Friday, July 22, 2011

Malaysia 0-1 Chelsea;Bagus Ke?

Perlawanan Asia Tour Chelsea 2011 menentang pasukan Malaysia kendalian Ong Kim Swee berlangsung malam tadi di Stadium Bukit Jalil.Untuk orang yang tak mampu macam aku,duduk je depan TV tengok ASSP HD Live.


Keputusan perlawanan 1-0,gol milik Chelsea hasil sepakan percuma Didier Drogba.
Itupun golnya sedikit kontroversi kerana bola agak kurang jelas kelihatan samada melepasi garisan atau tidak.Keputusan 1-0 kelihatan agak mengagumkan memandangkan pasukan Malaysia menentang Chelsea yang turun dengan majoriti pemain utama.Tapi dari segi kualiti permainan,dua-dua team hancurr...
Disebabkan taktik permainan Malaysia agak 'rambang',pergerakan pemain agak 'unpredictable'.Jadi,pasukan Chelsea kebuntuan idea untuk menghasilkan kenduri gol sebagaimana pasukan Arsenal dan Liverpool yang menentang Malaysia sebelum ini.
Tapi agak mengagumkan,penjaga gol pasukan Malaysia yang kelihatan kurang cergas rupanya beraksi cemerlang menjaga gawang Malaysia.Tahniah!
Sedikit PHAIL dimata aku ialah papan nombor untuk pertukaran pemain kelihatan sangatlah ketinggalan zaman.Rasanya papan digital tu mampu dibuat dengan kos murah kalau betullah ianya tak mampu dibeli.Mungkin boleh minta budak kursus elektronik disekolah Vokasional untuk menciptanya sempena pertandingan Johan Kemahiran.Rasanya taklah susah sangat.

Post a Comment