Monday, December 12, 2011

Layakkah Mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia?

Contoh borang BR1M
Dilema bila aku tengok borang ni.Aku seorang ketua keluarga,tapi belum ada anak.Kalau ikutkan gaji tu memanglah layak,tapi bila ada ruangan Maklumat Isi Rumah saspen pulak aku nak isi.Syarat-syaratnya:

-Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah


Aku tak rasa kelayakannya sekadar gaji ketua rumah sebab ada ruangan Maklumat Isi Rumah,Pendapatan Kasar dan nombor kad pengenalan.Maklumat isi rumah dah tentu kena letak nama isteri dan gaji isteri.Untuk apa kena letak gaji isteri?Dah tentu untuk kiraan pendapatan isi rumah.

LHDN 
Dari kefahaman aku lah,RM3000 tu adalah jumlah pendapatan kasar isi rumah,bukan pendapatan individu tunggal yang jadi ketua rumah.Barang harus diingat,dalam ruangan tu,jumlah pendapatan suami dan isteri perlu diisi.Nak tipu memang boleh,letak je gaji bini RM600,tapi jangan lupa LHDN ni agensi kerajaan.Dengan no ic pun dah cukup untuk diorang investigate.Setakat disapprove tu takpe lagi.Kalau kena penjara 3 tahun sebab menipu macamana?Yang pentingnya,menipu itu berdosa...
Apapun,itu cuma kefahaman aku je.Untuk lebih kefahaman tentang permohonan yang pasti LULUS,sila hubungi talian Khidmat Pelanggan LHDN 1-300-88-3010.Aku cuba klik pautan emel untuk pertanyaan,tapi:
Chaitt!

Post a Comment