Monday, October 10, 2011

Muhasabah Blog Gua

Bulan ni paling malas nak update.Malas update macamana nak maju?Teori karut semua tu...

Tadi gua baca blog jomrileks ,pasal blogger-blogger femes kat Mesia ni.Tiga nama yang gua kenal,Ben Ashaari,Hanis Zalikha dan Fatin Liyana.Tiga blogger ni memang puloh riban follower diorang.Ben Ashaari memang rajin update,gua rasa sejam sekali ada kot.
Tapi satu nama blogger yang main puloh riban jugak follower dia,zackzukhairi ,first time gua baca blog dia.Betul sangat la jomrileks cakap,teori rajin update ni memang mengarut sebenarnya.Dia punya entri Januari ada satu,Februari ada tiga,pastu dia pergi mana tah,Julai baru ada satu entri lagi.
Amacam?'rajin' gila mamat ni.Kontras habis dengan amaun follower dia.
Cerita dalam entri dia macam ada santau,bila baca dua tiga rangkap sure terlajak sampai habis.Gua rasa kadang-kadang blogger femes cerita merepek-repek je.TAPI....sebenarnya teknik tulisan diorang yang orang suka baca.Realiti beb!

Banyak teori karut gua dah cuba,buat entri banyak(rajin update),komen banyak,beli domain,dan macam-macam gadget gua humban dalam blog gua.
Hasilnya korang nak tau?Pagerank blog gua tetap 0...

Sebut pasal komen,gua jumpa satu blog pasal kereta.gua baca sebijik-sebijik komen dalam entri blog tu.Banyak gila basher Perodua.Gua reply la beberapa komen yang gua rasa bebal sangat.
Korang tau apa jadi?Semua komen gua tak approve.Jadah apa letak kemudahan tinggal komen kalau tak bran nak baca komen anti-basher gua.Pesan gua,kalau nak jadi basher,wajib sedia jugak untuk menerima ayat sumbang gua.
Kalau boleh biar la buat entri yang fair,jangan berat sebelah.Nak anggap Perodua tu apa pun boleh,tapi kena ingat,diorang tetap buat untung(bussiness purpose).Bisnes jadah apa kalau rugi,mana nak dapat modal R&D.
Bebudak Proton sibuk bash sana-sini pasal orang punya hal.Baik duduk buat kerja.Tak ada Perodua,sampai sekarang la Proton tidor lena dengan model lama.Pedas ke?
Biasa la kompeni Melayu,kalau tak kena ketuk dengan tukul,mana nak bergerak...


Gua rasa serabut kebelakangan ni,so malas nak update.Bukan maknanya gua dah mula give-up nak jaga blog ni,cuma sedang mencari apa yang terbaik untuk pembaca.Kekadang gua rasa gua terlalu serius,sampai semak kepala gua.Merepek banyak sangat pun tak elok.Sambil merepek,kongsi ilmu sama-sama.

K la,gua nak sambung kisah Fasha dalam blog ZackZuhairi.

Post a Comment