Saturday, December 3, 2011

Siapakah Pemandu Waja Ni?


Ada apa dengan Proton Waja hitam bernombor plat WPA 5540 ni?
Tarikh: 29 November 2011
Masa:10.00-10.15am

Kalau dah namanya semberono,bukan salah kereta yang dipandu.Driver jenis macam ni pegang stereng kereta jenis apa pun,tetap membahayakan orang.Memula aku perasan kereta ni nak potong aku di kawasan garisan kembar,jalan agak beralun,so tak boleh nampak kenderaan yang datang dari depan.
Aku tak kisah kalau nak potong,tapi pilih la tempat yang betul.Akhirnya driver Waja tu tak jadi potong,sebab ada van datang dari arah depan.Di pertengahan jalan antara simpang Sungai Tekam ke Jengka 1,aku biarkan kereta ni potong aku.Dari jauh aku nampak dia cuba potong sebuah kereta betul-betul depan simpang Jengka 1(mana sekolah memandu yang ajar driver nih!?).Sebuah lori yang datang dari arah bertentangan terpaksa keluar ke tebing jalan disebabkan tindakan 'kamikaze' driver Waja tadi.
Begitulah seterusnya bila aku nampak driver Waja ni terus memotong dan memotong macam nak terberanak.Rushing sangat sampai tak hirau keselamatan orang lain.Ceh!Aku tak kagum langsung tengok cara dia memandu.Masa tu je tah berapa belas kali aku menyumpah.
Ditakdirkan malam Rabu (30 November),sekali lagi aku terserempak dengan kereta ni ditempat yang sama.Tapi lain macam pulak cara pemanduan beliau,jauh lebih bersopan.Mungkin siang anak dia bawak kereta tu,malam bapaknya pulak.

Tapi,apa yang berlaku diwaktu pagi tu memang satu pemanduan yang bangang...

Post a Comment