Selasa, 14 Jun 2011

Petanda Awal Kejatuhan Facebook?

Laman sosial memang satu 'wabak' yang kita tak dapat nafikan impaknya cukup besar.Sampaikan aku sendiri hangin dengan kawan-kawan lama aku yang tak dapat dikesan dalam Facebook.Ape la kerja diorang ni sampai akaun Facebook pun takde.
Dah jadi macam satu kewajipan pulak untuk memiliki akaun laman sosial.Dulu handphone,siapa yang tak ada nombor handphone nampak sangat menipu.Sekarang zaman laman sosial.Macam aku sendiri,walaupun jarang log in Facebook,sekurang-kurangnya ada akaun laman sosial.

Image from Dailymail
Akaun laman sosial pertama aku ialah Friendster.Bila Facebook muncul,Friendster nampak membosankan pulak.Tapi lama-kelamaan aku rasa bosan dengan Facebook.Login pun dah jarang-jarang,seminggu dalam dua-tiga kali je.Login pun tak lama,5-10 miniit pun dah cukup.Tapi adakah aku sorang je rasa macam tu?
Nampaknya aku tak berseorangan.Menurut berita dari Dailymail,bulan lepas sahaja lebih 100,000 pengguna Facebook di Britain menyahaktifkan akaun Facebook diorang.Fenomena ni dinamakan 'Facebook fatigue'.
Di US,jumlah pengguna Facebook menyusut dari 155.2 juta kepada 149.4 juta sehingga bulan Mei.Di Kanada,jumlahnya menyusut sehingga 1.5 juta,dan di Russia serta Norway jumlahnya berkurang sebanyak 100,000 akaun.
Puncanya ramai pengguna kat sana risau tentang privasi dan selebihnya cuma bosan dengan akaun masing-masing.Ini faktor kemanusiaan,manusia memang perlukan privasi dan juga akan berasa bosan.Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan orang yang login Facebook berjam-jam.Kalau tengah chat tu takpelah.
Macamana pun pertumbuhan angka pengguna Facebook di negara membangun masih lagi meningkat seperti di Brazil dan Mexico.Sehingga sekarang ada kira-kira 600 juta akaun di seluruh dunia.

Korang pulak macamana?Dah mula rasa bosan dengan Facebook?