Friday, November 11, 2011

Miranda Kerr dan $2.5M Fantasy Treasure

Tersarung kemas di badan isteri Orlando Bloom adalah pakaian dalam Victoria Secret yang bernilai $2.5 juta.Miranda Kerr,model yang berasal dari Australia menggayakannya di pentas catwalk semasa Victoria Secret Fashion Parade yang berlangsung di Lexington Armoury,New York.


Untuk harga setinggi itu pada sehelai bra Fantasy Treasure,harganya termasuk kira-kira 3,400 butir permata,142 karat berlian dan beberapa jenis batu berharga seperti mutiara,citrine dan aquamarin.Sehelai bra berjenama Victoria Secret siri Dream Angels dijual pada harga $48 hingga $98(aku terpaksa melayari laman web Victoria Secret untuk mendapatkan tahu harga ni).
Fantasy Treasure mungkin bukan untuk dijual.Siapa yang sanggup keluarkan duit sebanyak tu hanya untuk sehelai bra.Jadi untuk sesiapa yang kreatif,beli saja sehelai Triumph,sulamkan dengan manik-manik atau kristal untuk menggembirakan suami.

Adakah aksesori seperti kasut dan objek seumpama ekor merak termasuk dalam pakej harga $2.5 juta?
Rasanya tak.



*Sumber DailyMail

Post a Comment