Friday, December 23, 2011

Supercar Belanda;Savage Rivale Roadyacht GTS

Savage Rivale Roadyacht GTS
Ini adalah supercar dari pembuat kereta Belanda,Savage Rivale.Model Roadyacht GTS ni didatangkan dalam konsep convertible empat tempat duduk.Panel badan diperbuat dari karbon fiber,chrome steel chassis,dan di ruangan pemandu bahan alcantara,aluminium dan karbon fiber digunakan termasuk teakwood sebagai bahan pelapik lantai.
Powerplant?
Dibawah hud,enjin Corvette ZR1 lapan silinder bersusunan V yang menukarkan petrol kepada kuasa kuda setinggi 670hp dengan pecutan 0-60mph dalam masa 3.4saat.Kelajuan maksimum mencapai 205mph(328km/j).
Rim bersaiz 19 inci buatan khas Tenzo bersalut getah Toyo T-1R dan dihentikan tanpa was-was oleh angkup brek lapan dan empat piston monoblock buatan DBM yang mencengkam rotor bersaiz 380mm dan 350mm.Savage Rivale Roadyacht GTS ini hanya akan dibuat sebanyak 20 unit dalam tiga pilihan warna.
Harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari KR1M iaitu $550,000.



Post a Comment