Tuesday, November 8, 2011

Permainan Yang Merbahaya

Masa korang budak-budak,pantang nampak mainan mesti bapak korang pening kepala.Selagi tak dibelikan,melalak-lalak sepenuh hati sampai dapat mainan tu.Masa aku kecik-kecik dulu,banyak jugak mainan aku.Sebelum ada adik la,bila dah ada adik,bapak aku dah tak rajin belikan mainan.Permainan bukan sekadar objek yang perlu kreatif dan enjoy dimainkan.Perkara utama,keselamatan dan kedua moral yang baik.Zaman dulu,radioaktif pun diorang buat main je.Gila.

Ni antara permainan yang di 'banned' sebab merbahaya dan tidak mengutamakan aspek moraliti untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Spanish Barbie
Barbie,jenama permainan yang sangat terkenal melancarkan kostum permainan bertemakan matador pada 1999.
Tapi mendapat bantahan dari peminat-peminat Barbie dan juga aktress Alicia Silverstone kerana ritual pembunuhan lembu.Mattel selaku pengeluar,menarik balik keluaran Barbie ni.


















Snacktime Kid Cabbage Patch Doll
Patung Snacktime Kid dilengkapi rahang mekanikal yang digerakkan oleh kuasa bateri.Apa juga yang disuapkan ke mulut patung Snacktime Kid akan dikunyah;termasuklah jari kanak-kanak.
Mattel menarik balik permainan ni pada tahun 1997.












Clackers
Objek permainan ni tak kelihatan merbahaya.Clacker atau juga nama lainnya Knockers/Click Clacks diperbuat dari dua bebola akrilik yang diikat seutas tali.Bila berayun,akan mengeluarkan bunyi 'ketukan' yang kuat.
Masalanya,bila hayunan terlalu kuat,bola akrilik akan pecah dan menerbangkan serpihan tajam ke merata tempat.
Clackers diharamkan pada 1985.
















Sky Dancers
Keluaran Galoob,Sky Dancers diinsipirasikan dari patung Barbie yang boleh terbang dengan pergerakan seperti helikopter.
Diletakkan pada tapak mekanikalnya,Sky Dancers akan terbang tinggi bila tali pelancar ditarik.Apa yang merbahayanya ialah,sayap Sky Dancers yang keras mendatangkan kecederaan yang agak serius jika terkena semasa berputar.
Galoob memanggil balik lebih 9 juta unit permainan ini pada tahun 2000.














Lawn Dart
Lawn Dart diperbuat dari besi dan dengan beratnya,ia mampu mem'bocor'kan apa jugak yang terkena sasarannya.
Permainan ni bertanggungjawab terhadap 7000 kecederaan.Pada 19 Disember 1988,Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna mengharamkan Lawn Dart dijual di US.








Atomic Energy Lab
Pada tahun 1951,AC Gilbert pencipta set ERECTOR,mengeluarkan U-238 Atomic Energy Lab.Menggunakan bahan radioaktif sebenar,pengguna boleh melihat laluan kabus yang terbentuk ketika partikel zarah  sinaran mengion.
Set permainan ni dibekalkan dengan empat sampel Uranium dan dijual dengan harga $49.50.













*Sumber bannedtoymuseum

Post a Comment