Friday, January 27, 2012

Melayu Terkaya Di Dunia?

Dalam akhbar The Star semalam aku tertarik dengan artikel tulisan Philip Golingai
(pgolingai@thestar.com.my) mengenai 'trillionaire' bernama Kamal Ashnawi yang mendakwa beliau adalah pewaris Maharaja China dan juga seorang raja di Indonesia dengan gelaran Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijiyo.Satu baris kata-kata yang dari beliau agak mengejutkan,"this mean that 86.7% of the worlds money belongs to me".Wow!Menarik ceritanya kan?
Aku harap Philip Golingai tak marah aku tulis semula sebahagian ceritanya dalam bahasa Melayu.Cerita sikit-sikit sajalah,kalau nak baca penuh,cari paper The Star semalam,26 Januari 2012.
En.Kamal Ashnawi dilahirkan pada 1 Januari 1964 di Tanjung Malim Perak.Menurut beliau,dia juga adalah warganegara Belanda dan juga pewaris Maharaja China yang suatu masa dulu melarikan diri dari China ke Kedah.Beliau membesar di Tanjung Malim dan satu masa dulu neneknya memberitahu,dia adalah seorang yang istimewa.
Akhir tahun 1980-an,Kamal bertemu seorang keluarga diraja Indonesia di Belanda menyatakan dia adalah berketurunan raja.Sekali lagi di London awal 1990-an,peguam memaklumkan kepadanya tentang kekayaan keluarga dirajanya.En.Kamal tidak mempercayai kata-kata peguam tersebut dan mereka terbang ke Hong Kong untuk bertemu 'penjaga khazanah diraja'.


Dari Hong Kong,En.Kamal dan penjaga harta tadi ke Kunming untuk melihat harta yang disimpan didalam gua yang terletak di puncak gunung.Gua tersebut dikawal oleh sepasang pegawal yang kebal.Tanpa kebenaran pengawal,sesiapa yang masuk tanpa izin akan muntah darah dan mati.Kedengaran agak fiksyen di zaman moden ni,tapi teruskan membaca.
Di dalam gua tadi terdapat gold bar,jade dan wang tunai US yang menurut beliau sangat banyak jika dibandingkan dengan harta karun dalam filem National Treasure lakonan Nicholas Cage.Selain dari itu,keluarga diraja membuat keputusan supaya beliau menjadi pentadbir tunggal kekayaan keluarganya yang terdapat di seribu buah bank seluruh dunia.
En.Kamal juga menunjukkan bukti gambar bersaiz A4 gambar harta karun,penjaga harta dan surat akuan dari HSBC yang menyatakan beliau mempunyai akaun simpanan berjumlah lima trillion euro!Yup.Mata korang tidak bermasalah dan aku tidak typo.Cerita ni aku ringkaskan dari tulisan wartawan The Star yang aku nyatakan kat atas tadi.
So,apa pendapat korang?Harta karun Cibola dalam filem fiksyen National Treasure:Book of Secret yang aku tonton sudah cukup banyak jumlahnya.Kota kecil yang diperbuat dari blok-blok emas,dan En.Kamal cakap jumlah itu masih lagi sedikit.Maksudnya jauh lebih banyak dari harta Philosopher's Legacy dalam fiksyen permainan konsol MGS3,iaitu sejumlah wang yang dikatakan mampu membiayai perang dunia sebanyak lima kali?
Susah untuk aku percaya wujudnya harta sebegitu banyak dibawah kawalan seorang individu.Akaun simpanannya saja lima trillion Euro,mustahil dalam hayatnya sekarang tak wujud sebarang niat untuk menikmati sedikit kenikmatan hidup mewah.Duit banyak kalau tengok je tak jadi ape bang!
Atau sekurang-kurangnya beliau buktikan kemampuan kewangan beliau dengan mengepam bajet barang beberapa K dalam akaun Maybank untuk aku selesaikan hutang belajar,huhuhu!!

Post a Comment

Monday, January 23, 2012

Apa Difikiranmu Wenger...


Arsenal 1-2 Manchester United,
Emirates Stadium,22 Januari 2012

Aku masih tak faham kenapa Wenger kerap memilih untuk menurunkan pemain seperti Arshavin dan Johan Djourou yang gagal bermain dengan baik setiap kali perlawanan.Kombinasi bahagian serangan diperingkat awal agak baik dengan bantuan pemain lincah Alex Oxlade-Chamberlain yang banyak membuka ruang serangan.
Separuh masa kedua Johan Djourou dikeluarkan dan digantikan dengan Nico Yennaris yang kelihatan agak berkesan di posisinya.Minit ke-72 Arshavin masuk dan Chamberlain keluar.Apa yang Wenger fikir?Kedudukan masih terikat 1-1,kalau dah leading 10-0 tak apalah jugak.Masukkan Benayoun pun tak apa.Wenger oh Wenger.......

Post a Comment

Sunday, January 22, 2012

Arsenal vs Manchester United 22 Januari 2012

Sunday 22 January 2012
Emirates Stadium

Boleh menang ke?
Malam ni tengok Astro ESPN HD jam 11.55 malam.

Kali terakhir pertemuan Arsenal-Manchester United di laman sendiri adalah 1 Mei 2011,Arsenal menang 1-0.Lepas tu Arsenal dikalahkan dengan teruk 8-2 di Old Trafford.Macamana dengan malam ni?Sekiranya permainan Arsenal tidak menjadi lebih baik,redhakan sajalah kalau kalah.Sebagai pengajaran kerana tak bermain cantik macam Swansea minggu lepas.Diharap Thomas Vermaelen dapat turun bermain untuk menguatkan pertahanan.
Arsene Wenger,tolonglah cari pemain pertahanan dan pemain tengah yang lebih baik lagi.Tiba-tiba je teringat kat Emmanuel Eboue(yang bermain untuk Galatasaray buat masa ni),Eduardo da Silva,Nasri,Clichy dan Fabregas...

Post a Comment

Friday, January 20, 2012

Bergadai Nyawa Tuntut Ilmu

Macam nilah kalau betul-betul nak tuntut ilmu.Dahlah berjalan kaki,menyeberang sungai pun kena bergadai nyawa.Lokasi adalah di Lebak,Indonesia.Jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Ciberang rosak akibat banjir.Ini sajalah yang tinggal.Jambatan lain yang terdekat kena berjalan sejauh satu jam setengah.Kat pedalaman Malaysia pun ada sebenarnya macam ni,cuma jarang diberi perhatian.
Tak macam di kawasan perumahan aku.Sekolah depan mata pun,pukul 8.00 masih ada lagi yang melepak hisap rokok,baju serabai,kasut kaler belacan dan beg pun macam takde isi je aku tengok.Nak jadi apa la bebudak ni.Lintas jalan pun tak reti guna jejantas,sanggup panjat pagar pengadang.Dilanggar dek kereta kang,sia-sia je mati.Aku pun musykil sebenarnya kelas start pukul berapa?Bukan 7.45 ke?



Sumber: Daily Mail

Post a Comment

Kembali Bermain Game Lama

Apa nak dituliskan hari ni ya?Minggu ni agak meletihkan dengan kerja-kerja housekeeping.Hujung minggu ni ramai la yang bersesak balik kampung walaupun tak menyambut CNY.Tumpang semangkuk apa salahnya.Cuti ni aku takde mood nak kemana-mana walaupun tadi receptionist cakap gaji masuk hari ni atau besok.Malas nak keluarkan duit awal-awal,nanti nak tunggu 25 haribulan depan lambat lagi.
Memandangkan isteri aku pun semakin sarat,kebelakangan ni dia tidur awal.Mujurlah PS2 dah siap repair tanpa extra cost.Takdelah aku bosan kat kat rumah.Bajet awal yang tauke kedai tu bagitau aku RM180.Tak kisahlah asalkan dia tak memandai-mandai tukar part yang tak rosak.Bila try kat rumah,aku dah saspen sebab DVD tak boleh detect.Kena tipu ke?Rupanya kedai tu punya DVD tak bagus,sebab bila aku masukkan DVD lama yang dah calar balar,loadingnya cantik je.Punya la lama tak main PS2,bila dah elok ni terujanya macam dapat PS3 pulak.Macam biasalah game favourite aku,Metal Gear Solid:Snake Eater.Ulang main kali ni aku dapat beberapa tips untuk tewaskan boss-boss dalam game ni.Saja eksperimen sendiri.

Tips Menewaskan The End dan The Fury,MGS3:Snake Eater
Pertamanya macamana nak skip pertarungan sniper dengan The End.Sniping battle tu agak meletihkan sebab masa perlawanan panjang.Sebelum jumpa dengan The End,aku dah bunuh dia awal-awal.Lokasinya di warehouse dimana kita kena meranduk paya selepas keluar dari Chyornaya Peschera Cave.Standby dengan PSG-1,pastikan perut kenyang untuk elakkan tangan goyang dan masuk simpang kekiri pertama sebelum sampai ke warehouse.Tonton sampai habis movie dimana The End duduk atas wheelchair.Bila tamat je movie tu,terus tembak The End yang sedang ditolak wheelchairnya sampai berlaku letupan.Roda wheelchair akan terpelanting kena kepala korang(kepala Snake),tapi takpelah walaupun injured sikit,The End dah mati.Di lokasi yang sepatutnya berlaku battle dengan The End akan digantikan dengan beberapa sentri askar GRU.Senang je nak beat diorang tu.Pintu ke underground tunnel pun dah sedia terbuka.

Kedua,pertarungan dengan The Fury.Memang leceh lawan dengan mamat api cosmonaut ni.Pakai RPG-7 pun lambat nak mampus.Secara tak sengaja aku terjumpa teknik yang mudah dan cepat,tapi kena sacrifice sikitlah.Sebelum battle,tukar kepada camouflage Black dan face paint Black.Buang senjata berat dan standby pisau,sonar,AK47 dan XM16E1.Itu dah cukup.Bila battle start,main nyorok-nyorok dan hendap The Fury dari belakang.Pakai pisau je dan tekan butang square banyak kali.Damage pada The Fury  lebih kurang 1/3 dari keseluruhan health bar dia.Tiga kali dapat attack macam tu dah cukup,confirm arwah.Tapi kena bersedialah dengan semburan flamethrowernya.Berbanding serangan dengan RPG-7 dari belakang,lebih kurang 7-8 kali jugak la baru The Fury tewas.
Siapa yang minat siri MGS boleh fahamlah apa yang aku merepek panjang-panjang ni.Sumber lain pun ada,pergi je kat mana-mana game cheat site,download walkthrough terus.Tapi takde thrilllah.Game ni pun dah lama,orang lain aku tak taulah.Aku still seronok main game-game lama ni.Ni ayat orang takde duit nak beli PS3,haha!

Post a Comment

Thursday, January 19, 2012

Wikipedia;Dunia Tanpa Ilmu Percuma


Selain pelajar IPT,aku juga rasa menyusahkan bila Wikipedia tak dapat diakses.Wikipedia menutup laman bahasa inggerisnya selama 24 jam sebagai bantahan kepada dua rang undang-undang yang sedang dibahaskan di dewan senat iaitu SOPA(Stop Online Pirating Act) dan PIPA(PROTECT IP Act).IP disini bukanlah Internet Protocol tapi merujuk kepada Intellectual Property.
Kesannya keatas Wikipedia ialah kebarangkalian untuk terpaksa diofflinekan jika pautannya mengandungi kandungan yang melanggar peraturan SOPA.
Internet adalah gudang maklumat percuma.Apalah makna ilmu jika semuanya tak dapat dikongsikan.Walaupun sesetengah kandungan Wikipedia tidak tepat,secara kasarnya kita masih boleh mengetahui sesuatu perkara secara asas.Bukan pelajar IPT saja,aku sendiri suka membaca Wikipedia.Masa zaman belajar dulu,main copy paste dari Wikipedia ni memang dah jadi perkara biasa.Tapi tak boleh la copy paste,print pastu terus submit kat lecturer.Kena jugak tokok tambah sikit dari sumber lain.Kalau Wikipedia blackout seminggu,ramai la tak hantar assignment ye dak?Mujur sekarang tengah cuti semester.
Meh sain petisyen disini  untuk meyakinkan UNESCO bagi menyenaraikan Wikipedia sebagai Digital World Cultural Heritage Site yang pertama.

Post a Comment

Wednesday, January 18, 2012

100 Jenama Paling Bernilai 2011

Apa ada pada jenama?Realitinya masyarakat disekeliling kita memang mengutamakan jenama dalam kehidupan seharian.Macam satu perbualan yang aku dengar masa berada di rak makanan dalam tin pasaraya Giant beberapa minggu lepas.Kalau iya pun makan sardin jenama mahal,tak payah la cakap kuat-kuat.
Memang jenama biasanya dikaitkan dengan kualiti.Tak dinafikan pun,cuma susah sangat nak jumpa barang kurang berjenama datang dengan kualiti superb.Berikut adalah jenama-jenama antarabangsa yang paling bernilai mengikut ranking 100 Best Global Brand 2011.Aku tunjukkan 50 je,boleh?Selebihnya kat sini .



Post a Comment

Monday, January 16, 2012

Semak Mata Tengok Mat Afrika

Lama aku tak baca majalah Remaja,semalam aku capai majalah bercoverkan bekas Dewi Remaja Neelofa edisi Januari 2012 dibawah coffee table rumah mertua aku.Salah satu kolum yang biasanya aku tak pernah miss baca ialah kolum yang menceritakan pengalaman hitam remaja yang terjebak dalam masalah sosial.
Untuk edisi Januari 2012,kisahnya adalah seorang remaja perempuan berumur 27 tahun yang terjerat dengan ayat manis Awang Hitam dan hamil anak luar nikah.Budak perempuan tu bekerja di sebuah kolej swasta dan berkenalan dengan Awang Hitam bernama Henry.
Gambar hiasan
Selain bercinta,budak perempuan tu mula membantu mat afrika tu menipu duit(standard niggerlah),mula minum arak,tinggal serumah,mencuba ganja dan seterusnya lobos dek penangan awang hitam.Hari-hari balun agaknya mana tak mengandung.Seronok mat afrika tu dapat barang free.Apa yang jadi kat budak tu biarlah jadi pengajaran untuk yang lain.Cuma kerajaan Malaysia ni tak cukup keras dalam menangani hal macam ni.
Setakat ni aku rasa sama je,walaupun operasi menangkap warga Afrika agak kerap.Diorang masih lagi bebas buat negara ni macam negara diorang.Prosedur kemasukan ke negara ni atas alasan belajar terang-terangan disalahgunakan.Tahun lepas kat Flora Damansara blok adik aku,mat afrika dah tarik satu budak perempuan melayu balik rumah diorang,dikendurikan ramai-ramai.Cilaka betullah.
Untuk masalah sekritikal tahap macam sekarang,aku rasa dah sampai masa banned je terus pasport pelajar dari Afrika.Apa nak rugi.Tak nampak pun keuntungan pada negara.Sekarang ni pun dah banyak pusat perlindungan remaja bermasalah yang lahirkan baby malay+nigga=malaga.Nak buat anak angkat pun macam tak best je.Mat rempit+bohsia melayu punya baby kira boleh tahan lagi la.
Diorang ni dah dapat duit,dapat sedap diorang balik la negara memasing.Awek-awek Malaysia pun jangan la mudah sangat cair.Katanya diorang ni romantiklah,caringlah,cehhh!Dah kena kang baru tau langit tinggi rendah.Kalau ya pun jodoh lambat,sabar.Carilah orang Melayu yang boleh pakai,insyaallah ada.Jangan memilih sangat.Muka melayu paling tak hensem pun jauh lagi lawa dari mat afrika.Kena ingat la,diorang datang sini dengan matlamat nak mengencing duit dan penyedap free je.Serius.
Macam yang aku cerita sebelum ni,enam budak perempuan melayu bertudung,salah seorangnya bagi duit untuk tiga mat afrika makan KFC.Apa ke bangang la bebudak tu.Muka kaki kencing pun nak payung makan.Belanja aku lagi ada pekdah.

Post a Comment

A Pieces of Our History

Semalam aku terjumpa sebahagian dari secebis dokumen yang berkaitan dengan sejarah Tanah Melayu.Walaupun ianya adalah salinan fotostat berlamina,ia tetap satu benda bersejarah yang amat menarik perhatian aku.Dokumen tu adalah salinan kad pengenalan dua orang tokoh terkenal Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dan P.Ramlee.

Tunku Abdul Rahman
Kad pengenalan pertama Malaysia,No.0000001



P.Ramlee



Post a Comment

Sunday, January 15, 2012

Dapat Komen Emo,Apa Nak Buat?


Setiap kali kita menaip entri,besar harapan kita untuk melihat ada pengunjung yang akan sudi meninggalkan komen.Terutamanya blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging.Memang biasalah kalau sesekali dapat komen,tak macam blogger glemer yang lain.Tak ada apa nak dimalukan,memang normal macam tu.Nak capai tahap terkenal bukan senang,kecualilah kita ni artis atau individu yang memang dikenali ramai. Pada pendapat peribadi aku lah,blogging ni memerlukan kombinasi bakat penulisan,kepakaran IT,rajin dan bonus kalau mempunyai rupa paras menarik.Rupa paras pun ada sedikit peranan juga,tak percaya,korang kajilah sendiri blog-blog perempuan yang ramai follower.Ini adalah realiti.Bila sampai level terkenal,percayalah,dengan entri paling ringkas sekalipun komen akan tiba bertalu-talu.
Tadi aku semak akaun Yahoo Mail aku,untuk tengok CommentLuv Notification.Dari situ aku akan reply komen-komen aku yang tak seberapa ni.Ada la sorang follower aku ni tanya,macamana nak jadi blogger pro.Terkedu gak aku,sebab aku rasa soalan dia patut ditanya kepada blogger yang ranking Alexanya 100,000 kebawah.Tapi takpelah,aku suka dan berbesar hati jawab soalan dia.Sikit sebanyak dalam perenggan pertama tadi dia boleh dapat sedikit klu macamana nak mencapai status pro.Istilah pro tu sendiri pun luas maksud sebenarnya.Pada anggapan aku,pro ni pakar dalam bidang IT lah.Boleh bangunkan web sendiri,template kemas,pageload cepat,isi kandungan relevan dengan carian Google,SEO tepat,dan macam-macam lagilah.
Untuk yang tak pro macam aku ni,kena banyak sabar.Mula dari bawah,guna platform Blogger dulu untuk memahami konsep dan asasnya.Dah biasa nanti baru switch ke Wordpress ke,sebab orang kata dan buku yang aku beli kata Wordpress ni mesra SEO.Memang amatur la pakai Blogger ni tapi apa ada hal kan asalkan kita faham konsep.Ramai juga yang berjaya dengan platform Blogger je.Terpulang pada citarasa dan keselesaan masing-masing.
Aku sendiri pun baru je nak belajar-belajar asas Wordpress,maklumlah cikgu tak ada.Kena belajar sendiri.Itu pun ada orang minta aku buatkan website untuk syarikat dia.Cabaran betul...Tapi tak apalah,kalau kita takut mencuba macamana nak tau boleh ke tidak kita harung cabaran tu.So,soal terkenal atau tak blog kita tu nanti,biar kita fikir kemudian je.Kalau nasib kita baik(dengan cara yang betul),cepatlah blog kita capai status yang kita nak.Silap gaya memang tak menang tangan nak mereply.Sampai tak boleh reply langsung pun tak best jugak,sebab membalas komen seumpama kita menghargai pengunjung blog kita.Ok Muhd Hafis ?Harap dapat sedikit motivasi dengan penulisan pendek aku ni.Sebenarnya aku tak layak langsung nak jawab soalan tu,tapi aku cuba bagi jawapan yang terbaik untuk hang.Haha!
Tadi jugak aku terbaca satu komen lagi pasal salah satu entri aku.Cuma komen yang datang dari pengomen bernama 'orang kampung' tu mengandungi emosi marah.Dia cakap aku bodoh dan macamlah aku ni stylo sangat.Katanya lagi blog aku pun macam cibai.Marah betul dia.Takpe,marah pun marahlah,komen juga ye tak?
Encik 'orang kampung',harap jangan berkecil hati dengan entri aku ya?Setakat ni aku rasa bahasa yang aku pakai masih lagi berlapik dan tidaklah celupar sangat.Aku tetap fikirkan sensitiviti pembaca blog aku.Mana la tau ada yang terasa.Kalau baca majalah Kereta,aku rasa encik 'orang kampung' boleh sentap jadinya.Lagi selamba dia bash mat kereta ah beng.Lari konsep memang terang-terang fail encik 'orang kampung' oii...Katakan aku pakai Kancil 660 pekak,tepek stiker DOHC dengan VTEC Inside besar-besar.Tak ke fail namanya tu.Tapi yelah,kereta masing-masing.Ikut selera depa lah nak bikin kereta rupa siamang sekalipun.Muhd Hafis,sila ambil perhatian ya?Nak jadi blogger yang baik jangan kutuk-kutuk orang tau,nanti kena marah.Apa yang berlaku sekeliling kita walaupun tahap kita nak gelak guling-guling sekalipun janganlah diupload ke laman blog.Menaip entri kena fikir dulu penerimaan masyarakat.Sebelum ni ada jugak komen yang macam ni.Orang tu marah aku cakap filem Cloverfield memeningkan kepala.Tapi,ada aku kisah???

Post a Comment

Friday, January 13, 2012

Ferrari F430 Kemalangan Di Lebuhraya KLIA Extension

Percaya atau tak,untuk gambar-gambar kemalangan dibawah,aku terpaksa membayar RM15.40.Bukan bayaran untuk harga gambar-gambar ni,amaun tersebut terpaksa aku bayar sebab lalu tol dari Kota Damansara- KLIA dan KLIA- Kota Damansara.
Sebenarnya macam ni.Hari ni adik aku yang 'pandai' sangat tu akan balik dari Suzhou China dan dijangka tiba jam 7.15pm.Sedang elok aku lepas tol KLIA,dia call dari China bagitau tak jadi balik hari ni.Mangkok betullah!Tak cakap awal-awal,pastu kata dah bagitau aku beberapa hari lepas.Kalau dah bagitau buat apa aku rushing sia-sia pergi LCCT?
Ngam-ngam sampai roundabaout,terus aku U-Turn masuk tol semula.Tetiba aku nampak keadaan sedikit sesak lebih kurang 500 meter dari roundabout tadi.Rupanya ada kemalangan.Uiiiii.....Ferrari tuuu...Wife aku suruh aku berenti.Elok jugak tu,aku pun tak pernah tengok Ferrari eksiden secara live.Kalau tak salah,kereta ni adalah Ferrari F430.





Masa ni cuaca agak mendung baru lepas hujan.Macam biasalah,kereta power macam ni mana boleh jumpa trek licin,mesti bersepah punya kalau tak pandai kontrol pedal.Tengok ruang pemandunya dengan airbag yang kembang rasanya semua selamat.Luka-luka pun takde ni.Haha!Sukahati je aku teka.Pastu aku sembang-sembang la dengan orang yang ada kat situ.Ada pakcik India tu cakap driver Ferrari tu lelaki India ngan pasangannya.Cuba tengok gambar nombor 2.Ada pasangan India kat sebelah kanan.Ada mat motor tu pulak cakap drivernya mati.Memandai je mat motor tu.
*Lokasi sebenar kemalangan adalah di Lebuhraya KLIA Extension sebelum tol untuk susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

Post a Comment

Kiat Esemka;Kenderaan Indonesia Buatan Tangan

Dah beberapa minggu aku ikuti perkembangan berita tentang kenderaan buatan Indonesia ni.Rasanya dah boleh aku tulis sikit sebanyak tentang kereta/mobil yang bernama Kiat Esemka ni.Aku cuba ceritakan sejarah dan sedikit latar belakang tentang kenderaan ni mengikut kefahaman aku.Nak translate bahasa Indonesia ni pun boleh tahan jugak cabarannya.
Asalnya nama Kiat datang dari seseorang yang bernama Sukiyat.Sukiyat ni tak pandai kat sekolah,maka dia gagal peperiksaan STM.Aku pun tak tau apa benda STM tu.Walaupun dia phail sekolah,dia buka bengkel mengetuk dan mengecat kereta pada tahun 1978.
Tahun 2007,Sukiyat memodified sebuah kereta yang berpenampilan keren gitu.Keren ni maksudnya, mantap,cun, dan up to date la kot.Lepas tu Sukiyat berkolaborasi dengan sebuah SMK untuk menghasilkan satu lagi kenderaan.Di bengkelnya,beliau mengajak pelajar SMK untuk membuat kerja lapangan.Pengarah Pembinaan SMK,Joko Sutrisno kagum dan meminta Sukiyat membina kenderaan bersama dengan pelajarnya tanpa menggunakan mesin.
Usaha Sukiyat berhasil dan berita tentang kejayaannya bersama pelajar SMK menjadi hot kat seberang sana.Buat masa sekarang dua jenis kenderaan dibina iaitu SUV Kiat Eemka Rajawali dan Pick-Up Truck Double Cab Digdaya.

Spesifikasi Kiat Esemka
Enjin: 4 silinder 1500cc injection dari Mobil Timor
Penumpang:7 orang
Dimensi PxLxT :5.035x1.69x1.63
Aksesori : Power Steering,Central Lock,Power Window,Parking Sensor
Kiat Esemka Rajawali
Ada rupa macam CRV sikit kan?Sebab kereta ni memang dibina dengan berbagai part dari kereta yang berlainan jenis.
Kiat Esemka Digdaya
Harga kenderaan Kiat Esemka dianggarkan Rp 75-95 juta/RM22,500-RM28,500

sumber guidesources

Post a Comment

Jadual EPL 14,15 & 16 Januari 2012

Jadual perlawanan EPL hujung minggu ini.Selepas Arsenal kalah ditangan Fulham minggu sebelumnya,mood nak menulis hal Arsenal pun drop sikit.Gol Zamora disaat akhir betul-betul mengecewakan.Minggu lepas boleh dikatakan minggu rehat untuk EPL dan perlawanan bertumpu kepada saingan Carling Cup dan FA Cup.Minggu ni kembali meneruskan saingan dalam EPL.
Minggu ni tak ada giants yang bakal bertemu,so perlawanan Liverpool vs Stoke mungkin menarik.Arsenal pula akan bertemu Swansea yang berada di kedudukan ke-12 liga.Team ini pun tak sepatutnya dipandang rendah.Penjaga golnya,Michael Vorm mempunyai rekod yang agak baik.Walaupun Thierry Henry memberi amaran kepada peminat Arsenal supaya tidak mengharapkannya menjaringkan gol di setiap perlawanan,sebagai peminat aku tetap nak tengok dia menjaringkan banyak gol.
Perlawanan yang bakal berlangsung hujung minggu ini ialah:

14 Januari 2012
WBA vs Norwich City
10.30pm
-

Tottenham vs. Wolves
10.30pm
-

Chelsea vs. Sunderland
10.30pm
Channel 817/831
-

Blackburn Rovers vs. Fulham
10.30pm
-

Aston Villa vs. Everton
10.30pm
-

Manchester United vs. Bolton
10.55pm
Channel 812/832

Liverpool vs. Stoke
10.55pm
Channel 813

15 Januari 2012
Newcastle vs. QPR
9.25pm
Channel 812/832

Swansea vs. Arsenal
11.00pm
Channel 817/831

16 Januari 2012
Wigan vs. Manchester City
3.55am
812/832


Post a Comment

Thursday, January 12, 2012

Peserta Raja Lawak Musim 6


Dulu aku tak minat rancangan Raja Lawak ni.Sebab dulu aku rasa macam takde pekdah je.haha!Memang aku tak pernah tengok langsung,sorang pun aku tak kenal.Aku mula kenal pelawak Raja Lawak dalam program Maharaja Lawak.Masa tu lah baru aku tau layan benda lawak ni bagus juga.Hadap benda serius hari-hari pun muak ye tak?Lagipun dulu sebenarnya aku takde Astro..........Wuuuuu!!
So,untuk Musim ke-6 ni aku nak tengoklah jumpa ke tidak raja lawak dalam Malaysia ni.Semalam aku tengok ujibakat serata Malaysia,macam-macam pesen manusia.Uji bakat tu tak salah,tapi yang datang tak buat preparation,skrip lupa,pegi bantai menari pun ada.Ingat program Sehati Berdansa ke hapa.Cemana pun adalah jugak yang berjaya menambat hati juri.Aku tak tau pulak bila program ni start,tau-tau je dalam website Astro dah ada ranking undian.Kedudukan terkini 12 kumpulan/peserta raja Lawak 6 :

1.Ketupat  27%
2.Riki   26%
3.2Yol  12%
4.Gman  10%
5.Selak  9%
6.Albob  6%
7.Skema  5%
8.Shiro  4% 
9.Cuit  1%
10.King  1%
11.Zero  0% 
12.Kodan  0%

Para pengajar diketuai oleh Ahmad Idham sebagai Cif Besar,dan dibantu oleh Tauke,Yus dan Angah sebagai Cif Kecil.Pengacara macam biasa,Jozanlah,siapa lagi.Pecah perutkah korang nanti?Kita layankan ajelah ye?

Post a Comment

Nak Tambah Dah Tak Boleh


Jumlah blog yang aku follow ada 320.Bila aku nak add lagi,keluar macam ni pulak?Macamana nak buat yek?Nak stop following tak sampai hati pulak,tapi ada jugalah beberapa blog yan aku stop following sebab dah tak wujud ataupun entri terakhirnya raya puasa tahun lepas.
Nanti kalau ada follower aku yang cakap'follow kita balik ya?',cmana nak buat tuh?Dah tak boleh dah ni haaa!


Post a Comment

Poster Kempen WWF

Poster kempen WWF yang kreatif!

Klik untuk besarkan gambar
Sekali imbas,gambar hutan hujan yang dilitupi lumut diatas memang cantik tanpa kita sedar apa yang tersembunyi disebaliknya.Sebenarnya:

Tersembunyi disebalik gambar tu adalah haiwan-haiwan yang terancam akibat penebangan hutan.Poster ni bukanlah dicipta untuk bermain 'cari barang tersembunyi'.Maksud tersiratnya ialah,bila hutan ditebang dan pokok tiada,tanpa kita sedar sebenarnya haiwan-haiwan ni pun akan hilang sekali.
Orang utan,sloth dan gorila tu memang kita tahulah statusnya yang memang terancam.Tapi aku tak rasa wild hog tu terancam.Bebaru ni aku tengok dokumentari Man vs. Wild;Malay Archipelago,Bear Gryll tunjuk teknik survival kat sebuah pulau antara Sabah dan Filipina.Pulau tu kecik je tapi memang terpencil.Walaupun jauh dari tanah besar,ada babi hidup kat pulau tu.Dasat betullah.Korang rasa macamana boleh ada babi hutan kat situ?

Sumber DailyMail

Post a Comment

Wednesday, January 11, 2012

Acura NSX Hybrid

Semua peminat automotif tahu Lexus adalah jenama mewah Toyota untuk menerokai pasaran US.Honda tidak ketinggalan dengan jenama Acura untuk bersaing disana.Tahun 90-an,Honda pernah mengeluarkan sebuah kereta sukan dengan layout mid engine dan dipadankan dengan pacuan belakang.
Sehingga sekarang kereta NSX diiktiraf oleh peminatnya sebagai kereta eksotik yang paling berbaloi dimiliki.Walaupun jantungnya hanya 3.0 V6 270hp,NSX menawarkan keseimbangan antara keseronokan memandu,kuasa dan nilai wang.Tahun 2002,NSX menjalani pembedahan kosmetik iaitu lampu pop-up digantikan dengan lampu HID dan talaan suspensi.
Acura Amerika mempamerkan konsep Acura NSX di Detroit Auto Show 2012 yang dijangka akan diproduksi pada 2015.Model konsep ini akan mengadaptasi teknologi inovatif Sport Hybrid SH-AWD(Super Handling-All Wheel Drive) yang dibangunkan oleh Honda R&D Amerika dikilangnya di Ohio.
Masih lagi mengekalkan bahan-bahan ringan dan susunan enjin V6,NSX baru akan turut dipacu oleh 2 motor elektrik yang dilengkapi bilateral torque adjustable system yang berfungsi untuk mengawal tork positif atau negatif ketika melalui selekoh.Enjin V6 barunya akan berharmoni dengan sistem transmisi dual clucth untuk pecutan optimum.
Kebanyakan pengeluar kereta prestasi tinggi menumpukan pada penghasilan kuasa kuda besar,Honda tetap berpegang pada matlamat untuk menghasilkan kereta yang seimbang dari segi kuasa dan berat disamping menekankan kepada penjagaan alam sekitar.





Post a Comment

Kidalkah Korang?

Aku dilahirkan sebagai seorang kidal.Segalanya aku buat guna tangan kiri kecuali makan.Itupun kalau makan dengan sudu,sudunya aku pegang dengan tangan kiri.Kalau aku pegang sudu dengan tangan kanan,alamatnya nasik takkan dapat disodok dari pinggan.Akibatnya,nasik lebih banyak jatuh ke tepi pinggan berbanding jumlah nasik yang dapat masuk kemulut.Kekadang orang usyar aku semacam je,tapi pedulik hapa aku.Janji aku senang nak makan.
Antara lapan adik beradik,aku dan adik perempuan aku saja yang menggunakan tangan kidal.Itupun masa adik aku kecik,sengaja aku ajar dia guna tangan kiri.Saje,sebab aku rasa orang tangan kidal ni banyak kelebihan.Tapi kidal ni boleh diajar atau tak,aku tak pastilah.Mungkin juga adik aku memang takdirnya dilahirkan kidal pun.
Pada pendapat aku dan pengalaman aku sebagai lefties,orang kidal biasanya kreatif dalam apa juga bidang seni lukis.Jenis tangan tak goyang punya.Akibat penggunaan tangan kiri yang berlebihan,saiz tangan kiri aku besar sikit dari tangan kanan.Itu yang aku tahu tentang kidal.Tapi ada banyak fakta menarik tentang manusia bertangan kidal,ada yang menarik dan ada yang tak best.Meh baca pelan-pelan.




Post a Comment

Tak Cukup HD?

Definisi tinggi yang ada belum cukup tinggi.
Daily Mail hari ni mendedahkan TV terbaru keluaran gergasi elektronik Korea,LG.TV skrin rata 3D bersaiz 84 inci ini beresolusi 3840x2160 piksel (8.3 juta piksel)berbanding HD Ready yang hanya 1200x1800 piksel (2.16 juta piksel).Malangnya buat masa ini belum ada sumber media yang menyediakan input setinggi itu untuk membolehkan pengguna menjamu mata dengan paparan Ultra HD.

Dunia digital sentiasa berkembang.Persaingan sengit menyebabkan pengeluar barangan elektronik akan berlumba-lumba untuk mengatasi antara satu sama lain dan seterusnya menghasilkan produk yang semakin canggih.

Post a Comment

Mantap Juga Ping Busuk ni

Memang ampuh!


Apekebenda yang ampuh ni?Cer citer skit?
Minggu ni aku agak busy dengan persiapan syarikat menghadapi audit FDA(Food and Drug Administration) dan juga dalam proses mencapai persijilan ISO22000:2005.Walaupun tak terlibat secara langsung,kerjasama semua pihak sangat penting.
Makanya,minggu ni entri agak kuranglah sebab tak dapat mengadap PC.Hari ni ada peluang sikit,aku cuba-cubalah menggunakan khidmat ping entri dari busuk.org.Nama je tak sedap,tapi memang terbukti berkesan beb!Konsepnya sama macam khidmat perkongsian entri yang lain,cuma keberkesanannya lain macam sikit.
Sebelum ni aku pernah juga guna yang lain,tapi tak berapa efektif.Benarlah kata-kata aluan admin dalam Read Me.Sekejap je entri yang aku dah ping,berada di kedudukan teratas carian Google.

Contoh carian untuk Acura NSX Hybrid selepas dipingkan menggunakan busuk.org:



Siapa-siapa yang belum cuba,jom meriahkan busuk.org terutamanya blogger-blogger baru.Maklumlah,masa aku baru blogging dulu pun kalau tak kuat semangat dah lama aku tinggalkan dunia blogging ni.Jenuh buat entri,tapi haram tak keluar dalam Google search.Tapi bila dah faham konsep,sebenarnya simple je.Dengan adanya khidmat ping dari busuk.org ni,makin senang kerja kita.Bukan nak promote kat sini,tapi aku rasa benda ni baik,apa salahnya aku share.

Macam ni baru la semangat nak update,ok ka?

Post a Comment

Tuesday, January 10, 2012

Pemenang Anugerah FIFA Ballon D'Or 2011



3rd time winner,Lionel Messi


Japan Women Team Captain,Homare Sawa


FIFA Ballon D'Or Award - Lionel Messi


FIFA Women's World Player of The Year 2011 - Homare Sawa


Men's Coach of The Year - Pep Guardiola


Women's Coach of The Year - Norio Sasaki


FIFA Puskas Award 2011 - Neymar


Presidential Award - Sir Alex Ferguson


FIFA Fair Play Award - Japan Women World Cup Team

Post a Comment

Legendary Henry; Arsenal 1-0 Leeds

Pukul 3.00 pagi tadi berlangsung perlawanan Piala FA antara Arsenal dan Leeds yang berkesudahan 1-0 hasil jaringan lagenda Arsenal,Thierry Henry.
Henry menggantikan Marouane Chamakh pada minit ke 65 dan pada minit ke 77,beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan.Rekod jaringan Henry untuk kelab Arsenal meningkat kepada 227 gol.Menyarung jersi bernombor 12,Henry membuktikan kepada peminat Arsenal bahawa tugu beliau yang dibina sebagai lagenda Arsenal sepanjang zaman sememangnya berbaloi.

Apa nak dikata lagi tentang Henry ini?Sebelum aku mengenal Arsenal,aku terlebih dulu terpikat dengan gaya permainan Henry sehingga aku tahu apa itu seni bolasepak.

Post a Comment

Monday, January 9, 2012

Berita Padat

Hari ni mood nak menaip pun tak berapa nak ada,so aku padatkan semua sekali apa benda yang aku nak taip dalam bentuk point aje.Sebenarnya aku tak minat nak cerita pasal politik,tapi aku letak sikit-sikit tak apelah ya?
 
1.Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,Hakim Datuk Muhamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan liwat yang dihadapinya.Kes mula dibicarakan sejak 2008.
-malaysiakini

2.Perhimpunan penyokong Anwar atau dikenali sebagai Perhimpunan 901 dicemari tiga letupan bom buatan sendiri.Lima cedera dan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan rosak.-malaysiakini

3.Ezani Farhana dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama selepas menewaskan pesaingnya iaitu Wahidan dalam pusingan akhir Masterchef Malaysia yang berlangsung semalam.Ezani memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan kontrak penerbitan buku masakan.

4.Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan di Kejohanan Super Series Terbuka Korea dengan tiga set.Hadiah kemenangan berjumlah RM235,875.

Post a Comment

PS2;Mau Repair Lagi Ka?

Semalam aku belek-belek la PS2 Slim aku yang dah agak lama pencen.Aku percaya,benda-benda permainan macam ni Sony dah buat selasak mungkin untuk memastikan jangkahayatnya panjang dengan penggunaan normal.
Sebelum ni aku pakai memang tak ada masalah.Lebih dua tahun aku tinggalkan konsol PS2 ni kat rumah adik aku yang sememangnya hantu PS2.Orang lain main game jugak,tapi dia ni lain.Dia cuma kenal game Winning Eleven je.Kalau hari minggu,dia boleh main dari pagi sampai ke malam,tanpa perlu makan/mandi.Hari biasa tak la selama tu,tapi tetap main setiap hari.Akibatnya bila aku nak pakai semula PS2 ni,cuma tinggal nyawa-nyawa ikan.Masuk disc baru pun liat nak loading.
Bila aku check,rupanya disc motor dah jammed.Kalau nak diikutkan,baik beli PS3 je terus,apa barang layan PS2 lagi.Disebabkan benda ni aku beli dengan duit titik peluh aku,aku tetap nak pastikan benda ni masih berfungsi dengan baik.Bukan macam bebudak sekarang parent belikan,bila dah jemu campak je dalam tong sampah.
So,inilah dia benda-benda yang rosak.Aku pernah tanya harga repair kalau kat kedai,sekitar RM180.Rosak apa sekalipun harga tetap sama.Tapi saje je aku survey harga benda-benda ni kot-kot jauh lagi murah.


PS2 Slim ribbon cable RM3.65

PS2 Drive Motor Only antara RM16.02 - RM19.28
PS2 Lens Assembly antara RM25.15 - RM53

Power Switch PCB  antara RM12.50-RM22.50


Semua harga dari laman ebay.com.my.Lebih kurang harga repair kat kedai je ek?Benda-benda ni pun plug and play je.

Post a Comment

Friday, January 6, 2012

Ex Tiger Wood;Marahkan Nyamuk,Rumah Dirobohkan

Meh kita dengar perbualan antara janda Tiger Wood,Elin Nordegren dengan penjual rumah di North Palm Beach.Perbualan di curi dengar oleh agen CIA yang menyamar sebagai pekerja Alam Flora:

Elin : Bang,rumah abang cantik la.Nak jual tak?
Tuan Rumah : Kamu ada duit ke?
Elin : Ada la sikit bang,simpanan hasil berniaga pisang goreng,samosa,keropok lekor,...bla..bla..bla..
Tuan Rumah : Kamu ni jangan memain,rumah ni mahal tau.Bilik air je ada lapan.
Elin : Abang jangan ingat saya takde duit bang.Walaupun saya janda,tengok la handbag saya ni,Hermes Birkin bang!
Tuan Rumah : Abang letak harga $12 juta,ada bran?(minah ni bukan ada duit pun...)
Elin : Berehhh bang!bagi nombor akaun,besok saya bank-inkan pitih.

Maka rumah pun bertukar tangan....


Memang la lapan bilik air,tapi kalau semuanya jamban cangkung buat apa!Arrggghhhh!!(Maka Elin pun terus RAAAAAGE dan disodok rumah tu sampai licin)


sumber Yahoo News

Post a Comment

Di China,Minyak Masak Pun Palsu


Di China,selagi boleh dipalsukan,apa pun jadi.Terbaru,pengeluar minyak kacang palsu diserbu di Zhongtang.Pihak berkuasa tempatan menyiasat Yonglong Food Factory hasil penemuan lebih 4 tan minyak substandard dan dipercayai berbahaya oleh seorang wartawan Southern Metropolis Daily yang menyamar.
Kilang tersebut mencampurkan minyak soya,minyak sawit yang diragui puncanya,minyak cottonseed dan esen cottonseed untuk meniru rupa minyak kacang yang sebenar.Minyak cottonseed mentah boleh menyebabkan kemandulan kerana ianya toksik.
Minyak kacang palsu tersebut dijual kepada pengeluar makanan di Guangdong,Hunan dan Jiangxi dengan harga 92 yuan berbanding 100 yuan untuk 5 liter minyak kacang asli.Menurut seorang pakar dari Persatuan Minyak dan Bijirin China,sekurang-kurangnya 30 pengeluar minyak makan (edible oil) di daerah itu menghasilkan minyak kacang palsu.Majoritinya adalah perniagaan berdaftar.
Kita tengok gambar diatas.Jangankan HACCP,asas GMP(Good Manufacturing Practice) pun fail....

Post a Comment

16 Tahun Hilang;Cincin Kahwin Terlekat Pada Lobak

Selepas hilang selama 16 tahun,seorang surirumah bernama Lena Paahlsson dari Sweden menemui semula cincin perkahwinannya yang terlekat pada sebatang lobak merah!



Lena kehilangan cincin perkahwinan bertatahkan tujuh berlian kecil itu di dapur rumahnya pada tahun 1995.Dipercayai cincin itu terjatuh kedalam sinki dan bercampur dengan kupasan kulit sayur-sayuran,seterusnya berakhir dengan menjadi baja kompos atau makanan ternakan mereka.
Sisa-sisa sayuran atau najis ternakan mereka digunakan untuk menyuburkan tanaman dan selepas 16 tahun,cincin tersebut ditemui semula tersarung pada sebatang lobak.

sumber nydailynews

Post a Comment

Rekod Tuna Termahal 2012

$736,000 atau RM2.3 juta ialah nilai seekor tuna sirip biru seberat 269kg yang berjaya dilelong di pasar Tsukiji,Tokyo Jepun,dan memecahkan rekod harga tertinggi tuna sirip biru.Rekod tahun lepas ialah RM1.302 juta.
Pemenang bidaan ialah Kiyoshi Kimura,pemilik Kiyomura Co. yang mengendalikan rangkaian restoran Sushi-Zanmai.Harga sekilo isi ikan tuna ini dianggarkan 210,000 yen atau RM8,421.



Sumber DailyMail

Post a Comment