Jumaat, 30 September 2011

Wolfrace;Memusangkan Sebuah Myvi Pekak

Cmana tah boleh terserempak dengan gambar ni.Apa kena mengena dengan Wolfrace?


Memang rare habis Kancil ni.
Aku ada terbaca dalam paper online Tempo Interaktif(papar online Indonesia) semalam,tentang kolaborasi Perodua dan Wolfrace UK.
Heran gak aku,tak jumpa cerita ni dalam paper tempatan.Kat blog-blog automotif ada la.


Wolfrace menambah baik Perodua Myvi dengan beberapa sentuhan kemasan iaitu rim 16 inci Wolfrace Shark Alutec 5 jejari dengan tayar Falken,ketinggian yang direndahkan dengan spring Eibach,rekaan grafik Wolfrace,spoiler belakang dan cermin sisi merah kontras,cermin tingkap belakang privasi,ekzos tip berkembar krom dan audio sistem dari Vibe.Tak la cun sangat rim Wolfrace,kecuali jika ianya staggered.
Bagi sebijik Myvi SE 1.5 Extreme kat Wolfrace,apa jadi?

China Space Program

Tiangong-1,modul stesen angkasa China dilancarkan tepat jam 9.16pm Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan menggunakan roket pelancar Long March 2FT1.Ketinggian stesen angkasa Tiangong-1 di orbit kira-kira 350km dari permukaan bumi dan digunakan untuk memantau kawasan pertanian di China serta menjalankan eksperimen pertumbuhan kristal dalam keadaan graviti sifar.
Stesen angkasa Tiangong-1 mempunyai fasiliti dok pelbagai modul untuk melengkapkan stesen eksperimen angkasa berorbit rendah.Ini menjadikan China negara ketiga yang mengendalikan stesen angkasa.Tiangong-1 akan mengorbit bumi selama sebulan untuk menunggu ketibaan Shenzou-8,kapal angkasa tanpa pemandu.Kedua-duanya akan bercantum dan seterusnya diikuti Shenzou-9 dan Shenzou-10 yang dijangka membawa angkasawan wanita.Sekiranya kesemuanya berjalan lancar,China menjadi negara seterusnya yang berjaya menjalankan prosedur tersebut selepas Amerika Syarikat dan Russia.
Dengan ruang bekerja seluas 15 meter padu untuk dua hingga tiga angkasawan,stesen angkasa seberat 8.5 tan yang diberi gelaran 'Heavenly Palace' akan berada di orbit selama dua tahun sebelum beberapa lagi modul eksperimen akan dilancarkan.



Stesen angkasa sebenar akan mula dilancarkan dalam tiga bahagian antara tahun 2020-2022.Bagaimana dengan negara kita?Adakah tahun 2020 kita masih bergelut dengan masalah politik yang serupa kartun Nickelodeon,isu bahasa kebangsaan,masalah kelajuan internet dan sebagainya?

Khamis, 29 September 2011

Lamborghini Aventador LP 700;Model Skala 1:8 Termahal Di Dunia

Amazing but pointless at the same time.Apa yang anda akan lihat ialah model skala 1:8 Lamborghini Aventador LP 700-4,iaitu model skala yang termahal didunia.Pembuatnya Robert Gulpin Engineering menggunakan bahan carbon fiber yang disulam dengan benang emas berukuran setebal 1/1000mm.Rim,kokpit,seat dan steering dihasilkan menggunakan emas padu dan juga platinum,dihiasi dengan permata.
Segalanya dibuat dengan begitu teliti termasuklah bahagian enjin.Model ini dilengkapi dengan enjin kedua dan logo Lamborghini berasingan yang mempamerkan seni ketukangan tertinggi.
Harganya?
Harga permulaan bidaan Disember nanti ialah $4.65 juta (RM14,494,050.00).Kalau tak sabar menunggu Disember,boleh terus bayar $6 juta (RM18,702,000.00).See..Berapa banyak sifar kat situ.Dari sudut kesenian,memang model skala Aventador ni superb.Dari segi harga,merepek habisss...Lebih 7 kali ganda harga Aventador yang sebenar,pengilang duit sahaja yang sudi melabur untuk beli model skala ni.Enjoice!


*Image & News www.caradvice.com.au

Tacra DIY;Blog Macam Ni La Aku Suka

Semalam aku terpaksa Googlekan solution untuk masalah brek caliper kereta aku yang bergegar.Kereta aku dibeli baru,lepas pakai dua tahun lebih,aku perasan satu bunyi aneh yang tak sepatutnya ada pada kereta baru.Bila lalu jalan yang agak kasar,bunyi gegaran sangat ketara.
Asalnya aku jangkakan sebab hood depan yang dah aku renggangkan sikit sejak dari hari pertama aku beli.Bila brek ditekan sikit,bunyi tu hilang.Satu hari aku buka tayar depan dan aku goyang-goyangkan caliper,terasa agak kurang fit.Mungkin itulah puncanya.
Masalah ni aku ajukan ke member baik aku yang jugak pekerja Perodua.Dah dekat sembilan tahun rasanya dia berkhidmat dengan Perodua.katanya masalah tu memang biasa jadi.Suggestion dia,bawa kereta ke SC dan diorang akan replace dengan unit baru.Masalahnya schedule service aku dengan Perodua SC tak complete.Dah agak lama aku buat servis sendiri.Mana la tau diorang mintak payment,yelah bila dah tampered warranty diorang void terus.
Jalan alternatif,kenalpasti masalah dan cari penyelesaian.

Terjumpa pulak dengan blog http://tacra.blogspot.com .Actually entri untuk masalah caliper Myvi ni sebenarnya tutorial brader ni tentang penukaran brake pad.Tapi dalam ruangan komen ada diberi solution untuk masalah caliper bergegar.
Memang best baca blog brader ni.Apa jugak projek DIY kereta,akan dia muatkan walau yang simple sekalipun.Keep it up bro!
Tengok enjin Mivec kereta Wira dia,memang kemas.Dulu aku pun stadi konon-konon nak jadi pomen,tapi masuk bab wiring,terus bebal.Best jugak jadi pomen,tapi yang tak bestnya Sabtu kerja full day,huhu!Aku ada perancangan untuk buka garaj,tapi bukan untuk berniaga.Just untuk suka-suka,buat DIY.Ada welding set(gas & arka),kompressor,set tool Snap-On(pehh!),chainblock dll...
Seronok baii!Kat kilang aku ni ada kompressor piston kecik yang dah tak pakai sebab ganti dengan screw type.Aku ingat nak beli la,banyak guna gak.Buat painting job pun boleh.Tapi satu je,untuk garaj macam ni,untuk suka-suka boleh la.Aku tak minat kejar masa,nanti kerja cincai.
Ok la,banyak lagi entri brader tu yang aku belum baca,sambung stadi dulu.Ciao!

Arsenal 2-1 Olympiakos,Match 2 Group F Champion League 2011


Jam 2.45 pagi tadi berlangsung perlawanan kedua peringkat kumpulan Champion League antara Arsenal dan Olympiakos di Stadium Emirates berkesudahan 2-1.Arsenal berada di tangga kedua dalam kumpulan F dengan empat mata selepas dua perlawanan.
Gol pertama Arsenal dijaringkan oleh Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-8 permainan dan pemain pertahanan Andre Santos menambah jaringan pada minit ke-20.Tujuh minit kemudian David Fuster menanduk masuk menewaskan Sczesny untuk gol Olympiakos.
Keadaan tidak berubah sehingga tamat separuh masa pertama.Di separuh masa kedua,tiada gol dihasilkan.Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu pendahulu kumpulan F,Marseille pada 19 Oktober 2011 di Stadium Stade Velodrome.

Rabu, 28 September 2011

Rumah Papan Expanded Polystyrene

Aku pernah terbaca kat satu forum tentang sebuah jambatan kat Melaka yang menggunakan polystyrene sebagai salah satu material pembinaan.Kecoh jugak la isu tu,ramai yang komplen pasal harga mahal(7 juta kalau tak salah),dan penggunaan polystyrene sebagai material yang kelihatan sangat 'aneh' dimata rakyat Malaysia.Agak banyak pertikaian terutamanya dari segi kekuatan polystyrene sebagai bahan binaan.
Apa sebenarnya polystyrene dan setakat mana penggunaannya selain dari bekas pembungkus maggi goreng mamak?
Salah satu jenama pengeluar insulator,PolarGuard
Polystyrene atau nama sebenarnya EPS,singkatan untuk perkataan Expanded Polystyrene ialah bijian polystrene yang dipanaskan menggunakan stim atau udara panas.Beberapa kaedah digunakan pengeluar untuk mengawal kepadatan dan ketumpatan EPS untuk tugas tertentu.
Kebiasaannya EPS digunakan sebagai bekas makanan atau minuman,soundproofing,dan dalam pembungkusan barangan.Disebabkan ciri-ciri EPS yang tahan lasak,ringan,perintang haba yang baik,kos rendah,dan boleh dikitar semula,penggunaannya menjangkau sehingga ke bidang pembinaan.Di US,adalah normal penggunaan EPS sebagai foundation untuk lebuhraya terutama di kawasan yang tanahnya kurang padat.Lapisan EPS akan disusun kemudian ditutup dengan lapisan getah diikuti selapis tanah dan terakhir barulah turapan bitumen dilakukan.
Antara kegunaan lain EPS yang juga popular adalah sebagai penebat haba untuk rumah-rumah.Di negara empat musim,penebat haba penting untuk mengharungi musim sejuk.Nilai R,iaitu rintangan haba/unit luas yang tinggi menjadikan ianya penebat haba yang baik,samada untuk mengekalkan suhu hangat dalam kediaman ketika musim sejuk,atau menahan haba luar ketika musim panas.Penggunaan pemanas elektrik atau penghawa dingin dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan elektrik.
Semakin tinggi nilai R,semakin baik kadar kerintangan haba dan ianya bergantung kepada ketumpatan dan ketebalan  EPS.Contohnya cuaca Malaysia yang panas lembab,penggunaan EPS boleh dipraktikkan dalam pembinaan rumah-rumah kampung.Dinding papan dilapisi dengan kepingan EPS sebelum ditutup dengan kepingan plywood untuk kemasan bahagian dalam rumah.
So,lepas ni jangan terkejut kalau terjumpa polysyrene kat mana-mana tapak pembinaan.Benda ni akan bertambah meluas penggunaannya.Katakan satu hari nanti korang beli rumah,mungkin ada terdapat beberapa bahagian yang menggunakan EPS.Jangan mangkuk jamban pun guna EPS dah la.


Selasa, 27 September 2011

Besi Buruk Angkasa

Selepas 20 tahun berkhidmat,satelit UARS jatuh kebumi dan sebahagiannya terbakar ketika merempuh atmosfera serta saki-bakinya dipercayai tenggelam di lautan Pasifik.
UARS seberat enam tan dan dilancarkan menggunakan shuttle Discovery pada 1991.Ia menghantar data dari saat itu hinggalah dimatikan pada 2005.Bahagian satelit yang dijangka terselamat melepasi atmosfera bumi adalah dalam anggaran seberat 140kg.
NASA memberi amaran kepada sesiapa yang menjumpai objek-objek dari serpihan satelit supaya tidak menyentuhnya kerana risiko cedera.(??)Yang agak lucunya,NASA turut memberi amaran kepada orang ramai melalui Twitter supaya mengembalikan cebisan satelit UARS kepada pihak NASA.
Kerana menurut NASA,cebisan satelit UARS adalah hakmilik negara yang membuatnya(US).Apapun aku suspek diorang tak mau benda tu dijual ke negara China atau Korea Utara agaknya.

Apa itu Space Junk?
Sejak Soviet melancarkan Sputnik One ke angkasa 53 tahun dulu,dianggarkan manusia telah melancarkan berjuta-juta objek ke angkasa.Dijangkakan terdapat 370,000 objek terapung di orbit bumi antaranya serpihan satelit,roket lama dan serpihan misil.
Serpihan dari angkasa yang ditemui di Queensland,Australia
Tangki bahanapi utama Delta 2 yang jatuh di  Georgetown Texas pada 22 Januari 1997
Kapsul kapal angkasa Genesis  yang terhempas di padang pasir Utah pada  September 2004
Bebola besi yang jatuh pada April 2000 disebuah ladang berhampiran Worchester,150km dari Cape Town Afrika Selatan
*Beberapa gambar dari hipstersgonnahip ,dan Google

Isnin, 26 September 2011

Cara Nak Mati Yang Awesome

Bangang atau gila?Korang tengok la sampai habis...

'

sumber www.autoblog.com

Arsene Wenger Ada Senyum Sikit



Arsenal kembali ke landasan asal selepas dikecewakan 4-3 ditangan Blackburn minggu lepas.Minggu ni Arsenal melayan kunjungan Bolton Wanderers di Stadium Emirates yang berkesudahan 3-0.
Pada separuh masa pertama masing-masing terikat tanpa sebarang gol.Seawal 39 saat selepas separuh masa kedua bermula,Robin Van Persie menceriakan peminat Arsenal dengan golnya dari sudut sukar.
Gol kedua Van Persie dijaringkan selepas menguis hantaran lintang Theo Walcott didepan gawang Bolton iaitu gol yang ke-100 untuk pasukan Arsenal.Beberapa percubaan leret yang tepat ke pintu gol Bolton berjaya diselamatkan oleh Jaaskelainen.Gol ketiga Arsenal dijaringkan oleh Alex Song beberapa minit sebelum masa permainan tamat.
Arsenal menurunkan Czeszny,Bacary Sagna,Koscielny,Kieran Gibbs,Per Mertesacker,Aaron Ramsey,Alex Song,Mikel Arteta(Rosicky,81),Gervinho(Chamakh,85),Theo Walcott,dan Robin Van Persie(Arshavin,78).

Jangan Terbabas Dalam Perbelanjaan



Sementara aku tunggu mamak siapkan milo ais bungkus aku,aku ternampak paper The Star atas meja makan;headernya menarik perhatian aku.Akhbar The Star bertarikh 22 September 2011 dengan artikel muka hadapan bertajuk 'We Overspend'.

"On average,41 are declared bankrupt every day,mostly due to credit card debts,while every weekend,about five million throng the 300-odd shopping complexes in the country."

"many of those declared bankrupt due to credit card debts were below 40 years old."

Perkara ni sebenarnya jauh lebih serius dari masalah politik yang kebanyakan dari kita runsingkan.Aku rasa kebanyakan graduan yang baru bekerja ada kad hutang.Kelayakan untuk mempunyai kad kredit pun sangat mudah.Kalau kita tak apply pun,institusi kewangan yang offer.
Aku memang selalu mengelak bila terserempak dengan salesman kad kredit ni.Malas aku nak layan.Ditakdirkan satu hari aku berurusan dengan sebuah institusi kewangan yang juga pemilik satu jenama pusat beli-belah terkemuka kat Malaysia ni.
Diorang offer aku dengan kemudahan kad kredit diorang dimana yuran tahunan kad kredit tak perlu aku bayar asalkan aku berbelanja guna kad kredit diorang.Aku cuma setuju je untuk cuba apply memandangkan semua diorang uruskan based on personal detail aku yang diorang ada.Tak lama,dalam dua tiga hari je permohonan aku lulus.
Sebelum ni pernah jugak satu bank pembiaya pinjaman kereta aku offer benda yang sama.Tapi requirement dia ketat sikit,so permohonan tu tak lulus.
Berbalik kepada kisah permohonan kad kredit aku yang dah lulus tadi;aku diminta mengambil kadnya di cawangan institusi kewangan tu yang terletak di Bandar Baru Klang.Aku ni jenis malas nak turun Klang,rasa semak je pegi sana.Redah pulak dengan motor,panas beb.Nak driving,takut jem.Aku memang rimas dengan dua benda ni,cuaca panas,jalan jem.
Sudahnya sampai sekarang aku tak tuntut kad tu.Lantaklah,aku tak minat sangat.Bukan apa,aku sedar gaji aku kecik.Dapat bayar hutang-hutang,bil dan sewa rumah pun dah alhamdulillah.Nak tambah lagi beban kad kredit,no way man!
Bebaru ni member baik aku cerita tentang ekonomi rumahtangga dia.Gaji dia lebih kurang aku je aku rasa,isteri dia cikgu.Dia baru je beli rumah teres sebagai pelaburan dan jugak aset.Dengan anak tiga orang yang masih kecik,keadaan kewangannya agak stabil.Nak kata mewah tu takla,cuma memadai nak hidup kat bandar ni.

Suatu Ketika Dulu
Beberapa bulan lepas aku dengan member-member sedepartment teruja dengan pakej HD Astro.Aku yang memang dah ada TV LCD sejak bujang terus je upgrade ke HD.Bila datang kerja selalu la racun diorang suruh ambik TV HD.'Terbontang bijik mato!'Tu la ayat power aku bila cerita pasal HD,haha!
Salah sorang member sekerja aku pun ikut sama beli TV baru,tapi dia amik Samsung plasma 42 inci.TV plasma sekarang dah murah,kalau tak silap aku dia beli dengan harga 1.6k.Dah jadi dua orang tukang racun,kalau takat racun sikit-sikit takpe,kitorang ni racun RoundUp.
Member yang anak tiga tadi pun pelan-pelan kumpul duit.Satu hari aku nampak duit 2k berikat getah dalam loker dia.Aku ajak la dia pegi kedai elektrik,sambar Full HD terusss...Dia cakap nak kumpul sikit lagi,nak amik LED.

Present Time
Masa dia cerita pasal ekonomi rumahtangga dia,dia cerita pasal TV.Rupanya dia dah sambar Samsung LED SmartTV 46 inci.Siap free dongle apakebendatah.Dia suruh aku teka berapa harga.Aku jawab la mau 7k jugak.Ternyata tekaan aku hampir tepat,harganya melebihi 6.5k.

'Gila banyak duit hang!'

Korang boleh teka apa skrip member aku.Ternyata kad kredit punya penangan.Laju je swipe.Memula member aku keberatan jugak,tapi dia kalah dengan hujah orang rumahnya.Member aku sedikit ralat dengan keputusan tu,tapi apa nak buat.Benda dah duduk kat rak TV rumah dia.Cuma dia cakap dia kena hati-hati la jangan terbabas dalam perbelanjaan.Satu yang merisaukan dia,dia takut tiba-tiba jatuh sakit atau tak mampu bekerja,siapa nak bayar semua tu?
Bila dengar cerita dia,aku bersyukur sebab tak ambik kad kredit aku.Aku yakin kelemahan aku ialah boros,tapi mujur aku jenis penyabar sikit.Tak dapat benda yang aku nak takpe lagi,asalkan aku tak susah kemudian hari.Kalau ikut nafsu serakah aku,mau aku swipe sambar Advan RGD 17",PS3,DSLR...ahhh!banyak la bendanya kalau dah kad kredit dalam tangan.Aku teringat kata-kata aluan pengarang dalam majalah permotoran Bahasa Melayu otai kat Malaysia,KERETA.Katanya pelan-pelan kayuh...Jangan ikut orang.Aku suka baca majalah ni.Aku baca sejak aku tingkatan empat,keluaran pertamanya cover Proton Putra kaler oren pearl,Rashid Sidek punya.Tak macam satu lagi majalah tu,kuat kencing.Honda EK top speed 400km/j,tapi pakai brek drum.Macamana tah dia ukur top speed EK tu,dia ingat semua reader majalah dia bangang ke hapa.

Jumaat, 23 September 2011

Diesel RC Car;Biaq Betoi!


Biar betik Harian Metro ni.RC Car pakai diesel fuel???Nampak macam pakai bateri je?

Memula aku suspek wartawan masih stim kuih tat nenas,so aku Googlekan tentang RC car pakai enjin bahanapi diesel.Sebab tak pernah pulak aku dengar RC engine pakai diesel,biasanya nitro fuel atau bateri Li-Po je.
Pertamanya sebab bahanapi diesel ni biasanya terbakar melalui proses mampatan.Peringkat awal masa enjin sejuk memang ada gunakan heater untuk memanaskan udara.Tapi untuk enjin diesel komersial lah.Enjin RC tak tau la ada heater ke tak.
Kedua,nisbah mampatan enjin diesel biasanya tinggi.Kalau enjin petrol biasanya paling tinggi pun 10:1.Enjin diesel boleh sampai 20:1.So,material blok dan head biasanya memang tahan pressure tinggi tak macam enjin petrol.Mostly blok cast iron.
Diesel masuk kedalam ruang pembakaran dalam bentuk kabus halus selepas melalui fuel distributor pump;maknanya diesel bertekanan tinggi akan dipancitkan kedalam combustion chamber.Aku tak ingat berapa bar,dulu masa aku stadi Automotif  Diesel ada buat eksperimen tuning injector diesel.

Yang aku musykil sekarang ni bila aku Google,wujud rupanya Diesel RC engine.


Tapi tak ada pulak spec untuk aku siasat.Musykil betul gua...takkan diesel pakai karburetor kot?Fuel pipe pun pakai tiub getah je?Arghhhhh!!!!

Rabu, 21 September 2011

Kereta di Jepun Murah Tapi...

Jepun,negara yang merupakan heaven untuk pencinta automotif.Macam-macam variasi JDM dan jugak lambakan aksesori aftermarket.Perkara paling asas dan jugak yang terpenting,harga kereta kat sana sangat murah!


Sebagai contoh,Mitsubishi Evolution 8 CT9A tahun 2003 dengan mileage 60k dijual dengan harga 2,145,000 yen/RM85,800 berbanding dengan sebuah Evo 8 tahun 2003 di Malaysia yang juga mileagenya 60k dijual dalam www.carlist.com dengan harga RM138k!Boleh dapat bawah 100k,tapi sendiri pikir la beb.Mau dah lunyai enjin kereta tu dikerjakan owner asal.
Itu Evo,kalau kereta-kereta NA prestasi tinggi aku rasa 20-30 riban dah boleh dapat.

Tapi...

Harga kereta murah di Jepun diimbangi dengan macam-macam cukai dan kos tahunan yang boleh tahan sembelih owner jugak.Lebih kurang macam kat Indonesia la.Harga kereta murah,tapi kalau beli cash.Buat loan alamatnya macam berhutang dengan along.
Bukan calang-calang gaji kalau nak pakai kereta kat Jepun.Sebab tu sistem pengangkutan awam diorang mendapat sambutan.Meh tengok kos-kos ownership kereta di Jepun.

White plate:kereta midsize/sedan
Yellow plate:kereta kecil

Petrol (seliter)110 yen/RM4.88

Shaken inspection (setiap 2 tahun)
-white plate=120,000 yen keatas/RM4800
-yellow plate=70,000 -120,000 yen/RM2800-RM4800
Weight tax 50,000-75,000 yen/RM2000-RM3000

Insuran Wajib
white plate=30,000/RM1200
yellow plate=20,000/RM800
Insurans Tambahan = 40,000-70000 yen/RM1600-RM2800

Automobile Tax
white plate=30,000-50000 yen/RM1200-RM2000
yellow plate=5000-20000 yen/RM200-RM800

Kos Semasa
Toll 98sen/km untuk kereta penumpang
Parking space rate purata 20,000 yen/RM800 sebulan!
Satu jam=100-500 yen/RM4-RM20
*Sumber www.supermelf.com/japan

Amacam?'Murah' tak?

Oppss!masih ada satu perkara penting.Biasanya orang akan fikir Jepun negara maju,mana boleh compare dengan Malaysia.Kerat kereta pastu bagi kita recycle buat rempit Saturday Fever.Ok kejap,dibawah ni ialah purata gaji sebulan pekerja-pekerja di Jepun.

Engineer = 335,000 yen/RM13,400
Mekanik = 242,000 yen/RM9,680
Nurse = 248,000 yen/RM9,920
Cashier = 168,000 yen/RM6,720

Bagi empat contoh dah cukup.Secukup indah bila melihat kombinasi angka diatas dalam bentuk RM.Jadi cashier pun gaji dah macam senior engineer kat sini.Yaa...memang besaq gaji depa.Living cost di Jepun adalah yang tertinggi di dunia.Padan la dengan purata pendapatan isi rumah setahun 5,475,000 yen/RM219,000.Tu belum termasuk wang perlindungan untuk Yakuza lagi,haha!

Selasa, 20 September 2011

Peserta Triathlon Unik;Evolta!

Hawaii Ironman Triathlon ialah perlumbaan sejauh 224.64km meliputi 3.84km renang,179.2km berbasikal dan 41.6km larian.Acara yang berlangsung 24 Oktober nanti akan disertai satu peserta istimewa,Evolta!




Walaupun bersaiz 1/10 manusia dewasa,Evolta telahpun menamatkan perjalanan 500km dari Tokyo ke Kyoto dan memanjat 1700 kaki cenuram Grand Canyon.
Sebelum itu Evolta telah mengayuh miniatur tricycle dalam perlumbaan Le Mans 24hrs dimana ia telah mencatat rekod Guiness.Tiga set robot dengan tugas spesifik seperti larian,renang dan berbasikal dengan setiap unit dikuasakan tiga unit bateri rechargeable Panasonic Evolta.
Evolta perlu menamatkan Hawaii Ironman Triathlon dalam masa 168 jam.Pada asalnya penciptanya Tomotaka Takahashi menciptanya untuk promosi bateri Panasonic AA Evolta.Evolta Triathlon menggunakan bateri AA Evolta yang boleh dicas semula sebanyak 1800 kali.


China Zun;Pencakar Langit Beijing

Upacara pecah tanah untuk memulakan projek pencakar langit Beijing telah berlangsung menandakan projek telah bermula.China akan memiliki bangunan pencakar langit setinggi 510 meter dalam masa 5 tahun lagi.
Bangunan yang diberi nama China Zun direkabentuk berdasarkan rupa 'zun' iaitu wine vessel dan akan mempunyai sebanyak 108 tingkat.
Aku pun tak tau menatang apa wine vessel tu.Agaknya bekas simpan arak kot.Tingkat atas dijadikan kafe dan platform tinjauan panorama CBD(central bussiness district) yang manjang nampak blur je sebab jerebu.
Projek pembinaan dimenangi oleh syarikat pembinaan CITIC Group.Termasuk dalam projek pembinaan ialah 2.5km jaringan jalanraya bawah anah untuk mengurangkan kesesakan trafik.



*sumber chinadaily

Apa Lagi Yang Tak Kena Dengan Arsenal...

Fan yang tengok game Arsenal Sabtu lepas sure menyumpah seranah dan geleng kepala sambil ratah saki-baki biskut raya.Gila ke hape sampai dua bijik own goal.Kesudahannya Blackburn menang 4-3.Dua perkara serius yang menyebabkan Arsenal terjunam ke kelompok bawah liga;pertamanya taktikal serangan yang 'perlahan' temponya dan yang kedua pertahanan yang fail.Fan Liverpool jangan gelak,team korang pun sama lemau.4-0 kena titik dengan Tottenham.

DailyMail
Nampaknya musim ni dua team otai tak menjadi.Tiada lagi istilah kekalahan lepas ni kalau masih bercita-cita nak jadi juara Liga.Dua pasukan lain yang masih berada atas landasan ialah Manchester United(gua cukup benci tengok team ni,tapi main cantik),dan Manchester City.

Team MU best,seimbang dari segi serangan dan pertahanan,cuma tak boleh blah dia punya fan.Terutamanya kat Malaysia.Budak-budak perempuan tak habis sekolah pun suka MU."Saya minat Cristiano Ronaldo,dia hensem"...jadah apa Ronaldo main dengan MU lagi.

Bila gua perhatikan cara Manchester United main,gua selalu perhatikan berapa ramai pemain dia berada depan gol lawan bila dalam posisi menyerang.Sekurang-kurangnya 5-6 pemain beb.Sangat mencukupi untuk 'menyapu' bola hantaran lintang atau bola yang terlepas dari pegangan penjaga gol.Pemain pertahanan still in position in case kalau kena counter attack.
Ditambah lagi dengan kepantasan trio Rooney,Chicarito dan Nani,segalanya kelihatan lancar untuk Manchester United menjulang Piala Liga musim ni.Berat jari gua nak taip macam ni,tapi gua ikhlas cakap.Gua rasa MU hardcore jangan harap nak puji pihak lawan.
News terbaru yang gua baca dalam SuratHarian (DailyMail),tok Wenger sedang mencari defensive coach untuk melatih pemain pertahanan yang setakat ni masih FAIL walaupun season ni dah membeli Per Mertesacker dan Andre Santos.
Dua perkara yang gua highlight awal-awal tadi kalau dapat diatasi,segalanya akan back on track.Gua sampai terpikir nak email Arsene Wenger semalam,hahah!

Isnin, 19 September 2011

1.5 SE,1.5 Extreme?Poketmu Tentukan!

Inilah dia spesifikasi Myvi 1.5 liter yang baru dilancarkan.Terdapat dua varian lagi iaitu 1.5l SE dan juga 1.5l Extreme dengan tambahan bodykit yang agresif.

Enjin : 3SZ-VE DOHC 16 injap dengan DVVT
Sesaran (c.c) : 1495
Silinder : 4
Nisbah mampatan : 10.0 : 1
Kuasa : 76kW/103hp@6000rpm
Tork : 136Nm@4400rpm
Kapasiti tangki bahanapi : 40 liter


Enjinnya sama dengan model Alza dan Toyota bB.Dari segi gantungan masih lagi menggunakan MacPherson dibahagian hadapan dan torsion beam untuk bahagian belakang yang pastinya bukan untuk membelasah selekoh-selekoh tajam dikampung.Juga seat direka semula dengan rekabentuk semi-bucket.
Bagi model Extreme,material untuk seat ialah kulit beserta stereng bersalut kulit dengan butang kawalan audio.Berdasarkan ujipandu Danny Tan dalam paultan.org(read here ),pecutan 0-100kmh adalah 9.98saat.

Harga:
1.5 liter Extreme =bermula dari RM58,200 dengan tiga warna pilihan
*Download brochure here
1.5 liter SE =bermula dari RM50,900 dengan 5 warna pilihan
*Download brochure here

Gua ada baca satu forum pasal Myvi.Bebaru ni ada keluar dalam paper pasal Ops Sikap tentang kamera speedtrap tangkap Mercedez 200kmj,BMW240 kmj dan tak lupa Myvi 180kmj.Ramai yang bagi pendapat,ramai driver Myvi drive kereta macam setan.Apatah lagi lepas keluar model 1.5 ni.
Bagi gua,ni pendapat minda tersumbat.Kamon la beb,driver yang bawak kereta reckless ni tak kira model kereta.Kekadang gua pun bawak laju,tapi sangat-sangat jarang.
Gua nak buat gila kat kampung gua,main jalan selekoh.Tapi laju mana je boleh blah,still beringat lagi.Gua pun sedar,kereta gua bukan lahir sebagai kereta sukan.Tapi ada kebaikannya,antaranya buat gua ingat dan sayangkan nyawa gua.Gua perah takat yang mampu je.
Jangan salahkan kereta,siapa yang memandu tu yang penting.Papepun model baru ni best.Pedulik la geng Proton hardcore nak cakap apa.Mahal?Yes!Loan 9 tahun kan adaaaa.....

Ferrari Putus Dua

Kan gua dah sebut tadi,driver menyetan bukan takat Myvi je.Kalau dah duduk kat dalam Ferrari,mana tak menyetan.Tapi bukan kat Malaysia la.



Ferrari 350 M ni putus dua selepas melanggar tiang elektrik dan terjunam 30 kaki kedalam cerun.Pemandunya cedera parah dan penumpang disahkan maut ditempat kejadian.
Kejadian berlaku di Pacific Coast Highway,Los Angeles.

Rabu, 14 September 2011

Jadual Perlawanan EPL Minggu 5 2011/2012

Kelab lain gua taknak cerita,gua tak minat.Lemau tak lemau,gua tetap dengan Arsenal.Fan Arsenal dapat tengok aksi pemain baru diturunkan walaupun sekadar menang 1-0 keatas kelab Swansea.Takpe,pelan-pelan kayuh,yang penting 3 point.Harap akan datang,keserasian akan menghasilkan gol-gol yang lebih banyak.Apa sudah jadi dengan Liverpool minggu lepas?Hehe!
Macamana dengan minggu ni?Sama-sama kita nonton donk!

Sabtu,17 Sept.2011

Arsenal vs. Blackburn
Time : 19.40pm
Channel : 812/832

Everton vs. Wigan
Time : 21.30pm
Channel : 817/831

Aston Villa vs. Newcastle
Time : 21.55pm
Channel : 812/832

Bolton vs. Norwich City
Time : 21.55pm
Channel : 813

Wolves vs. Queens Park Rangers
Time : 21.30pm (00.00am(D))
Channel : -Delayed to Sunday channel 812/832

Swansea vs. West Bromwich Albion
Time : 21.30pm (1.00am(D))
Channel : -Delayed to Sunday channel 813

Ahad,18 Sept.2011

Tottenham vs. Liverpool
Time : 20.25pm
Channel : 812/832

Fulham vs. Manchester City
Time : 21.55pm
Channel :813

Sunderland vs. Stoke
Time : 21.55pm (11.00am (D))
Channel : -Delayed to Monday channel 817/831

Manchester United vs. Chelsea
Time : 22.00pm
Channel : 817/831


Memo Untuk Orang Baru


Hello!

Kamu la yang buat mama kamu muntah-muntah(tapi makan tak berhenti!?),badan lemah asyik nak tidorrr je ya?Hehe!
Kadang-kadang mama kamu nak makan macam-macam + mahal,tapi muntah semula.Rugi tau?Mama kamu kata,kamu yang nak makan,tapi saya tau mama kamu cuma memberi alasan yang default supaya saya berusaha membelikan juga makanan tu.
Lepas print gambar scan kamu,mama kamu tiap-tiap malam tenung dan cium-cium gambar kamu lepas tu letak tepi bantal.Saya tanya mama kamu,kenapa gambarnya blur?Saya tak nampak kamu,saya nak gambar HD macam Discovery HD.
Kerana kamu mama kamu selalu cakap saya busuk,tapi bila tidur tetap dia peluk saya yang busuk ni,hehe!
Kerana kamu mama kamu selalu kena tinggal bila saya berjalan sebab mama kamu senang muntah,baru masuk kereta je dah muntah.Dia cakap bau rokok kuat,tapi dia lupa fragrance Ambi-Pur tu memang beraroma spices and tobacco.
Kerana kamu,saya akan memasak tiap petang lepas kerja sebab mama kamu letih.Belum besar lagi perutnya pun dah letih,tak taulah bila dah masuk bulan kelapan nanti.

Tapi tak apalah.Kami memang menantikan kamu hadir dalam hidup kami.Tak kisah kamu lelaki atau perempuan,asalkan kamu sihat sempurna...

Isnin, 12 September 2011

Perodua Myvi 1.5 Dilancarkan

15 September 2011 akan datang,Perodua akan melancarkan varian terbaru keluarga Myvi dengan kapasiti enjin 1.5 liter.Menurut Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh,terdapat banyak permintaan untuk Myvi yang lebih berkuasa.Varian 1.5cc ini ekslusif untuk pasaran tempatan.

Image from www.pandu.my 
Sehingga kini Myvi 'Lagi Best' 1.3 liter telah mencapai angka tempahan 34,000 unit dan 18,000 unit telah diterima pembeli.
Belum ada lagi data teknikal rasmi tentang varian Myvi 1.5,tetapi dijangkakan penjana kuasanya sama dengan    model Alza,sekitar 76kW@6000 rpm.Dianggarkan berharga RM56,000,tempahan mula dibuka pada 12 September 2011 dan boleh didapati di 178 showroom Perodua mulai 15 September 2011.

JalanRaya Ni Bapak Kau Punya


Pagi Sabtu lepas,tengah mood aku baik masa hantar wife aku pergi kerja,sekor mangkuk mana tah drive Saga BLM FL pekak  macam orang jakun.
Pagi tu aku lalu jalan lama dari Damansara ke Sg.Buloh.Standard la mood pagi-pagi Sabtu,buat apa nak rushing.Tiba-tiba aku perasan ada sebijik kereta Saga ni cucuk rapat kereta aku.Aku ni memang tak selesa orang follow aku rapat-rapat.
Apehal plak mangkuk sial ni menggelabah je drive pagi-pagi?Tau la kereta baru,WVK 1440.Haramjadah mana tah drive kereta ni.Ingat,jalanraya bukan bapak kau punya.
Belum hilang panas pasal driver Saga bangang tu,sekor lagi driver bangang aku jumpa kat area Batu Caves.Tengah sedap aku ikut flow lorong laju,dia bagi high beam Nissan XTrail dia suruh aku ketepi untuk dia lalu.What de fuck!Laju sangat ke kereta kau?
Celaka mangkuk sekor ni!Macam ni driver kat Malaysia yang kita harap dapat kurangkan angka kematian tahun depan?Mimpi la!

Jumaat, 9 September 2011

Jadual Perlawanan EPL Minggu 4 2011/2012

Last week aku tunggu kot-kot ada match,rupanya takde.Minggu ni kita tengok untung nasib Arsenal yang bertemu muka baru EPL musim ni,Swansea.

Sabtu,10 Sept.2011
Arsenal vs. Swansea City
Time : 1.00am (D)
Channel : 813/832

Everton vs. Aston Villa

Manchester City vs. Wigan
Time : 21.30pm
Channel : 817/831

Stoke City vs. Liverpool
Time : 21.55pm
Channel : 813

Sunderland vs. Chelsea
Time : 21.55pm
Channel : 812/832

Wolves vs. Tottenham
Time : 3.00am (D)
Channel : 817/831

Ahad,11 Sept. 2011
Bolton vs. Man.United
Time : 00.30am
Channel : 817/831

Norwich City vs. WBA
Time : 20.25pm
Channel : 812

Fulham vs. Blackburn
Time : 22.00pm
Channel : 817/831

Queens Park Rangers vs. Newcastle United
Time : 2.55am
Channel : 812/832

Angka Lawan Angka

2009 : 536,905 unit              Ops Sikap Raya: 248 maut
                                     vs
2010 605,156 unit              Ops Sikap Raya: 289 maut
*sumber MAA                              *sumber tv3.com.my 


Tiap tahun jualan kereta meningkat lebih dari setengah juta unit setiap tahun.Secara logik hukum alam,masuk akal tak jumlah kemalangan maut meningkat?Jumlah kereta bertambah,jumlah pemandu lalai,mengantuk,mat resing bebal pun meningkat sama.
Aku tengok dalam berita beberapa hari lepas,seorang professor bagi komen pasal Ops Sikap tahun ni.Dari angka kematian katanya Ops Sikap tahun ni gagal.Tapi dia sebagai seorang professor sepatutnya menganalisis dulu data peningkatan kuantiti kenderaan di Malaysia ni sebelum dipadankan dengan angka kematian yang meningkat.
Korang perati la sekeliling,mau ke teknik pemanduan rakyat Malaysia ni berubah.Potong queue tu aku rasa dah jadi habit pemandu Malaysia.Baru-baru ni aku ke Terengganu,banyak betul polis trafik.Aku rasa kalau kat Selangor ni banyak macam tu,selamat pengguna jalanraya.




Arsenal New 'Army'

Gua malu tahap longkang bila tengok Arsenal kena belasah 8-2 minggu lepas.Main bola jadah apa,tiga match cuma dapat collect 1 point.Tengok minggu ni pulak ape cerrrr dengan lima orang lagi pemain baru.

1.Yossi Benayoun yang dipinjamkan dari Chelsea.Player Israel ni dijangka dipinjam sehingga tamat season 2011/2012 ni.Berumur 31 tahun.

2.Per Mertesacker dibeli dari Werder Bremen dengan harga 11.3 juta Euro.Pemain pertahanan berpengalaman untuk menyeimbangkan kelab Arsenal yang 'remaja' ni.Berumur 26 tahun,boleh dikatakan senior dalam dunia bola sepak Inggeris.Biasanya player bola kat sana umur 16 dah masuk level professional.

3.Mikel Arteta,pemain tengah yang dibeli dari Everton dengan nilai 12 juta Euro.Pun level senior,berumur 29 tahun untuk menggantikan posisi yang dikosongkan Fabregas.Mengikut undian dalam laman web Barclays,Mikel berada di tempat pertama dalam undian 'Most Impact Deadline Signing'.

4.Andre Santos,pemain pertahanan Brazil yang dibeli dari Fenerbahce pada harga 7 juta Euro.Berumur 28 tahun untuk menguatkan pertahanan remaja Arsenal yang selama ni lemau.Paling lemau gua tengok Johan Djorou.Vermaelen main best,tapi selalu injured.Carl Jenkinson selalu sangat tinggalkan posisi dia,bila kena counter attack,lintang pukang berkejorrr turun bawah semula.


5.Park Chu Young,pemain Korea Selatan yang bermain untuk kelab Monaco,dibeli dengan yuran perpindahan 3.4 juta Euro.Umur dia nanti gua Google.



Setakat ni lapan muka baru dalam Arsenal termasuk tiga yang dah dibeli sebelum ni,Gervinho,Alex Oxlade Chamberlain dan jugak Carl Jenkinson.Marah memang la marah dengan Arsenal,nama pun fan.Arsene Wenger terlalu obses dengan player muda.Kali ni beliau berbelanja besar mengalahkan orang nak sambut raya.
Tak pernah la gua tengok dia beli player macam beli biskut raya.Pemilihan pemain pun lebih seimbang.Gua dah cakap,pemain otai kena ada,especially posisi pertahanan.

Geografi Nasional;Swamp Monsters

Entri sebelum ni aku ada mention pasal misi Swamp Monster tu.Ni lah gambar-gambar yang aku sempat tembak dengan kamera henpon aku.

Landasan kapal terbang baja yang dah lama tak digunakan.Terletak berdekatan simpang masuk ke Felda Lepar Utara 10.Jarang manusia nak masuk felda ni kecuali penghuni kat sini je.
Masa ni aku tengah tunggu sebijik EX5 yang pancit.Sebenarnya jalan ni boleh sampai ke Sri Jaya,Kuantan.Tapi pakai 4WD la lebih selesa.Naik motor pun boleh,tapi sakit pinggang ngan sesak nafas.Nak pulak musim kemarau,habuknya tak boleh tahan.
Perjalanan melalui jalan ladang sawit,jalan balak,kemudian masuk ke jalan estet Asia Palm Oil,Maran.Agak jauh kedalam lagi aku agak terkejut bila jumpa kompleks kilang pemprosesan sawit Carotino Sdn.Bhd.Apekehal buat kilang dalam area hulu banat ni?Dengan takde jalan raya bertar,selekoh tajam,macamana tanker bawa minyak sawit mentah keluar dari kilang?Nanti aku tanya mat Indon.

Cabaran yang biasa bila lalu jalan ladang.Kali ni tayar tertusuk duri pelepah sawit.Bukan sekadar duri je mampu memancitkan tayar,batu kerikil kat sini pun tajam.EX5 yang pancit kali kedua ni aku balutkan tiub baru dengan tiub lama,buat dua layer.Simpanan tiub cuma tinggal satu je lagi.Tawakkal sajalah.

Suda sampe pak!
Lebih kurang pukul 3.00pm baru sampai ke lokasi selepas beberapa kali salah jalan masuk.Bertolak dari rumah member aku(Bantan),jam 11.45am.Amacam?Kebas bontot jalan jauh macam ni dengan permukaan jalan yang bumpy.Habuk kat muka dah macam bedak SilkyGirl.
Selain tu,kulit aku rentung terbakar.Tak sangka panas cuacanya boleh membakar kulit dengan jangkamasa singkat.Lokasi spesifik tempat ni susah nak ditentukan.Lagipun kawasan ni berdekatan Paya Bungor,memang banyak tasik dan paya.
Mengikut koordinat Garmin GPS,lokasi ni berada lebih kurang 7-8 km dari Lebuhraya Pantai Timur.Kampung terdekat ialah Kampung Paya Rambutan.Spesifiknya adalah disini:

Lat: 3° 46' 15.8916"

Long: 102° 52' 57.057"
Semak samun hutan sekunder.Kawasan dah ditebang balaknya,semak macam ni memang cepat naik.Bulan Mei lepas adik aku datang tempat ni,kawasan ni clear lagi.

Nilah dia paya sasaran.Actually port memancing ni agak tersalah koordinat sikit.Di sebelah hujung nun kawasannya agak luas.Cuma siapa yang berani nak redah area ni.Mamat dalam Man vs.Wild tu boleh kot.Musim panas toman duduk tengah-tengah tasik.

Periuk kera yang bersepah kat tebing paya.Hutan banat macam ni je ada.Walaupun kampung aku agak jauh dari bandar,susah juga nak jumpa periuk kera ni.

Gua suspek ni kerja toman rempit remaja.Umpat keli besar sikit dari ibu jari gua ni cuma dibaham ekor.Bukan takde saiz monster,tapi yang besar-besar betis gua buat bodo je umpan lalu depan mata.

Riak anak ikan toman.Gua ada lukis anak panah,tapi apasal tak berapa nampak pulak ni....Adik gua tengah kacau kumpulan anak toman amik udara.Mak dia punyalah besar,tapi tak layan macam Tiz Zaqyah yang gua jumpa kat Burger King Damansara semalam.
Sebut pasal Tiz Zaqyah,gua ingat dia tinggi,rupanya saiz petite je.Patut la Remy Ishak nampak tinggi.Gua saspek badan Remy Ishak sama tough macam gua jugak.

Memula usya dulu pastu...
Berendamlahhh!Lagi mau tunggu kaa?

Umpan keli 16 ekor tak cukup menaikkan barang seekor dua toman.On da way balik kitorang singgah ke Sungai Berakit.Gua tak pasti nama sungai ni nama rasmi atau adik gua memandai letak nama.Cuaca panas berbahang buat kitorang terlentang kat sungai cetek ni.
Sedang gua rilek-rilek sejukkan badan tetiba gua nampak satu benda hanyut yang agak menarik perhatian....Laaaa...sebijik rapala gemuk rupanya.Matakailnya dah takde.

Ni satu lagi kawasan yang agak 'misteri' bagi gua.Apekejadah diorang buat dalam hutan tebal ni.Member-member gua cakap ni lombong emas.Tapi taktau syarikat apa yang run operasi perlombongan ni.Ada satu simpang lagi menghala ke Mineral Mine apa tah.Mineral apa gamaknya diorang lombong tu.Air mineral??Menurut maklumat dari Google yang sempat gua buat research kejap tadi,site ni adalah sebuah lombong tembaga bernama Mengapor Copper Mine.

Lain kali gua repeat lagi port ni dengan keli 50 ekor pulak.

Rangkuman Episod Raya

Assalamualaikum..


Macamana raya tahun ni?Masihkah berbaki duit gaji sementara menunggu gaji akan datang?Hehe...raya kena sederhana beb,nak pulak dah berumahtangga.Lebih spesifiknya pasangan yang bergaji sederhana macam aku ni.Raya tahun ni aku tak beli baju baru pun.Ulang tayang baju kenduri kahwin aku je.
Yang penting dapat hulurkan duit raya untuk mak dan bapa mertua,termasuk juga mak aku.Tak ketinggalan adik beradik ipar dan dik beradik sendiri.Lega anak buah tak ramai...


PENGHUJUNG RAMADAN
Yaa...sepanjang perjalanan balik agak melegakan sebab Lebuhraya Karak tak jem.Sebelum balik shopping barang-barang dapur untuk mak aku dan tak lupa wife aku sempat borong ayam 5 ekor,daging 4 kilo dengan harga subsidi kerajaan 1 Malaysia.

Sempat la juga aku merasa berpuasa dan terawih dua hari kat kampung.Aktiviti hujung puasa biasalah,anyam sarung ketupat.Itupun kena 'pau' dengan kengkawan mak aku yang jugak pelanggan tetap 'Rodziah Bakery'.Teringin agaknya nak makan ketupat daun kelapa,nak anyam sendiri leceh kena panjat pokok kelapa.Setel anyam ketupat,buat sate.Tahun ni tak banyak macam sebelum ni.Cuma untuk keluarga sendiri,bukan untuk hidangan tetamu.Tahun lepas aku panas hati buat sate banyak-banyak ni.Orang datang rumah aku sebab nak mencekik sate,bukan nak berziarah.
Hujung-hujung puasa ni jugak ramai tetamu datang,terutamanya yang menempah kuih raya dan kek dari mak aku.Dapat la mak aku buat belanja untuk tambah duit sarahidup lepas pokok sawit dah kena tebang ni.


AIDILFITRI
Lepas solat sunat hari raya dan ziarah kubur arwah bapak aku,aku melepak je kat rumah.Petang baru merayap sikit.Nak berjalan banyak rumah pun member sebaya kebanyakannya dah beranak-pinak.Balik rumah mertua agaknya.Malam hari barulah ikut mak aku berziarah kerumah saudara-mara sekampung.Petang raya kedua,aku beraya di Jerantut Feri,rumah nenek wife aku.Kebetulan keluarga mertua aku dah nak balik Gombak lepas Maghrib,tumpangkan wife aku sekali.Sebabnya cuti aku masih panjang dan aku ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.


'SWAMP MONSTER'
Hari raya ketiga,satu trip memburu toman diatur.Dah plan baik-baik sejak raya pertama,suka-suka hati je adik aku(trip leader) cancelkan.Mana boleh jadi,aku pun nak try jugak layan toman.Enam motorsikal dengan RON95 penuh setangki,umpan keli hidup,pancing entah berapa batang,kitorang meredah perjalanan dalam cuaca panas dan berdebu dari jam 11.45am sampai 3.00pm.Punyalah jauh,lepas ladang sawit,jalan balak,ladang sawit lagi.Kesimpulannya misi gagal sebabnya tak cukup umpan dan tomannya sombong tapi cerdik.Untuk bab Swamp Monster ni aku akan buat satu entri lain untuk penceritaan yang lebih mengesankan.
Makin berupa artikel majalah pancing plak tulisan aku ni,ceh!


JOURNEY TO EAST COAST
Betul ke tajuk aku tulis ni?Lantaklah.

Selasa:6hb September 2011
Lokasi:Universiti Malaysia Terengganu
Jarak: 431km

Tugasan seterusnya sebagai seorang anak lelaki sulung dan juga abang yang bertanggungjawab,menghantar adik aku mendaftar ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT).Garmin-Asus M10 yang mencari 'shortest route' pun hanya mampu menunjukkan jarak sejauh 431km dari Felda Lepar Utara 3 ke UMT.
Bertolak jam 7.45am melalui gugusan Jengka,Lebuhraya Pantai Timur sampai ke exit Jabor,itu cuma setengah perjalanan sahaja.Seterusnya melalui Cheneh,Jerangau,Bukit Besi dan beberapa tempat lagi yang aku dah lupa namanya.Sampai ke lokasi jam 12.30pm.Barai.
Selesai urusan,aku bertolak balik jam 5.00pm dari masjid UNISZA(dulu KUSZA).GPS aku setkan menghala ke Kemaman.Malas aku nak redah jalan Jerangau-Jabor petang-petang hari.Konon-konon nak enjoy view perkampungan pesisir pantai dari Kuala Terengganu sampai Kemaman sambil makan sate ikan.
Jarak Kuala Terengganu-Kemaman lebih kurang 113km memakan masa 3 jam!Pukul 8.00pm baru sampai Kemaman.Jalan kecik,banyak double-line,trafiic light pun boleh tahan...Pehhhh!!!Barai for a 2nd time.Masuk negeri Pahang aku dah sedikit lega,dalam palotak aku nak masuk highway LPT cepat-cepat,pastu cari nasik kat Hentian Gambang.Berkat doa mak aku yang sepanjang jalan dia terkumat-kamit baca,akhirnya selamat sampai ke kampung aku jam 11.00pm.Amacam?
Keseluruhan perjalanan aku rasa 1000km jugak.Total fuel cost=RM80 dengan enjin K3-VE,kalau kereta resing,darab tiga.Tu pun ada mamat Sabah nak kencing aku dari Damansara Damai-Kerteh Terengganu dua jam setengah je.Dia ingat aku orang Mozambique ke,tak tau jarak KL-Terengganu.


RUMAH YANG SUNYI
Adik-beradik aku ramai,lapan orang.Campur mak aku,sembilan.Sekarang tinggal dua je kat kampung.Lepas adik-adik lelaki aku balik kebandar untuk bekerja semula,tinggal berempat pun dah sangat sunyi.Kakak aku dah kahwin,sewajibnya ikut suami.Kemudian aku anak kedua,pun dah berkahwin.Adik lelaki aku yang ketiga,empat dan lima sama jugak,bekerja dibandar.Yang keenam masuk UMT tadi,paling jauh.Adik perempuan aku di tangga ketujuh,tinggal diasrama Sekolah Menengah Agama TAHAP.Tinggallah yang paling bongsu,(lupa pulak darjah berapa) dengan mak aku dikampung.
Sebenarnya lepas bercuti lama,berat hati nak tinggalkan mak aku.Mak aku tak pandai bawa motorsikal.Soal pembelian barang keperluan atau kalau berlaku kecemasan paling merisaukan aku.Maybe susah orang lain nak faham,tapi masa tu akan tiba dan semua orang akan merasa apa yang aku rasa.Nak pulak anak sulung lelaki dan adik beradik ramai.Sebelum balik KL,berkali-kali aku suruh mak aku call aku kalau ada apa-apa hal.Tengah drive turun bukit dari rumah aku pun sempat aku berenti,turunkan cermin dan jerit kat mak aku supaya jangan lupa telefon aku dulu kalau ada apa-apa masalah.

Huh!Gua yang rock ni pun sedih beb tinggal mak gua kat kampung.Wuuuu......

Kalau blogger femes ni dah jadi lima entri,gua belasah dalam satu entri je.Taip panjang lagi bukan korang baca pun,haha!