Wednesday, November 23, 2011

Corat-Coret Sukan SEA Ke-26

1)Ganjaran RM10,000 untuk setiap pingat emas pertama yang dimenangi atlit Malaysia kelihatan jauh lebih kecil berbanding Indonesia.Dikhabarkan,setiap emas yang dimenangi akan diberi ganjaran 200 juta Rupiah(RM72,000).

2)Seperti kebiasaan dalam temasya Sukan SEA Ke-26,penonton tuan rumah tidak menghormati lagu kebangsaan negara lain.

3)Aaliyah Choong Hanifah ialah atlit termuda yang memenangi emas iaitu pada usia 8 tahun.

4)Semasa dalam perjalanan untuk ke stadium bagi perlawanan akhir bolasepak antara pasukan negara menentang tuan rumah,petugas media tempatan dan pasukan Malaysia terpaksa menempuh halangan dan ejekan provokatif penyokong-penyokong Indonesia.Semuanya terbalas apabila Malaysia menang 4-3 dengan penentuan penalti.

5)3000 polis dan enam ekor anjing digunakan sebagai langkah keselamatan semasa pertemuan final bolasepak Malaysia vs Indonesia.

6)Dua penyokong bolasepak Indonesia maut semasa perlawanan akhir Malaysia vs Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

7)Kontinjen Malaysia meraih sejumlah 59 emas,50 perak dan 82 gangsa;mengatasi sasaran awal 40-45 emas.Tuan rumah mengungguli kutipan pingat dengan 476 pingat,182 emas,151 perak dan  143 gangsa.

8)Pemain Indonesia yang berasal dari Kepulauan Papua,Titus Bonai atau dipanggil 'Tibo' mempunyai tabiat aneh;beliau sering menggoyangkan jaring pasukan lawan sebelum freekick diambil.Tetapi semangat kesukanan dan professionalisma beliau harus dipuji.


Post a Comment