayati dunia mitos tak terasa dalam filem kedua ni.Rasa macam 'kosong' walaupun aksi banyak.Sempat aku lelap sekejap masa Perseus meneroka jalan ke tengah Tartarus.Pendek kata filem ni kurenggggg sikit dari yang pertama.Cerita banyak pun tak guna,nanti korang tengok la sendiri kat DVD pasar malam.


Sebelum tengok wayang tadi apa-apahal pun isi perut dulu kat McD lepas tu solat Maghrib.Wife aku solat agak lama,so aku  pun tunggu dia kat dalam pusat hiburan keluarga(arcade game).Aku memang plan nak layan arked Initial-D barang seround dua.Bulan lepas aku ada main tapi tak lepas Stage 2 masa lawan dengan Suzuki Capuccino Roadster.So,tadi aku tukar tiga keping token,sekeping RM1.Kira murah sangat dah tu(aku rasa la) kalau nak dibandingkan kat tempat lain.
Aku pun main la sorang-sorang,lagipun kat situ ada dua unit je platform arked Initial-D.Stage pertama entah aku tekan apa sebab tak paham bahasa Jepun,aku kena pakai Nissan Skyline R34 dengan gear automatik.Lawan aku pakai Nissan 180SX.Tapi stage pertama memang sayur je aku titik Nissan 180SX tu.Bila masuk stage dua aku tak konfiden boleh blah pun.Aku main je macam biasa...zup-zap zup-zap layan korner tau-tau je aku dah tapau Suzuki Capuccino.
Stage ketiga lawan aku ialah Civic Si-R EG6 kaler merah.Dalam komik Initial-D,driver kereta ni Shingo Shoji memang samseng taik minyak,perasan bagus.Aku pun saspen gak nih.Pertarungan tu agak seimbang,kejap-kejap aku dapat potong dia,lepas tu dia potong aku balik.Tengah syok lawan,datang sorang mamat mana tah duduk sebelah aku.Ni la isi penting untuk intro aku yang panjang lebar merapu ni.
Bila mamat tu masuk token,secara automatik dia challenge aku.Dia pun dok setup ape tah lama kemain.Aku dah blur dengan menu bahasa Jepun yang tetiba muncul kat skrin aku.Aku sempat jeling skrin mamat tu,dia dok tukar tayar,tukar laluan perlumbaan dan dia pilih cuaca hujan.Kereta yang dia pilih EVO III dengan gear manual.Fuhhhh!!Mesti pro habis mamat ni.Dia punya setup je dah buat kaki gua gigil.Serius!Aku masih lagi dengan Nissan Skyline R34 automatik.

Maka perlawanan pun bermula...
Untuk beberapa selekoh,lebih kurang separuh course aku leading race tu dan kemudian dia  potong aku.Bila aku duduk belakang baru aku nampak kereta dia tak laju mana pun,masuk selekoh bersepah.Tak cun langsung dia punya drift dan aku still boleh catch up kat bontot dia.Ada la lebih kurang dua kali potong memotong,dia duduk depan semula.Takpe,aku tetap buat muka cool walaupun kaki aku gigil sebab adrenaline rush.Sampai dua-tiga selekoh terakhir,Skreettt!!macam tu la lebih kurang bunyi tayar Skyline aku  bila aku potong dari dalam.Hayun lagi dua selekoh terus gua nampak finish line.Gua macam tak caya beb!Mamat yang macam pro tadi terus menyelinap keluar dari pusat hiburan tu tanpa sempat memuji gua.Pastu gua nampak dia pura-pura beli popcorn sebab nak cover malu.Kah!Kah!Kah!

*Tak rugi mintak izin kalau nak challenge,ye tak?