Thursday, January 12, 2012

Peserta Raja Lawak Musim 6


Dulu aku tak minat rancangan Raja Lawak ni.Sebab dulu aku rasa macam takde pekdah je.haha!Memang aku tak pernah tengok langsung,sorang pun aku tak kenal.Aku mula kenal pelawak Raja Lawak dalam program Maharaja Lawak.Masa tu lah baru aku tau layan benda lawak ni bagus juga.Hadap benda serius hari-hari pun muak ye tak?Lagipun dulu sebenarnya aku takde Astro..........Wuuuuu!!
So,untuk Musim ke-6 ni aku nak tengoklah jumpa ke tidak raja lawak dalam Malaysia ni.Semalam aku tengok ujibakat serata Malaysia,macam-macam pesen manusia.Uji bakat tu tak salah,tapi yang datang tak buat preparation,skrip lupa,pegi bantai menari pun ada.Ingat program Sehati Berdansa ke hapa.Cemana pun adalah jugak yang berjaya menambat hati juri.Aku tak tau pulak bila program ni start,tau-tau je dalam website Astro dah ada ranking undian.Kedudukan terkini 12 kumpulan/peserta raja Lawak 6 :

1.Ketupat  27%
2.Riki   26%
3.2Yol  12%
4.Gman  10%
5.Selak  9%
6.Albob  6%
7.Skema  5%
8.Shiro  4% 
9.Cuit  1%
10.King  1%
11.Zero  0% 
12.Kodan  0%

Para pengajar diketuai oleh Ahmad Idham sebagai Cif Besar,dan dibantu oleh Tauke,Yus dan Angah sebagai Cif Kecil.Pengacara macam biasa,Jozanlah,siapa lagi.Pecah perutkah korang nanti?Kita layankan ajelah ye?

Post a Comment