Jumaat, 17 Jun 2011

Google Doodle Adalah Serius!

Sori,tajuk ada sikit macam blogserius,tapi nak buat macamana.Perkataan serius adalah hakmilik awam,heee!

Ingat lagi,pada 9 & 10 Jun lepas Google Doodle menyambut harijadi Les Paul.Les Paul adalah satu jenama besar dalam industri muzik dan gitar elektriknya menjadi pilihan pemuzik lagenda seperti Slash,Bob Marley,Noel Gallagher,Jimmy Page dan banyak lagi.


Playable Google Doodle ni membolehkan pelayar laman web Google bermain-main dengan gitar menggunakan kursor.Google Doodle ni walaupun nampak macam tak ada faedah,Google mengeluarkan belanja sebanyak 9,300 pound untuk menciptanya.
Menurut laman web Extreme Tech dengan perbelanjaan 9,300 pound,Google Doodle Les Paul mengakibatkan kerugian sebanyak 10.7 juta jam bekerja.Dengan menganggap purata pendapatan sebanyak $25 per jam,jumlah kerugian adalah $268 juta produktiviti.
Pada hari tersebut,740 juta pelayar Google menggunakan masa purata lebih 26 saat berbanding hari biasa.Ok,itu adalah penangan Google Doodle sempena harijadi Les Paul.Macamana pulak dengan kerugian jam bekerja sejak wujudnya Facebook,ada sesiapa yang volunteer nak kira?
Blogging pun sama,secara purata aku menghabiskan satu jam sehari di waktu bekerja untuk mengupdate blog sebab broadband aku dah aku terminate.Berapakah kerugian syarikat aku dalam setahun?