Friday, September 30, 2011

China Space Program

Tiangong-1,modul stesen angkasa China dilancarkan tepat jam 9.16pm Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan menggunakan roket pelancar Long March 2FT1.Ketinggian stesen angkasa Tiangong-1 di orbit kira-kira 350km dari permukaan bumi dan digunakan untuk memantau kawasan pertanian di China serta menjalankan eksperimen pertumbuhan kristal dalam keadaan graviti sifar.
Stesen angkasa Tiangong-1 mempunyai fasiliti dok pelbagai modul untuk melengkapkan stesen eksperimen angkasa berorbit rendah.Ini menjadikan China negara ketiga yang mengendalikan stesen angkasa.Tiangong-1 akan mengorbit bumi selama sebulan untuk menunggu ketibaan Shenzou-8,kapal angkasa tanpa pemandu.Kedua-duanya akan bercantum dan seterusnya diikuti Shenzou-9 dan Shenzou-10 yang dijangka membawa angkasawan wanita.Sekiranya kesemuanya berjalan lancar,China menjadi negara seterusnya yang berjaya menjalankan prosedur tersebut selepas Amerika Syarikat dan Russia.
Dengan ruang bekerja seluas 15 meter padu untuk dua hingga tiga angkasawan,stesen angkasa seberat 8.5 tan yang diberi gelaran 'Heavenly Palace' akan berada di orbit selama dua tahun sebelum beberapa lagi modul eksperimen akan dilancarkan.



Stesen angkasa sebenar akan mula dilancarkan dalam tiga bahagian antara tahun 2020-2022.Bagaimana dengan negara kita?Adakah tahun 2020 kita masih bergelut dengan masalah politik yang serupa kartun Nickelodeon,isu bahasa kebangsaan,masalah kelajuan internet dan sebagainya?

Post a Comment