Tuesday, June 28, 2011

Harga Baru Pakej Astro;Semudah Itu Saja?


Oh ya,11 Julai 2011 Astro akan mula menaikkan charge langganan.Surat pun dah dihantar,menerangkan kenapa perlunya kenaikan kali ni.Puncanya selama ni diorang dah absorb banyak kos dan juga peningkatan kos yang aku sendiri tak faham.Sebab aku bukan kerja bidang broadcasting.
Pakej aku sebelum ni berharga RM96++ meliputi Pakej Famili +2 Mini Pakej + Sport + HD termasuk 6% cukai kerajaan.Harga baru sekitar RM102++ tidak termasuk cukai.Tapi Astro pandai,diorang offer pakej lain yang lagi mantap.Diorang offer super pack pulak.Macam ni:

Super Pack 1: RM132.5 incl.tax (Basic Family,Sports,Movies,Mustika,Tayangan Hebat,HD Service,PVR)

Super Pack 2: RM132.5 incl.tax (sama macam Super Pack 1,cuma Mustika dan Tayangan Hebat diganti dengan Maharaja dan Thangathirai)

Super Pack 3:RM164.3 incl.tax (Basic Family,Sports,Movies,New Emperor,Dynasty,AOD(Dragon Pack),HD Service,PVR)

Kelihatannya jimat......

Memandangkan harga pakej aku dah meningkat menjadi RM102++,dah tentu tawaran Super Pack 1 kelihatan sangat menarik.Aku 'hanya' perlu tambah RM30 sahaja.Demi nak mengelakkan rasa 'rugi' dengan pakej lama,perlukah aku menambah RM30 lagi hanya kerana pakej baru tu?Matematiknya simple,pertambahan RM30 dah tentu bagi aku peningkatan bebanan sebabnya bukan semua channel yang dia bagi,menepati selera aku.
Masalahnya bila dioffer dalam bentuk pakej,tak semua rancangan menepati selera kita.Ada yang cakap,kalau tak nak terbeban dengan bil Astro,tak payah la langgan.Masalahnya siaran free macam gampang.Contohnya kat kampung aku,bertahun tengok tv gambar kabur.Siaran TV8 & NTV7 pun tak dapat,kesian kat mak aku.Aku pun pakat-pakat ngan adik beradik ,belikan Astro.Bukan nak berlagak dengan jiran-jiran.Alasannya simple,siaran free hampeh giler.Dapat dia tengok berita pun jadilah,Adik aku boleh la jugak layan National Geographic.
Buat masa ni baik Astro fikirkan macamana nak tingkatkan kualiti.Masalah hujan tak dapat siaran tu dah biasa sangat.HD Channel pun harap gambar jela cantik,subtitle pun takde.Hilang mood nak menonton.Maaflah ya Astro,Bahasa Inggeris tak pandai sangat,kena ada subtitle.
Soal bayaran tak jadi masalah,asalkan setimpal dengan kualiti perkhidmatan.Harga pakej Family Basic masih lagi standard,tapi apa la siaran yang dia bagi.Bukan semua rancangan menarik pun,takkan nak layan Arab Radio & TV.
Bagi aku baik channel tu dalam bentuk individu,tak payah pakej-pakej.Katakan la satu channel RM5 sebulan.Ambik channel yang betul-betul kita nak tengok je.Pakej Family Basic sekarang,korang tengok ke channel ART,Makkal TV& Astro Xiao Tai Yang?