Wednesday, August 24, 2011

Perang Kawalan Jauh:2nd Chapter

Semalam aku cerita pasal peperangan kawalan jauh,kebetulan malam tadi History Channel ada menayangkan dokumentari baru bulan Ogos,'Remote Control War'.Sebijik macam tajuk entri aku semalam.Kupasannya pastilah lebih mendalam,bermula dengan pelbagai jenis drone,berbentuk burung,sekawan serangga dan yang agak menakutkan aku ialah rupa sebuah robot berkaki empat iaitu 'BigDog'.

Big Dog

BigDog ialah sebuah robot berkaki empat ciptaan Boston Dynamics dan dananya dibiayai oleh DARPA.Mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan bumi pada kelajuan 8km/j,membawa bebanan 154kg dan mendaki sehingga 35 darjah.

Dikuasakan enjin go-kart silinder tunggal berkuasa 15hp @9000rpm yang menjanakan pam hidraulik dan menggerakkan 16 actuator pada kesemua kakinya.

Crying Wolf
Amacam?Ada persamaan tak?
Bezanya cuma Crying Wolf adalah imaginasi pasca peperangan moden oleh pengarah dan pencipta game terkenal Metal Gear Solid,Hideo Kojima.Dalam siri gamenya,banyak robot-robot kecuali ianya adalah separuh manusia(cyborg).Berbeza sedikit dengan robot-robot realiti peperangan moden yang cuba untuk dijadikan autonomous.
Cuma masih banyak isu yang perlu ditangani untuk menerapkan sepenuhnya penggunaan drone dalam peperangan.Drone tiada perasaan hormat,simpati malahan untuk menjadikannya cekap membezakan musuh pun adalah isu yang masih belum selesai.
Seperti isu 'pembunuhan rambang' di Pakistan yang dilancarkan oleh drone CIA untuk menghapuskan saki-baki Al-Qaeda,sebenarnya isu itu tidak dapat dijawab oleh CIA sendiri samada sasaran pengeboman mereka benar-benar jelas.Ianya sukar untuk dibincangkan kerana apa yang berkaitan dengan CIA selalunya sulit.
Apabila saki-baki Al-Qaeda meninggalkan Afghanistan dan bersembunyi di kawasan bergunung-ganang dalam wilayah Pakistan,serangan drone menjadi pilihan utama US bermula sejak zaman Bush dan diteruskan secara konsisten oleh pentadbiran Obama.
Tentera biasa tidak dapat dihantar ke kawasan ekstrem sebegitu,maka tugas itu dijalankan oleh pengendali drone CIA.Sedangkan mengikut seorang penganalisis isu itu semalam mengatakan ianya adalah pencabulan undang-undang perang memandangkan tiada war declaration keatas Pakistan.
Apapun akhir ayatnya ialah,undang-undang perang ditulis oleh mereka yang berkuasa,dan dalam isu ini pastinya 'mereka' itu adalah US.