Wednesday, October 12, 2011

Remaja dan Adrenaline Rush


Aku agak jarang balik kampung sebelum ni.Tapi lepas adik lelaki aku decide nak kerja kat bandar semula,tinggal mak aku dengan adik perempuan aku darjah empat.So,kena rajin sikit jenguk mak aku.Aku ada tiga adik lelaki bawah aku,semuanya dah habis sekolah.Sesekali bila ronda kampung ternampak bebudak baru kenal motor main wheelie tengah jalan,nak gelak pun ada bila tengok.Remaja la kononnya.Semua orang pernah lalu zaman remaja.

Tukar cerita asal balik...
Perjalanan hidup adik lelaki aku yang tinggal kat kampung tadi agak berwarna-warni.Sejak masuk sekolah menengah memang dia sekor ni je dalam keluarga aku yang selalu bikin hal.Hal dadah,gaduh,cuma tak semua benda jahat kat mukabumi ni dia buat.Arwah bapak aku cukup pening dengan adik aku sekor tu.Habis sekolah,pernah masuk lokap dua minggu.Kes gaduh kalau tak silap aku.Orang puasa kat rumah,dia 'puasa' dalam lokap.
Arwah bapak aku hantar dia masuk IKBN.Masuk IKBN Dusun Tua,jadi rusuhan pulak dah.Pernah keluar paper dulu,dah lupa tahun bila.Lebih kurang 2001-2002 mungkin.Habis belajar dia kerja optometris.Bila dia ditukarkan ke Melaka,dia buat perangai semula.Rumah sewa dia kena rush,jumpa barang(ice),dalam bilik dia.Masa tu bapak aku dah arwah.
Turun naik court jugak la mak aku.Dapat ikat jamin,lepas tu tahanan daerah dua tahun.Tu yang duduk kampung temankan mak aku.Sepanjang dua tahun,ada la dia buat kerja-kerja kampung,dapat kontrak sikit-sikit buat wiring.
Tapi apa la sangat hasilnya.Jarang dapat projek.Akhirnya dia terpaksa keluar dari kampung,kerja kat bandar.Umur dah tahap bapak budak,kerja tetap tak ada lagi.Sekarang sambung kerja optometris semula.Harap-harap dah cukup matang untuk fikirkan masa depan.

Itu kisah hidup remaja dia.Kehidupan remaja aku biasa-biasa je.Nak kata pandai,belajar pun biasa-biasa,bangang sangat jauh sekali.Heheh!Hidup sebagai remaja ada dua perkara menarik.Keterujaan buat benda baru(benda bodoh paling banyak)dan sukakan adrenaline rush.

Dari forum.lowyat.net
Sejak zaman sekolah menengah aku teruja dengan mesin.Bukan mesin basuh.Aku suka enjin.Kitar piston empat dan dua lejang cukup menarik perhatian aku.Apa kaitan mesin dengan zaman remaja?Nah...bawak motor laju atau istilah komersial media tempatan;mat rempit.
Istilah rempit digunapakai secara komersial agak baru jugak rasanya.Zaman aku dulu dah mula gunakan istilah rempit.Bezanya zaman aku dulu,rempit secara berhemah.Tak paham?
Berlumba pun ada,cuma jauh dari orang ramai.Tak menunjuk-nunjuk.Zaman tu nak menunjuk kat siapa,henpon 3gp pun belum wujud lagi.YouTube pun tak kenal.Lingkungan masanya lebih kurang zaman chatting guna MiRC32.
Mesin yang glemer zaman tu biasalah RXZ(model Catalyzer belum keluar),Yamaha SS/SS Two,EX5,Suzuki Panther ada la sikit-sikit.Cuma tak pernah aku jumpa mat resing pakai Suzuki Best.
Setakat ada motor je tak cukup,mesti mau laju.Nak bagi laju motor bukan susah.Dulu mesin aku cuma Yamaha SS 110 YPCS tahun 93.Tapi masih virgin masa bapak aku bagi aku pakai.Modified yang aku buat cukup light,saiz piston pun 0.50 je.Buat port & polish liang intake+ekzos,karburetor 'usik' sikit(maintain mainjet & pilot jet asal),tukar spring clutch resing dan dua bijik bearing crankshaft FAG.
Zaman tu belum glemer bearing SKF.Ekzos manifold aku biar standard.Body pun standard kedai.Bukan apa,buat mod tahap CubPrix kang relai enjin bila jalan jauh.Aku buka nak ajar orang merempit,bikin enjin pun kena buat calculation.Ada parameter yang kena amik kira.Main tarah je,jahanam enjin.
Hasil mod yang light tadi pun dah cukup untuk lari habis meter.Tak percaya?Kena percaya beb...
Keterujaan ada mesin laju ni lain macam sikit.Bukan untuk berlumba,cuma seronok ada mesin laju.Tak la kena tinggal bila join member-member round bandar Kuantan.

Tapi tu kisah lama.Cuma sesekali bila balik kampung terserempak budak-budak belum baligh bawak motor macam gampang,rasa macam nak sepak pun ada.Nak tayang wheelie kat siapa.Tak akan dapat kerja best hatta pandai wheelie keliling kampung sekalipun.Bebudak sekarang tau bawak motor je,servis fork depan pun tak pandai.
Besar nanti diorang taula betapa bangangnya sesetengah jenis keterujaan zaman remaja.Zaman sekarang ni bebudak tak berapa matang.Ramai budak Melayu dah kenal apa tu liquor,wiski dan beer.Patutnya pihak berwajib lebih tumpukan perhatian macamana nak halang bebudak Melayu minum benda haramjadah tu.Yes.Rokok memang mendatangkan mudarat,tapi arak???Think about it.
Hasilnya Mat rempit zaman sekarang adalah kombinasi alkohol+motor pekak+betina.Ianya bukan lagi semata-mata keterujaan terhadap mesin...

Panjang tak aku membebel?

Post a Comment