Thursday, April 28, 2011

Pertama Kali Operation

Lega rasanya bila dapat kembali kerumah.Sebenarnya dah hampir seminggu aku tak online dan menjengah blog ni,apatah lagi nak membalas kunjungan.'Kehilangan' aku selama hampir seminggu disebabkan kesakitan belakang yang dah lama aku tahan.Sampai masanya memang dah tak boleh blah,aku terpaksa berkunjung ke hospital.
Sakit belakang yang aku anggap kurang serius akhirnya menyebabkan aku ditahan di wad dan menjalani minor operation.
Puncanya kaki aku terperosok dalam penutup longkang,dan jatuh terduduk.Lebih kurang dua minggu jugak la aku makan ubat painkiller tapi tak ada perubahan.Sampai la ubat painkiller aku habis Khamis lepas,sakitnya tu aku dah tak boleh tahan.Sambil-sambil online,aku search punca sakit aku ni.Rupanya sakit ni ada kaitan  dengan saraf sciatic yang terhimpit.

Image from http://healthguide.howstuffworks.com/

Bergegas aku ke KPJ Selangor buat x-ray,tapi nampaknya tulang belakang aku nampak ok.Walaupun nampak ok,doktor still suggest aku buat MRI untuk tengok keadaan saraf.Pagi Sabtu,aku jumpa doktor Neurologi,Dr.Dhillon dan dia confirmkan yang aku mengalami 'slipped disc'.Hasil MRI jugak menunjukkan kusyen tulang belakang aku dah pecah dan menghimpit saraf kaki.
Maka,aku terus ditahan di wad dan akan menjalani pembedahan hari Isnin.Aku agak risau sebab,hujung minggu ni majlis pernikahan aku.Takut tak sempat sembuh.Setelah berbincang dengan bakal mak mertua aku,dia nasihatkan aku proceed je operation tu.
Pembedahan yang dijadualkan pagi,9.00am ditunda ke jam 3.30pm dan kali terakhir aku sedar,jam 4.15pm hari Isnin.Lebih kurang 6.30pm,aku terjaga dalam wad.Bosan gila dok dalam wad,menyesal tak bawa laptop.Mujur tunang aku rajin melawat,suapkan aku makanan,bawak jajan,hehe!Tengahari tadi discharge dan aku dimaklumkan bil perubatan berjumlah RM9,741.65.
Mujur ada PMCare dan aku tak perlu fikir pasal bil.
Lagi dua hari aku akan mengadap imam jurunikah dan aku harap dapat gunakan alasan pembedahan ni untuk mempercepatkan proses nikah tanpa banyak soal dari beliau....boleh tak??Hahaha!

Post a Comment

Monday, April 18, 2011

Punca Ferdinand Naik Hangin

Fan MU mesti tengok match FA Cup antara Manchester City vs. Manchester United baru-baru ni.Lepas game tamat,Ferdinand dan Anderson hangin dengan Balotelli sebab provoke diorang.Dalam game tu,MU kalah 1-0.

Macamana Balotelli provoke?

1.Celebrate depan fan MU

2.Winking to Ferdinand

Anyway,Arsenal vs.Liverpool= DRAW=DAMN!

*Images from Dailymail

Post a Comment

Thursday, April 14, 2011

Kahwin?Aku Muda Lagi,huhu!

Err...ok ke tajuk entri ni,hahah!

Entri ni khas untuk undangan ke majlis perkahwinan aku pada 1 Mei dan 7 Mei 2011 nanti.



Kalau boleh semua kawan-kawan aku nak dijemput tapi apakan daya,banyak yang dah lost contact terutamanya kawan-kawan POLISAS & PSA aku.Diorang ni takde facebook pulak tu.Zaman aku belajar dulu mana ada handphone sangat.Kalau ada pun dah bertukar nombornya.
Oh ya,kawan-kawan dari tempat kerja aku dulu,Best Cosmetics Laboratories,dan jugak Bioherbs Laboratories(Binari Consolidation).
Ok,memandangkan ramai yang dah bekerja di Selangor,dijemput hadir ke majlis pihak bakal wife aku di Taman Pinggiran Batu Caves.Nampak tak ada dua pasangan dalam kad tu?Sebenarnya majlis ni sekali dengan majlis sambut menantu untuk adik lelaki bakal wife aku yang dah pun bernikah beberapa minggu lepas.Mapnya disini(sebelah bawah):

Klik untuk pembesaran imej

Untuk lokasi yang lebih tepat,dapatkan bantuan Google Earth.Hehe!Ada GPS lagi bagus.Bukan apa,untuk ke rumah aku(Lepar Utara 3),agak 'mencabar' sikit.Orang kampung dengan saudara mara tak kisah le.
Untuk kawan-kawan di Facebook yang 'mungkin' ada terlupa aku jemput,harap maaf.Macam aku cakap tadi,kalau boleh aku nak semua dijemput.

Untuk kawan-kawan & saudara mara,aku harap dapat tinggalkan alamat di ruang komen untuk aku poskan kad jemputan.Ada sebarang soalan,boleh call/sms aku di 014-3258607.

Post a Comment

Tuesday, April 12, 2011

Orang Arab Tunjuk Macamana Nak Belanjakan 12 Billion Pound

Images from formaementis.wordpress.com
Buat masa sekarang bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai setinggi 818 meter.Gila betul orang Arab ni.Actually,Burj Dubai bukanlah penamat kepada perlumbaan membina bangunan tinggi di Arab Saudi.Dua lagi bangunan tertinggi akan menyusul iaitu Mubarak Tower setinggi 1001 meter di Kuwait dan Al-Burj setinggi 1050 meter.
Cukup tinggi right?

Errrr....Sebenarnya,belum cukup tinggi.
Keluarga Diraja Arab Saudi merancang untuk membina bangunan tertinggi mengatasi bangunan-bangunan tadi dengan membina Kingdom Tower.Dengan ketinggian 1 batu(1.6km),dua kali lebih tinggi dari Burj Dubai,dan  menelan belanja sekitar 12 billion pound.
Untuk sampai ke puncak,memakan masa sehingga 12 minit menggunakan escalator(escalator???Apasal tak pakai lif?)
Perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kingdom Holding Company yang dimiliki kerabat diraja Arab.Kingdom Holding Company yang juga memiliki saham dalam Apple,McDonald dan Amazon,mengupah firma Adrian Smith & Gordon Gill Architechture yang merekabentuk Burj Dubai untuk mencipta rekaan bangunan Kingdom Tower.


Arabic Royal family kaya gila b**i.Duit banyak sangat tak tau nak buat apa...

*Image & News from DailyMail

Post a Comment

Friday, April 8, 2011

Obses Senjata Api,Penjara 16 Tahun

David Evans,42 seorang peniaga buah-buahan dan sayuran dihukum penjara 16 tahun kerana memiliki 16 pucuk senjata api pelbagai jenis yang dijadikan koleksi.Sesetengah senjata yang dimilikinya hanya dikeluarkan untuk kegunaan pasukan khas.
Antara senjata api yang dimiliki beliau ialah Kalashnikov,MP40,M4 Carbine dan UZI.Kerana terlalu meminati senjata api,beliau membeli senjata melalui eBay dan menurut siasatan,beliau tiada niat untuk menjalankan kegiatan jenayah.
Sebelum ini beliau memiliki set pakaian tentera untuk digayakan,tetapi tiada senjata api.Bermula dari situ beliau mula mendapatkan senjata api untuk digayakan bersama pakaian tentera.




"I just love guns......I'm a bloody fanatic with them" ujar David Evans kepada pihak polis.

Sebagai peminat senjata api,apa pilihan yang ada?Menyimpan senjata api dah tentu salah.Memohon lesen untuk memiliki senjata api  just for hobby boleh lulus ke?Simpan  replika senjata api pun salah jugak.Takkan nak buat collection senapang mainan cap Tesco kot?
Aku pun minat senjata api,tapi itulah masalahnya.Kalau boleh simpan replika pun,jadilahhh...

*Images & News from DailyMail

Post a Comment

Wednesday, April 6, 2011

Menjentik Isu Politik Tempatan

Assalamualaikum...

Agak lama aku tinggalkan blog ni kerana kesibukan menguruskan hal perkahwinan.Dah sampai masa untuk aku melangkah setapak kehadapan dalam menjalani hidup di dunia ni.Akibatnya statistik blog ni merudum teruk dalam masa 5 hari.
Dalam beberapa hari ni jugak kepenatan membuatkan aku kehilangan idea untuk membuat entri baru.Cuma aku teringat 'perbincangan' aku dengan teman sekerja tentang isu politik yang hangat diperdebatkan di media cetak mahupun elektronik.



Ramai dah tau dan mungkin dah tengok pun video rakaman aksi ranjang yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi pembangkang.Sebenarnya aku belum tengok lagi.Cuma dapat tengok screenshot dalam akhbar.Mengenai kesahihan video tu aku tak berminat nak ulas.Zaman serba High Definition ni pun masih ada video blur,black and white pulak tu.Aku rasa kualiti rakaman 3gp Nokia sabun pun lagi cantik.
Sebelum ni aku dah cakap yang aku tak suka politik,apatah lagi nak membicarakannya di blog aku.Silap-silap kang tak pasal-pasal aku kena ISA.
Aku cuma tertarik dengan kenyataan kawan aku tentang isu video tu.Dari kenyataan dia,apa yang aku faham ialah,kualiti gambar video tu akan cuba di'jelaskan' lagi untuk mengecam siapa pelakunya.Dan dengarnya kepakaran tempatan akan digunakan.
Kawan aku punya statement,"hantar la video tu pergi US,buat macam dalam drama CSI,gambar CCTV yang blur pun jadi jelas'.
Aku diam je,malas nak komen masa tu.Ni pulak pendapat aku,hantar pergi US pun aku rasa belum dapat bagi clear.Sebab apa?Ingat lagi tak kisah arwah adik Nurin Jazlin?Ingat lagi tentang rakaman CCTV yang merakamkan gambar penjenayah,tapi kualiti rakaman sangat bullshit.Akibatnya sampai sekarang penjenayah tu masih bebas.Kalau tak salah rakaman CCTV tu pun dihantar ke luar negara(US mungkin),tapi hasilnya tetap gagal untuk pengecaman.
Imej terhasil dari bintik-bintik piksel warna.Bergantung pada resolusi kamera,jumlah bintik pada setiap imej adalah sangat berbeza.Katakan gambar yang kurang 'sharp' imejnya beresolusi 360 x 360 piksel.Maknanya akan ada 129,600 bintik piksel.Berbanding kamera yang beresolusi tinggi,katakan 1024 x 768 piksel,akan ada 786,432 bintik piksel.
Jika kedua-dua kamera tadi mengambil gambar objek yang sama,pastilah kamera beresolusi tinggi akan menghasilkan imej yang 'tajam' kerana kuantiti pikselnya yang lebih banyak.

Berbalik kepada kenyataan kawan aku tadi....
Untuk meningkatkan kejelasan gambar,sudah tentulah jumlah bintik piksel akan ditingkatkan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Jika gambar asal diambil pada resolusi 360 x 360 piksel,dapatkah gambar tadi ditingkatkan resolusinya?Jika hendak ditingkatkan juga,adakah bermakna perlu ditambah piksel 'tambahan' pada gambar asal?
Disini akan timbul sedikit keraguan.Bagaimanakah gambar itu akan diclearkan?Bukankah akan berlaku editing disitu?Boleh jadi gambar itu akan menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari keadaan asal.Kalau tak salah akulah untuk dijadikan bahan bukti,evidence mestilah berkeadaan asal atau original.Katakan rakaman asal guna tape,tape itulah bahan bukti.Bukan salinan format mp4,3gp,mpeg atau apa-apa saja format digital.Tujuannya adalah untuk mengelakkan bahan bukti dimanipulasi.Setiap fail digital akan ada propertiesnya yang tak boleh diubah untuk menunjukkan ketulenannya.(perenggan ni bukanlah fakta sebenar,cuma pendapat dan sekelumit pengetahuan yang aku sendiri tak pasti benar atau tidak)


Bagi aku,kita janganlah menggelabah.Relax....Jangan cepat melenting.Bila marah,akal dah tak boleh fikir dengan waras.Masalah ni aku rasa simple je,kalau aku tak buat kenapa aku nak takut.Am i rite?Apapun sesiapa jugak yang bernama manusia,mana mampu bertahan jika dihentam selama berbelas-belas tahun..

Post a Comment