Wednesday, January 4, 2012

Mister Linky Widget;Satu Ketika Dulu


Bila aku scroll blog aku ni kebawah sekali,sure aku teringat masa mula-mula aku blogging dulu.Widget Mister Linky ni satu-satunya widget asal yang aku tak pernah buang.Dulu aku letak kat atas,agak meriah jugak sambutannya.Bila aku alih kebawah,dah tak ramai yang nampak.Tapi yang aku hairan sikit,dah banyak URL tak wujud.Kalau ada pun updatenya sebulan sekali,yang dua-tiga bulan sekali pun ada.Kekadang bila aku baca blog diorang,bakat menulis tu ada tapi tiba-tiba hilang terus.Sibuk bekerja atau belajar agaknya ek?Apa-apa yang kita buat pun,usahakan dengan sungguh-sungguh.Semoga anda berjaya di bidang masing-masing.
Benefit benda alah ni aku pun tak pasti melainkan senang nak blogwalking.Nak kata backlink tu tak kot.Sebelum ni memang aku rajin blogwalking malam-malam hari,tapi sekarang dah tak boleh.Biasanya kat dashboard aku akan tengok blog yang aku follow punya update dulu.Lepas tu baru tengok Shoutmix.Sekarang aku dah remove shoutmix sebab barang free mana boleh pakai lama-lama.Ganti dengan ChatBox pulak.Mana la tau ada apa-apa yang orang nak kata,ada juga ruang menulis.Kekadang apa yang nak disebut tu tak kena pulak dengan entri orang tu.
Yang tak bestnya pakai ChatBox ni,nak kena taip semula semua detail.Leceh sikit la.So,blogwalking akan jadi kurang efisien dari segi masa.Berapa banyak blog je kita larat jengah kalau semua kena taip setiap kali nak melawat.So,disini meninggalkan komen adalah lebih berfaedah,dapat juga backlink.Orang katalah(dan terbukti benar).Nak dapat komen bukan senang.Tapi panjang berjela belum tentu ada yang sudi keluarkan pendapat.Sebut pasal komen ni teringat pulak adik ipar aku.
Dia ni boleh dikatakan kuat jugalah berFacebook.Dengan ayat sesimple 'mata dah ngantok,nak tidor suda..'(contoh je),yang like,yang komen balik kemain ramai.Aku nak cadangkan dia jadi bloggerlah.Kejap je nak dapat Alexa Ranking bawah sejuta.Ada bran?

Post a Comment