Saturday, October 22, 2011

Hujan dan Motorsikal...


Lately hampir setiap petang hujan;kadang-kadang lebat...
Elok je time nak balik kerja,timing hujan pun sampai.Tapi Jumaat lepas punya hujan memang lebat.Yang naik kereta kena mengadap jem berjam-jam,yang naik motor kena randuk air dalam keadaan visibility yang rendah.
Kenapa mat motor suka lepak bawah jambatan bila hari hujan?

Bukan saja-saja nak melepak tunggu hujan berenti sambil isap Gudang Garam ori.Sebenarnya lebih kepada soal keselamatan.Kalau nak ikutkan,bukannya sebab taknak baju basah.Bila menunggang dalam hujan,basah memang tak boleh elak.Sarung GIVI raincoat pun kadang-kadang bocor jugak kalau hujan menggila.
Pertamanya visibility.Bila hujan lebat,pandangan jadi sangat terhad,walaupun waktu siang.Hujan Jumaat lepas,aku anggarkan boleh nampak dalam jarak 15 ke 30 meter je.Sangat bahaya kalau ada kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan tanpa buka lampu hazard.Brek pun kurang mencengkam,tambah lagi jalan licin.
Kedua,masa hujan lebat air bertakung.Meranduk air sedalam paras buku lali pun kadang-kadang boleh jatuh kalau kurang iman berhati-hati.Seeloknya kalau nak redah hujan jugak,guna gear rendah.Tunggang dalam kelajuan 30-40kmj je.
Ketiga,disebalik takungan air tersembunyi bahaya.Apa dia?Lubang.Kalau lekuk cetek tak apalah.Buatnya lubang tu muat tayar motor?Menonggeng baii!!
Aku jarang melepak bawah jambatan bila hujan.Paling tak pun aku singgah untuk pakai baju hujan je.Alang-alang basah orang kata,perjalanan kena diteruskan.Tapi,setakat ni alhamdulillah.Belum jadi kejadian yang tak diingini.Aku pun takmau jatuh motor woo!!

Post a Comment