Saturday, October 1, 2011

Perabis Duit Rakyat

Kelihatan terlalu mewah pun susah,apatah lagi anda dari sebuah negara yang diketahui miskin tegar.Teodoro Obiang Nguema,Presiden Equatorial Guinea dan juga pengerusi African Union disiasat atas pengubahan wang haram bantuan asing.
Equatorial Guinea ialah salah satu negara Afrika yang terkecil,sekitar 11,000knm persegi dengan penduduk seramai 676,000 merupakan salah satu negara Afrika yang kaya.Ketika beliau menikmati kemewahan hidup,70% dari rakyatnya hidup dengan pendapatan purata 1.5 pound sehari.
Sebagai salah seorang dari ketua negara Afrika,beliau sering menerima jumlah bantuan kewangan asing yang banyak termasuk wang tunai British melalui pembiayaan Eropah.
Apa yang membuatkan dia dicurigai ialah,tinggal di sebuah mansion bernilai 15 juta pound yang terletak berhampiran Foch Avenue Paris serta deretan 11 unit kereta mewah iaitu dua Bugatti Veyron,Ferrari 599 GTO,Maserati MC12,Aston Martin V8 600lm,Rolls-Royce Drophead Coupe,Porsche Carrera GT,Ferrari Enzo dan juga beberapa Bentley.
Obiang Nguema disiasat atas dakwaan menggunakan wang negara untuk membeli aset termasuk di Foch Avenue.walaupun negaranya kaya dengan minyak,tapi rakyatnya hidup miskin dan juga amalah rasuah olehnya dan anak sulungnya,Teodorin Nguema.
Damn diktator!


Post a Comment