Khamis, 7 Julai 2011

Gervinho;Dari Lille ke Arsenal

Selepas kehilangan Gael Clichy yang berpindah ke Manchester City,adakah rumor yang mengatakan Samir Nasri dan Cesc Fabregas bertukar kelab akan menjadi kenyataan.Samir Nasri menjadi sasaran Manchester United dan Manchester City,serta Cesc Fabregas teringin kembali ke kelab semasa zaman remajanya,Barcelona. Apalah nasib Arsenal musim akan datang ni.Harapnya Samir Nasri belum terdesak untuk meninggalkan Arsenal.Untuk musim lepas,Samir Nasri lah pemain Arsenal yang paling ketara peningkatan prestasinya.Gael Clichy pulak,padanan seimbang kiri dan kanan bersama Bacary Sagna.
Untuk mengubati kekecewaan peminat Arsenal,kelab Arsenal telah pun melengkapkan perpindahan pemain Ligue 1 dari kelab Lille,Gervinho dengan nilai 11.2 juta pound.Pemain yang berasal dari Ivory Coast ni menyertai perpindahan masuk kedua ke Arsenal selepas Arsenal mendapatkan pemain pertahanan Charlton dan pemain Finland Bawah 19 tahun,Carl Jenkinson.
Gervinho atau nama asalnya Gervais Yao Kouassi dilahirkan di Anyama pada 27 Mei 1987 mula bermain di akademi bolasepak ASEC Abidjan dan kemudiannya menimba pengalaman di Toumodi FC.Hujung musim 2006/2007,dia memulakan karier dalam Ligue 1 bersama kelab Le Mans membantu pemain tengah,Romaric.Dalam 67 penampilan,beliau menjaringkan 14 gol.
Kemudian menyertai Lille pada 2009 dan dalam musim pertama,sebanyak  13 gol dihasilkan dalam 32 penampilan.Musim kedua menampakkan lagi keberkesanan Gervinho dalam membantu Lille apabila menjaringkan 18 gol dalam 42 penampilan seterusnya menjulang Lille sebagai juara Ligue 1,iaitu pertama kali  dalam tempoh 57 tahun.Beliau juga bersama-sama pasukan Lille ketika  memenangi Coupe De France,juga pertama kali untuk Lille sejak 1955.
Bagi Arsenal pula,sebagai persediaan jika kehilangan Samir Nasri dan Fabregas yang pastinya menjatuhkan moral penyokong dan pemain,Arsenal juga bersedia untuk mendapatkan penyerang Real Madrid,Karim Benzema.