Jumaat, 17 Jun 2011

Kerana Air Kencing,8 Juta Gelen Dibuang

Samada beliau mabuk atau sememangnya bangang,seorang lelaki berumur 21 tahun,Joshua Seater telah melepaskan hajatnya dengan kencing di sebuah kolam tadahan air terawat.
Perbuatan bangang beliau diwaktu awal pagi itu dirakamkan CCTV dan pihak sekuriti dengan segera menutup injap bekalan air serta memaklumkan pihak berkuasa.

Joshua Seater mengusya line sebelum kencing berdiri
Keesokannya Water Bureau(macam Syabas mungkin?),mengambil keputusan untuk membuang 8 juta gelen air tadahan tersebut yang bernilai $32,700.Menurut David Shaff dari Portland Water Bureau,faktor jijik menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut memandangkan seseorang membuang air kencing kedalam air minuman.
"Beberapa ratus ml air kencing terlarut dalam 8 juta gelen air tidak akan memudaratkan sesiapa,tapi kalau dah tau air tu contaminated dengan urine,sape nak minum",ulas beliau lagi kepada agensi berita MSNBC.