Wednesday, June 22, 2011

Pesawat Penumpang Hypersonik Masa Depan

Ni la dia pesawat hypersonic yang dirancang untuk menggantikan Concorde.Ia akan menggunakan tiga set enjin untuk menujah pesawat ni hingga kelajuan Mach 4,iaitu 5000km/j.
Bahan api yang akan digunakan ialah campuran hidrogen dan oksigen dimana hasil pembakarannya akan menghasilkan air,tiada lagi hidrokarbon yang mencemarkan.Boleh membawa 100 penumpang dari London ke Istanbul Turki dalam masa 30 minit sahaja,tapi pembinaan pesawat ni dijangka akan memakan masa 40 tahun!



Sila tengok infografik diatas.Boeing 747 Jumbo terbang pada aras 6 batu dari aras laut manakala Concorde terbang pada aras 11 batu.Pesawat AK4100 Air Asia yang aku naik pergi Kota Kinabalu bulan lepas terbang pada aras 37,000 kaki atau kira-kira 7 batu dari aras laut pada kelajuan 700++km/j.Pilot Air Asia berbangsa Indonesia tu bawa kapal terbang dari Terminal LCCT ke Kota Kinabalu dalam masa 2 jam je.Biasanya makan masa 2 jam setengah,berlepas 7.00am dan sampai 9.30am.Hari tu cuaca baik agaknya.