Khamis, 16 Februari 2012

Juara Pedas;Trinidad Moruga Scorpion

Sebelum ni aku pernah tuliskan mengenai cili super pedas Naga Jolokia/Bhut Jolokia dalam artikel ni.Selepas beberapa tahun,muncul spesies lain yang mempunyai kadar kepedasan lebih tinggi iaitu pada kadar 1.2 juta SHU(skala Scoville Heat Unit) berbanding Naga Jolokia yang berada pada kepedasan 1.075 juta SHU.Tak dapat bayangkan?Sebagai contoh,cili padi mempunyai skala pedas SHU pada kadar 50,000-100,000.

Trinidad Moruga Scorpion

 

Spesies tersebut ialah cili Trinidad Moruga Scorpion yang bersaiz bola golf.Ujian yang dijalankan oleh Chile Pepper Institute dengan menanam berbagai jenis cili dan menganalisa kandungan capsaicinoids;kompaun yang menghasilkan sensasi pedas/panas.

Menurut seorang pakar penganalisis senior di pusat kajian itu,mereka menggunakan empat lapis sarung tangan lateks semasa memetik kerana kandungan capsaicinnya mampu menembusi sarung tangan.

Satu fakta yang menarik ialah kepedasan cili bergantung pada cuaca tempat ia tumbuh.Sekiranya cuaca panas dan kurang mendapat air,cilinya lebih pedas.

 

*Sumber Yahoo News