Friday, January 13, 2012

Kiat Esemka;Kenderaan Indonesia Buatan Tangan

Dah beberapa minggu aku ikuti perkembangan berita tentang kenderaan buatan Indonesia ni.Rasanya dah boleh aku tulis sikit sebanyak tentang kereta/mobil yang bernama Kiat Esemka ni.Aku cuba ceritakan sejarah dan sedikit latar belakang tentang kenderaan ni mengikut kefahaman aku.Nak translate bahasa Indonesia ni pun boleh tahan jugak cabarannya.
Asalnya nama Kiat datang dari seseorang yang bernama Sukiyat.Sukiyat ni tak pandai kat sekolah,maka dia gagal peperiksaan STM.Aku pun tak tau apa benda STM tu.Walaupun dia phail sekolah,dia buka bengkel mengetuk dan mengecat kereta pada tahun 1978.
Tahun 2007,Sukiyat memodified sebuah kereta yang berpenampilan keren gitu.Keren ni maksudnya, mantap,cun, dan up to date la kot.Lepas tu Sukiyat berkolaborasi dengan sebuah SMK untuk menghasilkan satu lagi kenderaan.Di bengkelnya,beliau mengajak pelajar SMK untuk membuat kerja lapangan.Pengarah Pembinaan SMK,Joko Sutrisno kagum dan meminta Sukiyat membina kenderaan bersama dengan pelajarnya tanpa menggunakan mesin.
Usaha Sukiyat berhasil dan berita tentang kejayaannya bersama pelajar SMK menjadi hot kat seberang sana.Buat masa sekarang dua jenis kenderaan dibina iaitu SUV Kiat Eemka Rajawali dan Pick-Up Truck Double Cab Digdaya.

Spesifikasi Kiat Esemka
Enjin: 4 silinder 1500cc injection dari Mobil Timor
Penumpang:7 orang
Dimensi PxLxT :5.035x1.69x1.63
Aksesori : Power Steering,Central Lock,Power Window,Parking Sensor
Kiat Esemka Rajawali
Ada rupa macam CRV sikit kan?Sebab kereta ni memang dibina dengan berbagai part dari kereta yang berlainan jenis.
Kiat Esemka Digdaya
Harga kenderaan Kiat Esemka dianggarkan Rp 75-95 juta/RM22,500-RM28,500

sumber guidesources

Post a Comment